Episode 3

182 16 0
                                    

Aku terjaga dari lena apabila mendengar azan dari masjid berkumandang. Kaki aku melangkah turun dari katil. Tiba-tiba kepala aku merasakan satu denyutan yang menyakitkan. Aku kurang kestabilan. Mujur aku sempat berpegang pada almari.

Aku mengcapai tuala mandi dan aku mengatur langkah keluar dari bilik menuju ke arah dapur. Semakin lama denyutan dikepala aku semakin kuat. Suiz lampu bilik mandi aku buka. Tiba-tiba pandangan aku mula kabur dan berpecah dua. Kepala aku gelang. Beberapa ketika, pandangan aku mulai gelap dan aku rebah tidak sedarkan diri.

Farhan melangkah menuruni tangga. Matanya ditenyeh dan melangkah ke bilik mandi dengan mamai.

"Kak, kau buat apa tidur dekat sini kak? Tak ada bilik ke?"tanya Farhan sebaik melihat aku terbaring di hadapan bilik mandi. Farhan bercangkung bahu aku digoncangnya.

"Kak.. eh! Kak! Bangun kak!"Farhan mula cemas. Apabila aku tidak memberi sebarang reaksi.

"Kak!! Baba!! Ummi!! Kakak pengsan!!"laung Farhan memanggil encik Azli dan puan Latifah.

Tergopoh-gapah Encik Azli dan puan Latifah menghampiri Farhan. Orang lain yang turut mendengar, turut sama bergegas menghampiri Farhan.

"Farhan, cepat angkat kakak. Kita pergi hospital"arah Encik Azli.

Farhan mengcempung tubuh aku lalu di bawa ke kereta. Masing-masing cemas. Encik Azli yang masih berkain pelikat berlari anak memasuki kereta. Di ikuti oleh Puan Latifah.

"Farhan, cepatlah"kata Puan Latifah. Farhan memasuki pintu bahagian pemandu dan terus memecut laju ke hospital berdekatan.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Puan Latifah duduk temanggu di atas kerusi menunggu dengan ditemani oleh Farhan sementara Encik Azli pergi membeli sesuatu untuk mengisi perut yang kosong.

Kelihatan pintu wad dibuka dari dalam, terus puan Latifah menerpa ke arah doktor.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?"tanya Puan Latifah.

"Anak puan baik-baik sahaja. Dia cuma stress dan terlalu banyak berfikir. Dalam badannya juga kekurangan cecair mungkin terlalu banyak menangis. Saya dah masukkan air ke dalam badan cik Aleyya, dan kalau drip tu dah habis, cik Aleyya dan boleh pulang"jelas doktor.

"Baik doktor terima kasih".

"Sama-sama. Saya minta diri dulu"sebaik doktor berlalu pergi, Puan Latifah dan Farhan menapak masuk ke dalam wad. Terlihat aku yang masih tertidur dengan salur drip terpasang dikekura tangan.

"Kakak, kakak okay?"tanya puan Latifah sebaik sahaja aku terjaga dari lena.

Aku sekadar mengangguk lemah. Terasa sengal di kekura tangan membuatkan aku sedikit berdecit.

"Kakak nak bangun"pinta ku. Farhan membantu aku dengan meninggikan kepala katil agar senang untuk aku bangun.

"Kak, ummi minta maaf dengan kakak. Kalau bukan sebab usulan ummi tu, kakak tak akan masuk hospital"kata puan Latifah.

"Ummi, kakak tak salahkan sesiapa pun. Kakak cuma rasa benda ni tak adil untuk diri kakak. Kalau boleh, bagilah masa untuk kakak bertenang. Hati kakak ni masih lagi terluka. Bukan senang untuk kakak move on".

"Kak, Farhan pun nak minta maaf dekat akak. Farhan sepatutnya canggah cadangan opah tu"kata Farhan meminta maaf.

"Paan tak salah lah. Kakak dah okay dah"aku menarik senyum menandakan aku sudah baik sepenuhnya.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now