Hari minggu, aku meminta Shira untuk menemani aku ke pusat membeli belah. Disebabkan aku mempunyai acara makan malam dan aku tidak mempunyai baju yang sesuai hntuk di pakai, terpaksalah Shira menemani aku. Aku duduk di ruang tamu sambil menunggu. Jam di pergelangan tangan aku pandang.
"Haish.. mana Shira ni. Dia ni buat apa yang lama sangat daam bilik tu"keluh ku.
Tidak lama kemudian, Shira keluar dari biliknya dalam keadaan tersenyum tanpa rasa bersalah sedikit pun dekat aku yang tunggu dia hampir satu jam.
"Lama kau tunggu?"soal Shira.
"Eh! Tak adalah baru seminit aku tunggu kau. Sempat jugalah aku makan lepas tu tidur sekejap"perli ku menggulingkan biji mata kesal.
"Hehehe.. sorrylah babe. Aku salah makan semalam. Itu yang lama tu. Perut aku ni memulas"jawab Shira menayang sebaris gigi.
"Haih.. iyalah cik Shira oi! Sebagai denda.. sebab buat aku menunggu lama, kau drive"aku menyerahkan kunci kereta pada Shira terus aku menapak keluar. Laman wajah Shira terus berubah cemberut. Mana tak nya, dialah orang paling malas untuk memandu. Rugi buat lesen mahal-mahal kalau malas nak memandu.
Aku dan Shira membolos masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan penyaman udara di pasang terlebih dahulu.
"Leyya, kau nak cari baju yang macam mana?"soal Shira sambil memakai tali pinggang keledar.
"Em.. entah lah. Aku tak naklah vogue sangat. Nak yang simple but nice.."jawab ku.
"Dah agak dah. Kau bukannya suka sangat kalau extravaganza ni. Kalau boleh pakai baju kurung, memang baju kurunglah kau akan pakai"Shira mengundurkan kereta keluar dari halaman rumah sewa.
"Of course. Buat apa bazir duit beli baju mahal-mahal. Ini pun aku beli sebab kau yang paksa tau".
"Elok apa aku paksa kau, tak ada lah kau nak pakai buju kurung yang dah berabad lama tu"perli Shira. Berani betul dia cakap baju aku buruk. Bebola mata aku gulingkan dengan bibir aku terjungkit sebelah.
Aku dan Shira menilik helaian baju gaun labuh yang tergantung di rak satu-persatu. Nampaknya tiada yang berkenan di hati aku. Aku berpindah ke rak yang lain. Tengah aku mencari, seorang gadis datang menyapa aku.
"So, you ke bekas tunang Fitri"soal gadis berbaju kemeja putih dan mengenakan skirt paras lutut berona hitam berdiri di hadapan aku.
"Sorry, awak siapa ya?"soal ku bingung. Aku tidak mengenali siapakah gerangan gadis itu.
"Oh! I Kasih. Bakal tunang Fitri. I though you know me"kata gadis itu memperkenalkan dirinya.
Mendengar nama Fitri membuatkan telinga aku seperti menanah. Rasa benci dan meluat mula timbul. Kalau boleh aku tak nak dengar langsung nama tu lalu dalam telinga aku.
"So? Apa kaitannya dengan saya ya?"soal ku tidak gentar.
"Nothing. I just nak cakap yang memang patut Fitri tinggalkan you. He deserve better then you"herdik Kasih penuh angkuh.
"Sorry lah ya cik Kasih. Saya tak berminat nak dengar soal lelaki tu. Dia bukan siapa-siapa bagi saya. Saya pergi dulu ya"pinta ku melepasi Kasih dan mendapatkan Shira agar beredar dari kedai itu.
Kasih mencemuh kesal melihat aku berlalu begitu sahaja tanpa sebarang reaksi. Aku tahu, dialah gadis yang selalu berhubung dengan Fitri sewaktu kami masih bergelar tunang.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Perjalanan pulang hanya di dampingi suara radio yang rancak berkumandang. Shira memandang aku yang fokus pada pemanduan. Di dalam fikirannya penuh dengan tanda tanya berkenaan gadis yang menyapa aku di kedai tadi. Teragak-agak dia mahu menyoal, takut jikalau aku tiba-tiba memetir.
