[ S2 ] : °•. 32 .•°

23 10 0
                                    

Chap ni agak sedikit panjang dari sebelum ni..apa-apa pun, enjoy (⁠。⁠•̀⁠ᴗ⁠-⁠)⁠✧

..

Yoonjee keluar daripada bilik dan menuju ke ruang tamu. Dia mencari kelibat Seungmin namun, lelaki itu tiada disitu. Tidak lupa dia memeriksa ruang dapur juga.

"Awak cari saya ke?" Seungmin tiba-tiba muncul diambang pintu utama. Senyuman manis dihadiahkan buat wanita itu.

"Tak" Yoonjee menggeleng kepala.

Seungmin menarik wanita itu ke ruang meja makan. "Duduk" arah Seungmin sembari menarik kerusi buat wanita itu. Tidak membantah, Yoonjee melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

Tudung saji dibuka oleh Seungmin kemudian diletakkan dibawah. "Maaf la, saya mampu beli gimbap untuk awak je pagi ni" ujar Seungmin.

Yoonjee tidak membalas apa-apa, malah dia hanya makan sahaja apa yang ada di depan mata memandangkan dia terlalu lapar.

"Sedap?" Seungmin menyoal dan mendapat anggukan dari Yoonjee.

Perbualan mereka terhenti disitu saja. Seungmin hanya memandang wanita itu sedang menikmati makanannya tanpa membunyi suara. Senyuman sedikit demi sedikit mekar dibibirnya. Lama mereka  tidak merasa suasana begitu bersama walaupun hanya menemani wanita itu makan.

Setelah selesai perlahap seorang diri, Yoonjee baru perasan yang dirinya masih diperhatikan oleh lelaki itu.

"Seungmin, tolong jangan pandang saya macam tu" ujar Yoonjee.

"Oh maaf" ucap Seungmin yang sedar akan kesilapannya.

"Minggu lepas, Bomin luahkan perasaan dia pada saya" Yoonjee memberitahu perkara yang terjadi minggu lepas kepada Seungmin.

Seungmin memandang wajah Yoonjee yang kelihatan tenang saja. Manakala pada Yoonjee, dia memandang wajah lelaki itu yang sedang menunjukkan riak wajah kecewa.

"Dia beri saya masa seminggu..dan esok, saya perlu jawab tentang hati dan perasaan saya terhadap dia" sambung Yoonjee lagi.

"Apa jawapan awak?" Tanya Seungmin. Dia ingin tahu apa perasaan wanita itu terhadap Bomin. Adakah wanita itu sudah mula jatuh cinta pada lelaki yang digelar majikan itu? Bagaimana pula dengan dia? Sudah hilang kah perasaan sayang dan cinta itu?

"Macam mana saya nak beritahu tentang hati dan perasaan saya pada dia sedangkan, semua tu sudah pun ada pada awak? Segala hati dan perasaan saya pada awak, Seungmin" Yoonjee menjawab.

Walaupun hati Seungmin sangat bahagia apabila sudah mendengar jawapan jelas dari wanita itu, sebahagian hatinya tidak. Kerana dari reaksi dan juga suara wanita itu agak menyedihkan. Dia tidak tahu mengapa.

"Walau sesakit mana pun hati saya yang awak pernah lukai, perasaan sayang dan cinta tu tak pernah hilang. Kenapa? Mungkin sebab kita memang ditakdirkan bersama?" Sambung Yoonjee.

Seungmin tidak mempu berkata apa lagi. Dia segera bangun dari duduk lalu pergi memeluk Yoonjee yang masih duduk di kerusinya. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Yoonjee bersuara.

"Tolong, tolong beri saya rasa kebahagiaan. Saya belum puas untuk merasainya, Seungmin. Sekejap pun tak apa, saya tak kisah" ujar Yoonjee. Air matanya mula mengalir sambil tangan memegang erat lengan lelaki itu.

"Saya janji akan bahagiakan awak, Yoonjee. Bukan sesaat mahupun berminit atau berjam..saya akan buat awak rasa kebahagiaan tu selamanya" Seungmin berjanji.

Dia melepaskan pelukan lalu membongkok sedikit bagi menyamakan paras kedudukan mereka. Air mata yang masih mengalir di pipi gadis itu diseka menggunakan jarinya.

[✓] Boy Friend || Kim SeungminWhere stories live. Discover now