Yubin memandang dua gelas besar coca cola di hadapannya itu sebelum pandangannya beralih ke arah sahabat sehidup sematinya. Raut wajah sahabatnya itu jelas terpapar yang dia tengah kemurungan buat masa sekarang.
"Aku tahu Kau tengah kemurungan tapi perlu ke nak minum dua gelas besar air ni? Aku tahu la kau tak boleh minum alkohol pun tapi perlu ke kau nak acah macam kau tengah minum benda tu sekarang ni? Jangan buat muka macam tu, buruk kau tahu tak" kutuk Yubin apabila melihat wajah monyok rakannya yang semakin menjadi-jadi. Yoonjee tengah kemurungan dengan masalah, boleh pula Yubin menambah kemurungannya dengan cara mengutuknya.
"Ish kau ni! Bukan nak tanya aku okay ke tak" Yoonjee memuncungkan bibirnya kedepan seperti itik.
"Jangan begitu sahabatku..ha cerita la apa masalah kau sekarang ni" Yubin membetulkan kedudukannya untuk mencari keselesaan. Pandangan difokus ke arah rakannya.
"Seungmin merajuk dengan aku" beritahu Yoonjee. Kepala ditongkat menggunakan tangan kirinya.
"Merajuk sebab apa?" Soal Yubin dan Yoonjee terus menceritakan tentang apa yang berlaku semalam. Saat sedang bercerita, Yubin tidak habis menunjukkan reaksi terkejutnya.
"Lepastu? Kau dah terangkan pada dia ke belum yang tu cuma salah faham?" Yubin bertanya.
"Macam mana aku nak terangkan? Dia asyik nak mengelak dari aku tahu tak! Ey geram pulak aku dengan dia! Dah la bila aku tanya, dia hanya jawab sepatah je! Sakit hati tahu tak!" Yoonjee meluahkan rasa sakit hatinya terhadap Seungmin.
"Sabar la Yoonjee..balik nanti kau cuba la bincang dengan dia elok-elok" Yubin cuba menenangkan rakannya.
Satu gelas besar yang masih dipenuhi air coca cola itu diberikan kepada Yubin membuatkan gadis itu memandang air itu dengan Yoonjee silih berganti.
"Kau minum la..aku tak rasa yang aku dapat habiskan dua gelas besar ni. Tambah satu gelas besar pun aku minum separuh je ehe" ujar Yoonjee. Lembut sahaja suaranya apabila bercakap sambil tersenyum.
Yubin membuat muka menyampahnya pada Yoonjee. Sudah tahu tidak boleh habiskan, yang gedik sangat pergi order sampai dua siapa suruh? Dalam keadaan yang menyampah pun dia menghirup juga air tersebut.
⬛❇⬛❇⬛❇⬛
Hyunjin menyedut air kotak yang berperisa susu pisang itu sambil matanya tidak lepas memandang Seungmin yang berada di sebelahnya manakala telinga pula menadah sahaja luahan hati rakannya yang tidak berhenti dari tadi.
"Dah habis dah?" Hyunjin menyoal sebaik sahaja rakannya berhenti bercakap. Seungmin mengangguk mengiyakan pertanyaan Hyunjin.
"Aku pun tak berapa nak faham sangat dengan masalah remeh korang ni..tapi tak apa, mari aku ulaskan sedikit" Hyunjin meletakkan air kotaknya di atas meja setelah habis diminum. Kaki yang menjejak lantai itu diangkat kemudian duduk bersila menghadap Seungmin.
"Kau cakap kau nampak semua benda yang berlaku depan mata kau, lepastu bila kau nampak Yoonjee berpelukan dengan majikan dia kau terus nak cemburu betul?.." Seungmin mengangguk apabila Hyunjin menyoalnya sambil menunjukkan jari telunjuk kepadanya.
"...Tapi masalahnya sekarang ni..kau cakap kau nampak semuanya. Dari awal budak yang bawak basikal tu sampai la Yoonjee sedar kau ada dekat situ. Kau tak rasa ke yang kau ni over jealous?" Hyunjin mengangkat keningnya sambil menunggu jawapan dari Seungmin.
"Habis kau nak cakap aku ni yang bersalah la?" Seungmin meninggikan suaranya sedikit. Hyunjin menggolekkan bebola matanya ke atas tanda menyampah dengan suara Seungmin yang tiba-tiba meninggi dengannya.
"Tak, aku tak cakap pun yang kau bersalah..hey listen here bro. Dah terang lagi bersuluh majikan dia cuba protect dia dari kena langgar dengan basikal tu..kau jangan la salah anggap yang dia sengaja buat macam tu..fikir positif la" Hyunjin menasihati Seungmin yang seperti orang tidak ada akal dan fikiran yang positif. Kalau boleh semuanya negatif.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
Roman d'amourBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...