Selepas pulang dari kerja, Yoonjee membuat keputusan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu di sekitar bandar seoul sebelum pulang ke rumah.Kaki melangkah melintasi jalan raya apabila lampu isyarat merah bertukar kepada hijau. Walaupun tiada perancangan untuk dituju, Yoonjee tetap meneruskan perjalanannya.
Apabila tiba di suatu tempat, Yoonjee menghentikan langkah. Dia memandang kedai-kedai di setiap sepanjang jalan itu. Kawasan itu, kawasan yang sudah hampir 2 bulan rasanya dia tidak kunjungi.
Kali terakhir dia datang ke situ, di mana dia datang menyerang Hyejeong yang sedang berborak bersama Seungmin di sebuah kafe berdekatan dengan studio lelaki itu.
"Macam mana aku boleh terfikir nak datang ke sini?" Dia bicara seorang diri. Kakinya melangkah perlahan membawa dirinya ke sebuah studio yang tidak lah jauh mana dari tempat dia berada tadi.
Dia melihat keadaan di dalam studio itu melalui cermin kaca besar yang berada disitu. Gelap, keadaan di dalamnya gelap. Mana tidaknya gelap kalau sekarang waktu para pekerja sudah pulang ke rumah masing-masing.
"Yoonjee?"
seseorang menegurnya dari sebelah membuatkan dia sedikit terperanjat. Yoonjee menoleh ke sisi dan melihat gerangan itu. Hatinya terasa lega apabila orang yang menegur itu bukan lelaki yang dia mahu berjumpa. Nasib memang menyebelahinya.
"Hyunjin-ah" Yoonjee tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan lelaki itu. Sudah agak lama mereka tidak bertembung.
"Kau buat apa dekat sini Yoonjee?" Hyunjin menyoal.
"Oh ermm aku saja nak jalan-jalan dekat kawasan ni" jawab Yoonjee walaupun jawapan itu tidak pasti baginya. Hyunjin dapat merasakan sesuatu pada Yoonjee tetapi dia tidak mahu menyebutnya kerana hal itu mungkin akan melukakan hati gadis itu. Jadi dia hanya diam sahaja dan buat seperti tiada apa.
Sedang berborak, tiba-tiba mata Yoonjee terpaku ke arah sebuah kafe. Kelihatan Seungmin sedang berjalan bersama seorang wanita sambil berborak.
Senyuman yang tidak lekang dari bibir masing-masing membuatkan hati Yoonjee sedih. Mahu kata cemburu? Ya memang dia sedang cemburu. Walaupun sudah tiada apa-apa hubungan, hatinya tetap rasa cemburu apabila Seungmin bersama dengan orang lain.
"Hyunjin, aku balik dulu ya..nanti kalau ada masa kita borak lagi" ujar Yoonjee. Belum sempat Hyunjin mahu berkata sesuatu, Yoonjee lebih pantas pergi meninggalkan tempat tersebut.
"Haih" Hyunjin mengeluh. Dia memandang ke arah Seungmin yang dalam perjalanan datang ke arahnya. Perempuan yang dikenali sebagai pelanggan mereka tadi sudah pergi mengikut haluan lain.
"Macam mana?" Hyunjin menyoal dan dibalas dengan anggukan kepala serta ibu jari dinaikkan tanda okay.
"Tapi sedikit masalah la..tak banyak pun. Kemungkinan jadual yang kita dah tetapkan tu akan ditangguhkan disebab jadual dia yang padat dan tak menentu" kata Seungmin kepada Hyunjin.
"Habis tu macam mana?" Soal Hyunjin inginkan jawapan lagi.
"Dia akan call balik nanti..kita tunggu je la macam mana ya" ujar Seungmin dan Hyunjin mengangguk.
⬛❇⬛❇⬛❇⬛
Kereta di parkir dengan sekali sahaja masuk, kemudian enjin kereta dimatikan. Hyejeong keluar dari dalam perut kereta. Kaki melangkah ke arah lif yang berada tidak jauh dari jaraknya."Unnie" seseorang memanggil membuatkan kakinya terbantut dari terus melangkah. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang memanggilnya. Senyuman sinis tercipta disaat dia memandang orang tersebut.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...