Yoonjee beredar dari kawasan kantin apabila melihat Hyejeong yang datang ke arahnya."Yoonjee!! Yoonjee" panggil Hyejeong sambil mengejar Yoonjee dari belakang.
Kalau boleh Yoonjee memang tidak mahu pun berjumpa atau terserempak dengan Hyejeong kerana tidak suka dan bencinya dia terhadap Hyejeong.
"Yoonjee stop!! We need to talk" akhirnya Hyejeong dapat meraih tangan Yoonjee.
"Ape benda kau ni? Tak ada benda apa pun yang perlu kita bualkan, lagipun kau bukannya kawan aku dan ingat sikit yang kita ni musuh" Yoonjee menjeling dan mengorak langkahnya ingin pergi dari situ tetapi sempat dihalang oleh Hyejeong lagi.
"Tolong bagi aku lima minit untuk cakap dengan kau" pujuk Hyejeong dan Yoonjee hanya diam kerana memikirkannya. Minah ni bukan boleh percaya sangat.
"Okay aku bagi kau masa lima minit cepat sikit" Yoonjee bersetuju untuk.berbual dengan Hyejeong seketika.
"Okay apa kata kita pegi rooftop" ajak Hyejeong.
"Dekat sini tak boleh ke??buat apa nak pegi rooftop?ke kau nak buat benda tak elok lagi dekat aku macam yang sebelum ni?" Soal Yoonjee dengan pandangan rasa mahu saja dia melempang Hyejeong.
"Aniya bukan macam tu..aku janji tak buat macam tu lagi. Tolong percaya aku kali ni saj" rayu Hyejeong dengan bersungguh-sungguh. Yonjee memandang atas bawah sebelum kakinya mula melangkah pergi ke tempat yang dicadangkan Hyejeong tadi. Kini mereka berdua menuju ke rooftop bersama.
"Bagitau cepat apa kau nak cakap..aku ta ada masa nak layan orang ni" kata Yoonjee dengan tegas. Orang macam Hyejeong ni tak boleh lembut sebab nanti dia akan pijak kepala.
"Aku nak mintak maaf dekat kau atas kesalahan aku dulu yang pernah nak rampas Seungmin dari kau..main kasar dengan kau..aku mintak maaf sangat-sangat..aku berdosa dengan banyak orang terutama sekali kau Yoonjee..tolong maafkan aku" kata Hyejeong menunduk memandang lantai.
Yoonjee yang mendengarnya seperti tidak percaya yang seorang Hyejeong datang meminta maaf kepadanya.
"Betul ke ni?? Aku macam tak percaya orang yang perangai gedik dasar nak rampas orang yang aku sayang tiba-tiba datang mintak maaf dekat aku?" Bidas Yoonjee manakala Hyejeong hanya diam sambil memandang lantai.
"Tapi okay la tuhan dah bukakkan hati seorang insan ni untuk datang meminta maaf..nak insaf ke? Taknak buat dah kerja rampas merampas ni??" Sindir Yoonjee. Hyejeong menggeleng tanda tidak mahu.
"Huh bagus la tu kau dah tau kesalahan kau kan" kata Yoonjee lagi.
"Jadi kau maafkan aku la ni?" Soal Hyejeong memandang Yoonjee yang berada di hadapannya.
"Tak, aku tak cakap pun yang aku akan maafkan orang macam kau" Yoonjee tersenyum senget.
"Yoonjee tolong la maafkan aku, aku janji aku takkan kacau hidup kau dengan Seungmin..aku janji takkan rampas lagi Seungmin dari kau..tolong la Yoonjee aku merayu dekat kau!" Bunyi tangisan mula kedengaran dari Hyejeong. Yoonjee memandang hyejeong yang menangis tanpa henti.
"Boleh percaya ke kau ni? Macam tak je aku tengok" kata Yoonjee selamba. Melihat gadis itu menangis dihadapannya langsung tidak membuatkannya rasa bersalah.
"Aku janji hiks aku sanggup melutut la depan kau" Hyejeong dengan segera melutut depan Yoonjee.
"Tolong bagi aku peluang untuk tebus segalanya" kata Hyejeong sambil melutut. Terasa panas dilutut akibat kepanasan lantai simen itu diabaikannya. Yoonjee memikirkan patut kah dia beri peluang dan memaafkan si Hyejeong ni atau biarkan saja dia. Bak kata daddy chan 'can i or shall i'.
YOU ARE READING
[✓] Boy Friend || Kim Seungmin
RomanceBermula dari berkawan rapat sehingga la masing-masing mempunyai perasan suka antara satu sama lain. Dalam perjalanan mahu menjalinkan hubungan, ada saja perangai syaitan yang mahu merampas Seungmin daripada Yoonjee. "Aku akan rampas dia dari kau" "S...