[ S2 ] : °•. 9 .•°

31 10 24
                                    


Seungmin menutup pintu biliknya sebelum menapak ke ruang tamu dimana Yoonjee berada. Kelihatan gadis itu sedang fokus bermain telefonnya sehingga tidak sedar akan Seungmin yang sudah pun berada di sebelahnya.

"Kalau boleh main telefon sampai muka pun macam nak masuk dalam tu" kutuk Seungmin dan membuatkan Yoonjee memandangnya dengan pandangan maut. Ingin sahaja gadis itu melempang Seungmin selaju yang mungkin tetapi apakan daya, dia tidak sanggup melakukan itu.

Seungmin ketawa melihat wajah Yoonjee. Suka pula dia mengutuk gadis itu. "Apa?" Ujar Seungmin.

"Saya tengah lapar ni..jangan sampai saya gigit awak" ugut Yoonjee dan kembali memandang telefonnya.

"Order makanan ke? Nak pizza satu" pesan Seungmin apabila nampak Yoonjee sedang mengscroll aplikasi food delivery.

'Dingdong'

Bunyi loceng rumah membuatkan mereka berdua memandang antara satu sama lain.

"Abang food panda ke tu? Rasanya saya belum tekan untuk beli" ujar Yoonjee dan Seungmin hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Mereka berdua berjalan menuju ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang kalau bukan abang food panda.

Seungmin membuka pintu memandangkan dia paling dekat dengan tombol pintu. Sebaik sahaja buka, mukanya yang tadinya tertanya-tanya terus berubah kepada riak wajah terkejut.

"Err rasanya kita tak payah pesan makanan kot Yoonjee" ujar Seungmin. Yoonjee tertanya apabila Seungmin kata begitu. Yoonjee yang terlindung dengan pintu itu menolak Seungmin ke tepi sedikit untuk melihat siapa yang berada di hadapan pintu rumah.

Kelihatan Yubin bersama Hyunjin yang sedang mengangkat beg plastik yang berisi makanan sambil tersenyum.

"Hello!! Eh betul la ada Yoonjee hehe" Felix muncul di sebalik belakang Hyunjin sambil tersengih menampakkan giginya yang comel.

"Baahh!" Selepas kemunculan Felix, kini Jisung pula muncul di sebalik dinding. Bukan dia saja malah San dan Hyejeong juga turut serta.

Masing-masing duduk bersila di atas karpet ruang tamu sambil memandang Seungmin dan juga Yoonjee silih berganti. Makanan yang berada di tengah itu tidak disentuh oleh sesiapa lagi.

"Korang memang suka berahsia ke apa ni?" Jisung menyoal sambil memeluk tubuh.

"Err bu-" belum sempat Seungmin mahu menjawab ada yang sudah memotong.

"Kami tahu kami bukan sesiapa bagi korang berdua" Felix menaburkan ayat-ayat sedihnya.

"Haih masalah la korang ni, bukan kami berdua taknak bagitahu..masalahnya kami pun terlupa nak bagitahu" kata Seungmin. Dia betul-betul memang terlupa.

"Ye la..orang bahagia memang lupa segalanya..sampai kawan pun diabaikan hmm"

'Pap!'

Satu tamparan melekat di peha milik San. "Aduh sakit la nenek!!" San memandang tajam ke arah Yoonjee. San mengerutkan wajahnya sambil menggosok pehanya. Sungguh perit rasanya.

"Padan muka" kata Yoonjee kemudian menjelir lidah kepada San.

"Eh sudah la..benda dah lepas buat apa nak diungkit..sekarang korang dah tahu kan? Jadi mari la kita menyantap makanan sementara masih panas" Yubin segera memutuskan pertengkaran kecil mereka.

Dari tadi mata Hyejeong tidak lepas dari memandang Seungmin yang sedang makan sehingga membuatkan Yoonjee sedar akan perbuatan Hyejeong.

Yoonjee memandang Hyejeong yang tidak lepas memandang Seungmin. Pandangannya kini beralih ke arah Seungmin yang hanya makan dengan tenang tanpa gangguan sesiapa.

[✓] Boy Friend || Kim SeungminWhere stories live. Discover now