"Leyya, boleh aku tanya kau something tak?"Shira bertanya.
"Sejak bila kau minta izin nak tanya aku ni? Sebelum ni bukan kau main tanya je ke?"perli ku menjungkit senyum.
"Tak ada lah.. aku tengok muka kau serius je. Itu yang aku takut nak tanya"tutur Shira.
"Pernah ke aku serius?"soal ku memandangnya sekilas.
"Okay, siapa perempuan yang bercakap dengan kau tadi tu? Macam serius je kau berbual?". Aku mengeluh ringan mendengar soalan Shira.
"Itu Kasih. Bakal tunang Fitri"jawab ku mendatar.
"Hah?! Serius? Asal dia jumpa kau?"Shira sedikit terkejut mendengarnya.
"Dia just bagitahu.. betul tindakan Fitri untuk tinggalkan aku. Pelik kan? Dia rasa tergugat ke dengan aku ni?"aku masih lagi bingung dengan kehadiran Kasih tadi. Bukannya dia tak tahu siapa aku.
"Alah.. biasalah tu. Orang macam tu memang tak nak kalah. Tambah pula bekas tunang Fitri tu orang yang cantik macam kau"sokong Shira.
"Tang mana cantiknya aku ni?"soal ku. Aku tidak pernah menganggap diri aku ni cantik. Tahap keyakinan diri aku sangat-sangatlah rendah.
"Eh! Kalau tak cantik, tak adanya kau dapat suami yang good looking macam Nazirul tu. Kalau aku ni lelaki, dah lama aku mengorat kau"Shira mengangkat kedua keningnya dengan senyum meleret.
Aku menayangkan raut wajah geli dengan kenyataan Shira. Apa yang tak kena dengan kawan aku ni. Kepala Shira aku tunjal bagi menyedarkan dirinya bahawa dia itu seorang perempuan.
"Ingat Allah Shira. Kena laknat kau nanti baru tahu"ujar ku.
Shira terus tersedar dan pantas dia beristighfar sambil mengelus dadanya bagi membetulkan imannya kembali. Boleh pula dia berkata begitu. Nasib baik kena tunjal kepala je. Kalau makan penampar aku ni, sah-sah esok tak makan nasi.
Punggung di hempas di atas sofa rumah sewa aku. Penat seharian keluar semata-mata untuk mencari pakaian buat acara makan malam nanti. Beg kertas aku letakkan di atas lantai. Shira juga turut merebahkan badannya di atas sofa.
"Aku pelik lah dengan kau ni Leyya. Punyalah banyak baju yang cantik-cantik kita tengok tadi, abaya juga yang kau pilih. Apa kes?"soal Shira sambil melepaskan kelelahannya di atas sofa.
"Baju yang kau suggest tu semuanya meriah sangat tau. Not my type lah. Okay apa abaya. Atleast menutup aurat"jawab ku mengukuhkan pendirian aku.
"Suka hati kau lah. Aku nak naik atas dulu"Shira bangkit dari pembaringan dan terus menapak naik ke biliknya. Aku tersenyum kemenangan.
Telefon bimbit aku keluarkan dari beg tangan. Melihat gambar di skrin telefon membuatkan aku berasa rindu padanya sudah hampir dua bulan dia di tempat kursus. Selepas hari dia menelefon aku sebulan yang lalu, tiada lagi panggilan dan khabar darinya. Mungkin dia benar-benar sibuk.
Sekarang aku perlu faham dan menerima akan pekerjaannya. Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menyibukkan diri aku dengan pekerjaan aku. Di tambah pula dengan event-event buku di serata negeri. Nasib baiklah aku ada kawan yang sentiasa menemani aku kemana sahaja aku pergi.
Bersambung...
Sorry lama tak update.. Avyren dah tamat, so author bolehlah fokus pada story ni pulak. Maaf kalau ada sebarang kekurangan. Enjoy reading
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomantiekPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...