Aku meregangkan badan aku yang lenguh akibat terlalu lama duduk menghadap laptop. Habis sahaja aku membaca naskah manuskrip, laptop aku tutup. Badan aku sandarkan dengan helaan nafas lega. Akhirnya siap juga aku menilai manuskrip menulis baru yang dihantarnya. Walaupun dia seorang penulis baru, tetapi gaya penulisannya tak nampak seperti penulis baru.
Jam ditangan aku kalih. Terbuntang mata aku apabila jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Sudah terlepas waktu makan tengah hari. Tambahan pula aku sudah berjanji dengan mak long untuk membawanya ke hospital melawat Nazirul.
Dengan kelajuan yang maksimum, aku mengemas barang aku dan terus menapak keluar. Sempat aku berpesan kepada rakan sekerja aku agar memberitahu boss.
Sesampainya dirumah mak long, aku melihat maklong masih lagi tengah bersiap. Syukurlah aku tidak terlewat. Kasihan pula bila biarkan mak long tertunggu lama.
Seusai itu, kami terus bertolak ke hospital dimana Nazirul dirawat. Sudah hampir dua minggu Nazirul disana. Tidak lama lagi dia sudah dibenarkan pulang memandangkan lukanya tidak terlalu serious seperti Hamzah rakan sekerjanya.
Mengenang akan kejadian itu, membuatkan hati aku terpalit sayu. Sungguh kejam sifat pembajak laut itu. Sanggup membunuh demi kepentingan diri sendiri yang sudah terang lagikan bersuluh melakukan kerja yang terlarang. Anggota wanita dibunuh kejam tanpa belas kasihan. Hanya satu yang membuatkan aku musykil. Macam mana pembajak laut itu boleh melepaskan Nazirul dan anggota lain pulang begitu sahaja.
Kereta aku letak di bahagian parkin hospital. Aku dan mak long melangkah beriringan memasuki bangunan hospital. Wad Nazirul kami tuju. Mak long menolak pintu dan kami melangkah masuk. Langkah aku tiba-tiba terhenti apabila melihat satu susuk wanita bertudung duduk di samping katil Nazirul.
"Eh! Wani.. bila sampai ni"tegur mak long tersenyum.
"Baru je sampai aunty"balas Aswani menyalami tangan mak long.
"Erm.. mak long. Leyya keluar kejap. Boss call"entah kenapa mulut aku tiba-tiba sahaja melontar kata sebegitu.
"Okay"jawab mak long dengan anggukkan. Laju kaki aku melangkah keluar dengan telefon bimbit melekat di telinga.
Nazirul memandang aku yang menghilang di balik pintu wad. Raut wajahnya kelihatan sedikit mendung.
"Rul macam mana hari ni? Okay?"tanya mak long meletakkan mangkuk tingkat di atas meja beroda.
"Alhamdulillah aunty. Tadi doktor ada datang periksa abang Rul. Doktor cakap Insya Allah esok dah boleh keluar".sampuk Aswani menjelaskan segala penerangan doktor.
"Baguslah tu. Lepas ni tak adalah nak makan bersuap lagikan"gurau mak long. Aswani turut tertawa sakan mendengar mak long menyakat Nazirul.
Aku mendengar hilaian tawa mereka dari luar hanya mampu mendiamkan diri. Sebenarnya aku tidak mendapat panggilan dari sesiapa pun cuma aku terkejut melihat kehadiran Aswani disitu. Aku tidak mahu mengganggu mereka. Biarlah mereka berbual. Mungkin dengan cara itu dapat merapatkan kembali hubungan mereka.
Aku melabuhkan duduk di kerusi menunggu di luar wad. Sambil aku menunggu, mata aku memerhati jururawat yang sibuk merawat pesakit.
Ralit aku memerhati sekeliling, pintu wad Nazirul ditolak dari dalam. Terlihat Aswani menapak keluar. Anak matanya terarah pada aku yang duduk di kerusi menunggu. Dengan penuh sopan dia menghampiri aku dan melabuhkan duduknya disamping aku.
"Hai, kita tak pernah berborak kan?"tanyanya memulakan bicara.
Aku mengangguk sebagai balasan. Nada suaranya yang halus dan lembut dalam saat berbicara menunjukkan dia seorang sangat lemah lembut dan penuh kesantunan.
