[ S2 ] : °•. 20 .•°

26 8 0
                                    


Yoonjee terus bergegas pergi ke kafe Yubin setelah mendapat pesanan dari rakannya yang Seungmin berada di kafe bersama Hyejeong. Apabila sampai sahaja, dia terus meluru masuk ke dalam kafe tersebut. Kakinya laju sahaja melangkah ke arah mereka yang sedang rancak berborak tanpa sedar dengan kehadirannya.

Yubin yang melihat Yoonjee masuk ke dalam kafe itu ingin menegurnya tetapi tidak kesampaian apabila gadis itu terlalu fokus ke tempat yang ingin dituju, iaitu ke meja dimana Seungmin, Hyunjin dan Hyejeong berada.

Baru sahaja Hyejeong mahu menghirup airnya tetapi tangan Yoonjee lebih pantas merampas air itu darinya. Hal itu membuatkan masing-masing terkejut dan baru sedar dengan kehadirannya disitu.

"Y-yoonjee" sahut Hyejeong sedikit tergagap kerana terkejut dengan kehadiran gadis itu. Jantungnnya berdegup kencang manakala hatinya sudah tidak berasa tenang kerana dalam fikirannya sudah berfikir mungkin akan ada bala yang bakal menimpanya.

'Splashhh'

Ais kosong yang dipegang Yoonjee itu selamat disiram di atas kepala Hyejeong. Melihat gadis itu basah membuatkan hati Yoonjee berasa sedikit puas kerana sebelum ini hatinya sentiasa tidak puas hati dengan Hyejeong yang sentiasa ada niat tidak baik kepadanya.

Seungmin yang melihat kejadian itu terus berdiri lalu mendekati Yoonjee yang masih lagi memandang tajam ke arah Hyejeong yang sudah menunduk sambil menahan tangisannya. Mujur tidak ada pelanggan yang lain selain mereka, kalau tidak malu dia.

"Yah Lee Yoonjee apa awak buat ni?" Soal Seungmin. Dia ingin mencapai tangan Yoonjee tetapi ditepis dengan kasar.

"Saya tak faham kenapa awak buat macam ni?" Soal Seungmin lagi.

"Saya lagi tak faham awak! Saya tak faham kenapa awak masih lagi berhubung dengan perempuan tak guna ni! Awak tahu kan yang saya benci dia?" Marah Yoonjee.

"Yoonjee-"

"Awak nak tahu tak perempuan ni penyebab awak koma dulu!! Dia yang upah orang untuk langgar awak Seungmin!" Ujar Yoonjee. Hyunjin dan Yubin yang mendengar hal itu menekup mulut mereka tanda terkejut. Mereka tidak sangka bahawa kes langgar lari Seungmin lima tahun lepas dibangkitkan semula dan segala punca adalah dari Hyejeong.

"Y-yoonjee a-aku minta maaf pasal tu, a-aku tak fikir panjang masa tu" Hyejeong berdiri mendekati Yoonjee.

"Tak fikir panjang kau cakap? Mana akal fikiran kau hah! Meh sini aku cabut kepala kau!" Yoonjee ingin menyerang Hyejeong tetapi tidak kesampaian kerana Seungmin sempat menahan Yoonjee manakala Hyunjin berada di depan Hyejeong untuk melindungi gadis itu dari diserang oleh Yoonjee.

"Sudah Yoonjee sudah" Seungmin cuba menghentikan Yoonjee yang masih lagi mahu menyerang Hyejeong walaupun dihalang. Selagi dia tidak menyentuh Hyejeong selagi itu dia tidak puas hati.

"AKU KATA CUKUP YOONJEE!!" Seungmin meninggikan suaranya membuatkan Yoonjee berhenti. Dia memandang Seungmin yang memandang tajam kearahnya. Nampaknya Seungmin sudah hilang sabar dengan Yoonjee.

Masing-masing fokus ke arah Seungmin dan Yoonjee. Meremang bulu roma Hyunjin apabila melihat rakannya seperti itu. Ini kali pertamanya melihat Seungmin meninggikan suaranya dengan lantang.

"S-sakit la Seungmin" ujar Yoonjee apabila lelaki itu mengenggam tangannya terlalu kuat. Seungmin yang perasan itu terus melepaskan tangan Yoonjee.

"Sudah la Yoonjee..aku penat dengan kau macam ni. Kenapa setiap kali ada saja salah Hyejeong dekat mata kau" ujar Seungmin seakan dia mahu menyebelahi Hyejeong dan bukannya Yoonjee.

"Sekarang ni awak nak salahkan saya la? Dia yang buat masalah dulu kan! Awak tahu kan yang dia nak rampas awak daripada saya lagi! Sebab itu dulu dia langgar awak sebab awak tak terima dia!" Yoonjee tidak mahu disalahkan kerana dia tahu itu bukan salahnya. Baginya semua itu salah Hyejeong.

[✓] Boy Friend || Kim SeungminWhere stories live. Discover now