[ S2 ] : °•. 14 .•°

28 8 4
                                    

Skrin komputer yang berada di depan mata ditatapnya dengan fokus manakala tangan sebelah kanan sibuk mengawal tetikus. Tulisan yang tertera di skrin komputer itu tidak dibaca dengan habis sebelum dia membuat keputusan untuk menghantar terus fail masuk ke dalam e-mail syarikat.

Mug yang berada di atas meja diambil untuk melihat air didalamnya. Ternyata air coklat yang diambilnya tadi sudah pun kosong, tekak yang terasa kering itu dipegangnya.

Yoonjee membuat keputusan untuk mengambil air di pantry memandangkan dia terasa dahaga pula sedangkan tadi baru beberapa minit yang lepas dia minum air. Mug yang dipegangnya tadi dibasuhnya kemudian meletak semula di rak yang penuh dengan mug lain.

"Yoonjee" panggil Saebyeol yang baru sahaja masuk ke ruang pantry. Yoonjee hanya menggumam membalas panggilan Saebyeol. Matanya langsung tidak bertembung dengan gadis di sebelahnya kerana sibuk memilih air manis yang berada di dalam peti sejuk.

"Lepas habis kerja Encik Choi nak ajak pekerja pergi makan malam. Kalau tak keberatan Yoonjee nak ikut tak?" Tanya Saebyeol sambil tersengih menampakkan giginya. Dia berharap yang Yoonjee akan menyertai mereka tetapi malangnya gadis itu menggeleng kepala tanda dia tidak mahu sertai mereka.

"Alah kenapa? Jom la hmm bukan selalu awak nak ikut" pujuk Saebyeol.

"Saya menolak bukan sebab apa, cuma sedikit segan dan lagipun saya tak biasa sangat makan dengan pekerja lain" Yoonjee memberi sebab mengapa dia menolak.

"Alah rakan sekerja je pun takkan la nak segan bagai..jom la join Yoonjee hmm? Jom la" Yoonjee menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila Saebyeol tidak henti memujuknya.

Tidak berkata apa-apa, hanya senyuman yang diberi kepada Saebyeol kemudian dia meneguk air dengan rakusnya.

⬛❇⬛❇⬛❇⬛

"Seungmin-ah" dari jauh Hyunjin memanggil rakannya. Apabila sampai sahaja di hadapan Seungmin, dia terus menghulurkan kotak sederhana besar yang dibungkus cantik oleh penjual kepada rakannya. Tidak berkata apa, Seungmin terus menyambutnya di tangan Hyunjin.

"Kau beli apa dekat shopee?" Hyunjin menyoal kerana dia saja ingin tahu apa yang rakannya beli di shopee.

"Pewangi rumah" jawab Seungmin seraya meletakkan bungkusan kotak tersebut di dihadapannya.

"Oh okay bye" Hyunjin beredar dari situ setelah mendapat tahu apa yang rakannya beli.

'Tting!'

Bunyi deringan mesej masuk. Dia membuka telefonnya untuk melihat siapa yang menghantar mesej kepadanya. Senyuman lebar diukir apabila mendapat tahu siapakah gerangan yang menghantar mesej kepadanya.

My Princess😚

Seungmin, harini awak tak payah ambik saya tau sebab harini saya akan makan malam dengan rakan sekerja..boleh?
√√
4:35 pm

Okay..saya akan tunggu dekat rumah
√√
4:35 pm

Okay love you❤
√√
4:35 pm

Love you too babe❤😘
√√
4:36 pm

...

[✓] Boy Friend || Kim SeungminWhere stories live. Discover now