Seungmin mengerling Yoonjee yang berada di sebelahnya. Gadis itu diam sahaja sejak tadi, dia langsung tidak berborak dengan Seungmin. Tangan kanan Seungmin mencapai tangan Yoonjee lalu menggenggam erat manakala tangan kiri mengawal stereng kereta."Kau okay ke? Diam je" tanya Seungmin yang agak risau dengan teman wanitanya.
"Eung okay" jawab Yoonjee.
10 minit perjalanan dan akhirnya sampai juga mereka di apartment Seungmin. Sebenarnya Seungmin telah pun berpindah dari terus berjiran dengan Yoonjee kerana dia mahu berdikari seorang diri. Manakala mak Seungmin pula juga turut berpindah ke kawasan perdalaman kerana lebih suka dengan suasana perkampungan katanya.
"Masuk la" pelawa Seungmin setelah membuka pintu untuk Yoonjee masuk ke dalam rumahnya. Ini kali kelima Yoonjee datang ke rumah Seungmin, tetapi sebelum ini sebagai tetamu singgahan sahaja dan bukannya sebagai tetamu menumpang.
"Bilik kau sebelah bilik aku, pergi la masuk letak barang" Seungmin menunjuk ke arah di mana bilik tetamu berada. Yoonjee mengangguk lalu menarik beg bagasinya masuk ke dalam bilik yang ditunjuk oleh Seungmin tadi.
Seungmin masuk ke ruang dapur lalu membuka peti sejuk. Botol mineral yang tersusun elok di dalamnya diambil satu. Penutup dibuka lalu meneguk sehingga air itu tinggal setengah.
"Seungmin" Seungmin memandang ke arah Yoonjee yang sedang tercegat di hadapan pintu bilik.
"Lapar" ujar Yoonjee sambil memegang perutnya yang sedang berkeroncang itu.
"Kau nak makan apa?" Soalnya.
"Ayam goreng" pinta Yoonjee. Sebut tentang ayam goreng, Seungmin mula teringat akan ayam goreng yang dibelinya sebelum ke rumah Yoonjee tadi. Malangnya ayam itu sudah pun tidak selamat akibat rempuhan yang kuat antara Seungmin dan juga pencuri. Kalau la pencuri itu tidak muncul, mesti sekarang mereka tengah berseronok makan ayam di rumah Yoonjee.
"Okay aku pesan sekarang" Seungmin mengambil telefon yang berada di dalam poket seluarnya lalu terus memesan makanan yang diminta Yoonjee tadi.
"Seungmin lapar!" 20 minit mereka menunggu makanan sampai, Yoonjee sudah merengek akibat kelaparan.
"Sabar nanti sampai la tu" kata Seungmin. Selang beberapa minit, loceng rumah berbunyi menandakan seseorang sedang berada di depan pintu rumahnya.
Seungmin bingkas bangun menuju ke arah screen yang boleh melihat orang di luar rumah. Setelah mengenal pasti baru lah dia membuka pintu.
Yoonjee yang berada di ruang tamu itu melihat sahaja segala gerak geri Seungmin sehingga lelaki itu datang mendekatinya.
"Nah ayam" Seungmin meletak sekotak ayam goreng di atas meja kecil. Seperti orang kebuluran, dengan sepantas kilat sahaja tangan Yoonjee selamat memegang seketul peha ayam.
Seungmin bangun pergi ke dapur sebentar lalu kembali dengan membawa dua botol air mineral. "Makan perlahan la makcik oi!" Pesan Seungmin dan memberi sebotol air kepada Yoonjee.
"Kau macam tak tahu pulak kalau aku kebulur macam mana" ujar Yoonjee. Seungmin menggeleng kepala melihat Yoonjee. Pasrah sahaja dia dengan perangai gadis itu.
⬛❇⬛❇⬛❇⬛
Pagi-pagi lagi San sudah terpacak di hadapan bangunan lapangan terbang untuk menunggu ketibaan seseorang. Lebih kurang 20 minit dia menunggu dan akhirnya seorang gadis keluar dengan membawa beg bagasinya di tangan."San!" Gadis itu berjalan dengan cepat untuk mendapatkan San sambil tersenyum lebar. San mendepakan tangannya meminta gadis itu untuk memeluknya. Tanpa segan silu gadis itu masuk ke dalam dakapan San.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
Roman d'amourBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...