"Awak student lagi ke? Course apa?"soal Aswani. Soalannya membuatkan aku sedikit terkejut. Dia ingat aku ni student lagi ke?
"Saya dah lama habis study. Sekarang tengah kerja"jawab ku menarik senyum.
"Eh! Umur awak berapa?"dia tergamam melihat aku.
"Saya dah 24 tahun. Nampak muda ke?"nampak sangat aku ni baby face.
"I thought you were 19 or 20"Aswani masih lagi terkejut. Anak matanya tidak lepas dari melihat aku. Aku sekadar melempar senyum.
"Tak apa.. ramai je ingat saya ni muda lagi. So, awak still belajar?"giliran aku pula bertanya.
"Ha'a. Last sem. Saya ambil accountancy"jawabnya raut wajahnya sudah mula berubah biasa. Pandangannya kini kembali memandang ke hadapan.
"Oo.."ringkas sahaja jawapan aku. Berbualan menjadi sepi tanpa sebarang topik. Hanya kedengaran bunyi troli jururawat sahaja memecah keheningan.
"Boleh saya tanya sesuatu?"soal Aswani. Aku mengangguk lalu memandang ke arahnya.
"Awak dengan Nazirul betul ke akan kahwin?". Aku terkesima dengan soalannya. Kenapa dia menanyakan soalan sebegitu. Adakah dia saja mahu memerangkap aku agar perkahwinan aku dan Nazirul tidak diteruskan?
"Kalau ikut tarikh memang betullah. Kenapa ya?"aku menyoalnya kembali.
"Sebenarnya saya masih sayangkan abang Rul"tutur Aswani memandang aku tepat ke dalam anak matanya.
Apa maksud dia yang dia masih sayangkan Nazirul? Dia nak aku serahkan Nazirul dekat dia ke? Kenapa aku rasa terguris dengan kata-kata tu.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Aku duduk termenung di atas sofa berangkai dua. Kata-kata Aswani tempoh hari masih terngiang-ngiang di cuping telinga aku. Apa yang harus aku lakukan. Haruskah aku membatalkan sahaja perkahwinan ini dan memberi ruang kepada Aswani untuk meraih hati Nazirul kembali.
"Kakak!"panggil ummi mengejutkan aku dari lamunan.
"Ya Mi, kenapa?"tanya ku.
"Kakak menung apa? Ummi panggil dari tadi tak menyahut. Cuba cerita dekat ummi"tanya ummi sambil memasukkan kad jemputan ke dalam sampul untuk di berikan kepada saudara mara dan sahabat handai.
"Tak ada apalah ummi. Kakak fikir pasal novel kakak je. Boss dah banyak kali tanya dah"jawab ku berdalih. Aku tidak mahu menambahkan kerungsingan ummi. Cukuplah ummi dah banyak membantu aku dalam menyiapkan majlis perkahwinan aku ini.
"Kakak, ummi rasa baik kakak berhenti jelah kerja dekat office tu. Kakak jadi freelance writer je. Kakak terbitlah buku kakak tu dibawah penerbitan sendiri. Tak adalah nak serabut fikir macam ni"cadang ummi.
"Nak ada syarikat terbitan sendiri tu kena ada modal ummi. Lagi pun, banyak benda yang perlu buat kalau nak ada syarikat penerbitan sendiri"jelas aku. Bukannya aku tidak mampu untuk menubuhkan syarikat menerbitan sendiri, aku cuma perlukan masa untuk memikirkan soal itu. Banyak cabang yang harus aku fikirkan sebelum membina syarikat penerbitan sendiri.
"Suka hati kakak lah. Ni, minggu depan jangan lupa pergi fitting baju. Rul pun dah keluar hospitalkan?".
"Iya ummi.. kakak ingatlah"kata ku cemberut.
"Haih.. dari pada muncung termenung macam tu, baik tolong ummi siapkan kad jemputan ni. Ummi nak naik solat isyak sekejap".
"Baik ummi"aku turun dari sofa dan mengambil alih tempat ummi mengisi kad jemputan ke dalam sampul.
"Buat apalah cetak kad jemputan banyak-banyak. Sekarangkan dah moden. Bagi jelah kad digital kan senang. Tak payah susah-susah nak pergi jemput orang depan rumah"omel ku sendiri sambil tangan ligat melakukan kerja.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
DragostePenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...