[ S2 ] : °•. 11 .•°

33 10 26
                                    


Seungmin membawa potongan buah epal yang berada di dalam pinggan itu ke ruang tamu lalu diletakkan di atas meja kecil. Laju sahaja tangan Yoonjee mencapai buah kemudian dimasukkan ke dalam mulut.

"Hujung minggu ni jom pergi pantai nak?" Cadang Seungmin dan dengan pantasnya Yoonjee mengangguk setuju.

"Bagus jugak..dah lama kita tak keluar bersama kan?" Yoonjee menyandarkan kepalanya di dada bidang milik Seungmin manakala sebelah tangan melingkari pinggang lelaki itu.

Perbualan mereka berakhir disitu sahaja dan masing-masing hanya fokus menonton televisyen sambil makan buah epal.

Hari yang dinanti-nantikan oleh pasangan itu telah tiba dimana mereka akan pergi ke pantai.

"Yoonjee-ah cepat sikit nanti jalan sesak!" Seungmin memekik memanggil Yoonjee yang belum keluar dari biliknya.

"Sabar la...dah siap ni" kata Yoonjee yang sudah pun keluar dari bilik. Seungmin terpana seketika melihat pemakaian Yoonjee. Dress yang labuh berwarna krim, rambut tocang yang siap didanda, tidak lupa juga gadis itu sudah membawa topi bersamanya. Takut panas katanya.

"Kenapa pandang macam tak pernah tengok orang je ni?" Yoonjee menolak perlahan bahu Seungmin membuatkan lelaki itu tersedar.

"Awak nak pergi kawin atau nak pergi pantai?" Soalan yang keluar dari mulut Seungmin itu membuatkan Yoonjee ketawa. Terhibur dengan soalan lelaki itu.

"Cantik kan? Saya tahu..dah jom" Yoonjee membuat muka riak takaburnya kemudian keluar dari rumah terlebih dahulu. Seungmin tersenyum lebar melihat Yoonjee, tikar yang tersandar di dinding itu diambil untuk dibawa bersama.

⬛❇⬛❇⬛❇⬛

"Terima kasih Felix sebab tolong gantikan Yoonjee" ucap Yubin apabila Felix datang mendekatinya. Tray yang dipegang oleh Felix itu diletakkan di atas kaunter.

"Sama-sama tapi kau kena bayar aku lebih la sebab dah dua hari aku tolong kau ni" sesungguhnya Felix memang seseorang yang banyak meminta.

"Ye la" sebagai bos yang baik Yubin hanya turutkan saja. Kalau tak bayar nanti tak pasal-pasal si Felix tu heret dia pergi balai polis lepastu naik kes pergi mahkamah sebab bos tak bayar gaji pekerja.

"Oh aku lupa nak tanya..Yoonjee pergi mana? Kenapa dia tak tolong kau harini?" Tanya Felix ingin tahu.

"Dia pergi date dengan Seungmin" jawabnya. Dia tahu pun sebab Yoonjee yang beritahunya semalam.

"Ohhh dekat mana?" Felix bertanya lagi. Bukan mahu menyibuk tetapi sekadar hanya ingin tahu sahaja.

"Pantai Busan" jawab Yubin dan Felix hanya mengangguk.

"Kenapa? Cemburu ke sebab tak ada perempuan yang kau nak bawak pergi date? Huh lemah!" Kutuk Yubin. Sengaja dia mahu mengutuk Felix yang sendu itu kerana lelaki itu seperti cemburu dengan rakannya.

"Eh suka hati kau je..mana ada aku cemburu ish!" Felix mengerutkan wajahnya.

"Dah pergi ambil pesanan dekat meja hujung sana tu" arah Yubin dan Felix hanya menurut.

"Hye Yubin" Hyejeong muncul selepas Felix beredar dari situ.

"Oh hye" Yubin membalas sapaan Hyejeong.

⬛❇⬛❇⬛❇⬛

Empat jam perjalanan mereka untuk sampai di Busan sehingga membuatkan Yoonjee terlena. Seungmin yang memandang Yoonjee sekilas itu hanya tersenyum.

[✓] Boy Friend || Kim SeungminWhere stories live. Discover now