"Oppa" panggilan itu membuatkan pasangan itu berhenti. Pandangannya jatuh ke arah tangan perempuan yang tidak dikenali itu sedang memeluk erat lengan lelaki yang sangat dikenalinya."Oh- Yubin" Yeonjun tersenyum melihat Yubin yang berada dihadapannya. Senyuman itu bukanlah senyuman bahagia apabila berjumpa dengan gadis itu tetapi senyuman panik yang dipaparkan diwajahnya.
"Awak siapa?" Perempuan yang masih memeluk erat lengan Yeonjun itu bertanya kepada Yubin.
"Awak siapa?" Yubin tidak menjawab soalan malah memberi soalan yang sama kepada perempuan yang tidak dikenali itu.
"Saya teman wanita Yeonjun oppa..awak?" Perempuan itu menjawab. Serta merta hati Yubin retak apabila mendengar jawapan dari mulut perempuan itu sendiri.
Hyunjin yang berada di belakang Yubin itu hanya melihat sahaja drama yang berlangsung dihadapannya. Ternyata betul la jangkaannya yang Yeonjun telah pun curang tanpa pengetahuan gadis itu.
"Oh s-saya sepupu dia" balas Yubin sambil tersenyum kelat. Air mata yang hampir keluar dari tubir matanya ditahan sebaik mungkin supaya tidak jatuh dihadapan manusia yang telah meretakkan hatinya.
"Saya pergi dulu" Yubin mengorak langkahnya jauh dari situ. Hyunjin yang menjadi penonton itu juga turut melangkah pergi meninggalkan pasangan itu yang masih terpinga-pinga.
"Oppa nak pergi mana? Cakap nak teman balik?" Perempuan itu menarik semula tangan Yeonjun apabila lelaki itu ingin pergi meninggalkannya.
"Eo? Erm jom" niatnya ingin mengejar Yubin tidak tercapai kerana dia telah berjanji untuk menghantar teman wanita barunya itu pulang.
"YUBIN!! OI TUNGGU LA!" Hyunjin mengejar Yubin yang berjalan lebih laju darinya. Setelah jarak mereka dekat Hyunjin terus menarik tangan Yubin untuk berhenti seketika.
"Kau okay ke?" Dengan bodohnya dia bertanya sedangkan dia sudah nampak apa yang terjadi di depan matanya dan terang lagi bersuluh gadis itu sedang mengeluarkan air matanya.
"Kau bodoh ke hiks? Dah confirm la aku tak okay huwaaa!" Yubin berkata sambil menangis. Tangan kanan menekup matanya manakala tangan kiri masih dipegang oleh Hyunjin.
"Dia tipu aku hiks dia cakap dia ada kerja tapi- hiks tapi hiks huwaaaa dia curang!!" Luah Yubin. Hyunjin tidak berkata apa malah hanya mendengar sahaja apa yang Yubin luahkan dan matanya setia memandang wajah Yubin walaupun gadis itu menekup matanya menggunakan tangan.
Tanpa teragak-agak Hyunjin menarik Yubin masuk ke dalam dakapannya. Tangan mengusap belakang gadis itu bagi menenangkannya.
⬛❇⬛❇⬛❇⬛
"Tu dah kenapa? Serius betul berborak" Jisung menyoal apabila melihat dua orang rakan perempuannya yang sedang berborak tidak jauh dari meja yang mereka duduki.
"Jangan tanya, aku ni tukang buat brownie je" Felix berkata seraya menggeleng kepala apabila Jisung memandangnya. Dapat dia rasakan dari dalam mata Jisung yang rakannya itu meminta penjelasan.
Pandangan Jisung kini beralih ke arah Hyunjin yang sedang menyedut ais americano dengan tenang tanpa memandang Jisung yang berada di hadapannya. Meja diketuk oleh Jisung beberapa kali untuk mengalih perhatian rakannya. Apabila Hyunjin memandangnya, dia terus mengangkat keningnya berkali-kali.
Nampaknya Jisung benar-benar ingin tahu apa yang diborak oleh dua gadis itu. Sikap Jisung yang seperti mahu menjaga tepi kain orang itu membuatkan Hyunjin mengeluh. Selagi tak buka mulut selagi tu la dia akan bertanya.
"Yubin dengan Yeonjun dah putus..tu Yoonjee tengah motivasi la tu" beritahu Hyunjin.
"Putus? Kenapa? Curang?" Dia yang tanya dan dia lah yang jawab. Hyunjin hanya mengangguk tanda mengiya kan saja soalan dan jawapan Jisung.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...