[ S2 ] : °•. 29 .•°

40 8 2
                                    


"Yeayy Yoonjee datang!" Yubin berlari mendapatkan Yoonjee. Hyejeong bangun dari duduknya. Dia tersenyum gembira apabila Yoonjee hadir ke parti hari lahirnya.

"Eo, hai Encik Bomin..saya Yubin" Yubin malu-malu menyapa Bomin yang berada disebelah Yoonjee.

"Ah ye, saya banyak dengar pasal awak..kita pernah berjumpa kan sebelum ni?" Bomin bertemu ramah dengan Yubin.

"Ye, kita pernah la berjumpa sekali tetapi tak pernah bercakap pun ehehehe" ujar Yubin.

Sedang sibuk mereka berdua sedang beramah mesra disebelahnya, mata Yoonjee tertangkap ke arah satu figura yang amat dia kenali.

Mereka bertentangan mata. Tidak lama kemudian mata Yoonjee fokus ke arah wanita yang berada disebelah lelaki itu.

Wanita itu, dia kenal. Hyunjin pernah memberitahunya bulan lepas, yang wanita itu adalah client mereka. Tapi sekarang mereka masih client kah? Atau sudah menjadi kawan rapat? Itu menjadi tanda tanya buat Yoonjee.

"Oi disana! Memang nak borak dekat situ je ke? Disini macam mana?" Hyunjin meninggikan suaranya. Rasa cemburu melihat Yubin beramah mesra dengan lelaki lain.

"Jom pergi duduk sana" ajak Yubin. Dia melangkah ke meje terlebih dahulu dan diikuti dengan Yoonjee dan Bomin di belakang.

"Terima kasih datang" ucap Hyejeong kepada Yoonjee.

"Hal kecik je..nah, hadiah" Yoonjee menghulurkan beg kertas kepada Hyejeong.

"Wah, terima kasih" Hyejeong mengambilnya dari tangan Yoonjee kemudian memberi pelukan buat beberapa detik.

"Alahh orang nak makan la! Nanti je la peluk" Jisung mencelah. Kacau saja dia.

"Haih tak menyabar budak ni" San menggeleng kepala.

Dari mula Yoonjee masuk ke dalam kafe sehingga menyanyikan lagu hari lahir buat Hyejeong, Seungmin tidak lepas memandang wanita yang berada di hujung meja. Matanya langsung tidak boleh fokus kemana-mana tempat dan hanya fokus ke satu tempat. Iaitu Yoonjee.

"Seungmin" Minju disebelah mencuit bahu bagi menyedarkannya.

"Huh?" Wajah kekeliruan ditayangnya.

"Tolong ambilkan kek tu" pinta Minju memandangkan kek itu terlalu jauh darinya. Seungmin mengambil kek yang tidak jauh darinya lalu diberikan kepada Minju.

"Thanks" ucap Minju.

Di arah lain, Yoonjee melihat Seungmin yang sedang berbual bersama Hyunjin. Tidak lupa juga wanita yang berada di sebelah lelaki itu turut menyertai perbualan itu.

"Yoonjee?" Bomin menepuk lembut bahu gadis itu.

"Ye?" Yoonjee memberi perhatian penuh kepada Bomin.

"Awak okay ke?" Bomin bertanya dan terus mendapat anggukan daripada Yoonjee.

"Kalau awak tak selesa kita boleh pergi?"

"Saya okay..Encik Choi jangan risau..err saya nak pergi keluar sekejap" Yoonjee meminta diri. Bomin ingin mengikutnya tetapi cepat-cepat Yoonjee menghalang. Dia tidak mahu lelaki itu mengikutnya kerana dia perlukan masa untuk bersendirian diluar.

Bangku yang memang tersedia diluar kafe itu menjadi sasaran untuk dia melabuhkan punggungnya disitu. Kepala mendongak memandang langit malam yang kelihatan kosong. Langsung tiada bintang mahupun bulan yang menerangi malam itu.

Sedang ralik memandang langit malam, tiba-tiba satu suara menyapa corong telinganya.

"Tak sejuk ke duduk luar?"

Yoonjee menoleh ke sisi. Wajahnya menunjukkan reaksi yang dia sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Sejak bila lelaki itu duduk sebelahnya pun tidak tahu.

[✓] Boy Friend || Kim SeungminWhere stories live. Discover now