Yoonjee berdiri terpacak di hadapan bangunan balai polis seoul. Entah kenapa dia rasa teragak-agak untuk masuk ke dalam dan menyatakan perkara yang telah berlaku sejak lima tahun lepas.
"Okay Yoonjee, kau cuma masuk dalam dan bagitahu apa yang patut lepas tu kau blah la" dia cuba meyakinkan diri sendiri.
Baru setapak dia melangkah tiba-tiba satu tubuh menghalangnya dari meneruskan perjalanan. Dia memandang atas bawah manusia di hadapannya.
"Macam mana kau boleh jejak aku sampai sini hah!!Kau gila ke San?" Tiada angin tiada ribut Yoonjee meninggikan suaranya kepada San. Tambahan pula dicop gila secara tiba-tiba. Apa salah lelaki itu?
San tidak berkata apa, malah menarik Yoonjee mengikutnya.
"Oi oi apa ni! Kau nak bawak aku pergi mana? Eh lepas la San!" Yoonjee meronta untuk dilepaskan. Sekarang apa masalah sampai mahu menculik sepupu sendiri ni? Apa salah dia?
"Maaf Yoonjee, kalau aku tak buat macam ni kau tak akan ikut" ujar San kemudian mengangkat Yoonjee secara bridal style menuju ke arah keretanya.
"San kau dah gila ke culik sepupu sendiri! Argghhh tol-" belum sempat mahu meminta tolong, San terlebih dahulu menekup mulut Yoonjee lalu menolak gadis itu masuk ke dalam kereta dan menutup pintu dengan segera.
"Haih penat aku gini" keluh San. Sempat dia merenggangkan pinggangnya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke destinasi yang telah ditetapkan.
San menolak Yoonjee masuk ke dalam sebuah kafe. Mata mereka berdua tertancap ke arah seseorang yang sudah lama menunggu ketibaan mereka berdua.
Muka tidak puas hati ditayang oleh Yoonjee. Sudah la dirinya diculik, ini ditambah pula dia perlu menghadap beban dunia.
"Apa semua ni San?" Soal Yoonjee dengan wajah bengangnya. Dia ingin pergi dari situ tetapi ditahan oleh San.
"Jumpa dia" arah San dengan serius.
"Tak nak! aku nak balik" ujar Yoonjee.
"Tch ssstttt" San berdecit sambil menjegilkan matanya. Geram apabila Yoonjee menunjukkan kedegilannya.
"Ish!" Yoonjee merentap tangannya dari terus dipegang oleh San lalu menuju ke meja yang diduduki oleh seseorang.
'Buat apa la aku perlu berjumpa dengan manusia yang suka merampas ni. Hidup memang tak tenang ke tengok orang bahagia? Yang San pun satu, pilih perempuan yang suka curang. Sah dia kena guna-guna'. Dia membebel di dalam hati. Punggung dilabuhkan dengan kasar di atas kerusi sambil berpeluk tubuh.
"Yoonjee" panggil Hyejeong lembut apabila Yoonjee langsung tidak memandang wajahnya. Sempat dia memandang ke arah San yang membuat isyarat bahawa lelaki itu akan menunggu di luar kafe. Hyejeong sekadar hanya mengangguk.
"Cakap la cepat apa kau nak..aku tak ada masa ni" sedikit kasar percakapan Yoonjee kepada Hyejeong.
"A-aku dapat tahu yang harini kau pergi ke balai? Kau nak teruskan niat kau ke?" Soal Hyejeong berhati-hati.
"Tch, nampak sangat yang kau pasang mata untuk ikut aku? Kenapa? Kau nak langgar aku sama macam kau langgar Seungmin dulu ke?" Yoonjee menyindir.
"A-aku tak pasang mana-mana mata pun Yoonjee..itu San bagitahu aku sebelum korang berdua datang ke sini" ujar Hyejeong. Dia memberitahu perkara yang sebenar. Langsung tidak ada niat untuk dia memasang mata lain untuk mengikut Yoonjee.
"Apa-apa saja la" Yoonjee membuat jelingan menyampah. Segala tentang gadis di hadapannya itu membuat dirinya terasa menyampah. Tambah pula pada suara dan wajah, lagi dia menyampah. Acah saja lebih.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...