Aku pulang ke rumah ummi dan baba di KL. Oleh kerana aku masih lagi belum sembuh sepenuhnya, ummi tegas menyuruh aku kekal di rumah ummi buat sementara waktu. Naik bosan juga aku duduk dirumah tak buat apa-apa. Dah masuk tiga hari aku terperap aje dekat rumah tak buat apa-apa. Nak menulis? Entah bila idea tu nak datang menyinggah didalam kepala otak aku ni. Nasiblah si Shira tu rajin datang jenguk aku dekat sini. Tak adalah aku bosan sangat dekat rumah.
"Weh! Mana sepupu kau yang handsome tu? Tak ada datang jenguk kau ke?"tanya Shira kepoci.
"Buat apa dia nak datang sini?"tanya aku balik dengan kerutan di dahi.
"Eh! Eh! Kau.. aku tanya kau, kau tanya aku balik. Dah dia tu sepupu kau. Takkan tak nak melawat sepupu yang tengah sakit".
"Dia kerjalah. Kau ingat dia tu macam kau ke? Suka mengular je"kata ku.
"Eh.. helok sikit mulut tu. Aku datang jenguk kau ni pun sebab bos kesayangan kau tu yang nak tahu keadaan kau macam mana"balas Shira.
"Dahlah. Menyampah aku dengar kau sebut pasal bos miang tu. Tak habis-habis".
"Dah dia suka kau. Kau yang jual mahal. Memang angaulah dia tu". Shira meneguk air oren yang dihidang di atas meja.
"Shira, kalau aku cakap sesuatu ni, kau jangan terkejut tau".
"Apa dia? Tak bagitahu lagi macam mana aku nak terkejut".
"Loyar buruk kau ya Shira. Aku serious ni..". Geram je aku dengan Shira ni.
"Iya.. apa dia?".
"Lagi dua bulan aku kahwin"kata ku selafaz.
"Oh.. kahwin.. eh! HAH?!! KAHWIN?!!".
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Nazirul bersandar dikerusi berbantalkan tangannya. Fikiran melayang entah kemana. Bayangan lelaki yang menculik Aleyya tempoh hari terpancar di kotak fikirannya.
"Hoi! Mengelamun je kau ni"sergah Hamzah menghentak meja kerja Nazirul.
"Ish! Kau ni.. tak reti nak bagi salam dulu ke apa?". Nazirul mengacah mahu membaling fail berkulit keras kearah Hamzah.
"Relax ar.. aku tengok kau termenung je dari tadi. Itu yang aku sergah tu. Kau fikir pasal apa ni Rul?"tanya Hamzah.
"Tak ada apa lah. Aku terfikir pasal kahwin aku ni. Mak ngah aku nak percepatkan nikah aku".
"Baguslah tu. Yang kau nak risaukan sangat tu kenapa?". Hamzah melabuhkan duduk di atas kerusi hadapan Nazirul.
"Memanglah aku risau. Yang kena kahwin tu aku tau. Bukannya kau. Satu lagi, penculik yang culik Aleyya dengan budak perempuan tu, aku macam kenal je dia".
"Serious ar Rul? Asal kau tak bagitahu?".
"Eh! Kau ni.. jangan sampai aku tendang kau sampai kutub utara tau. Aku cakap aku macam kenal kan. Belum tentu aku betul-betul cam malaun tu".
"Cakaplah awal-awal. Ini tak, buat suspen je"kata Hamzah lantas berlalu pergi begitu sahaja.
"Tak ada kerja ke apa beruk ni"ujar Nazirul sendiri melihat Hamzah berlalu pergi.
Melayan perangai beruk kawannya itu menambahkan lagi sakit kepalanya. Nasiblah dapat kawan macam tu. Komputer di hadapan di tenung kosong.
"Aku ni dah sedia ke belum nak jadi suami. Nak ke dia tu dengan aku ni"kata Nazirul sendiri. Kenapa perlu kusutkan fikiran dengan perkara yang belum terjadi. Nazirul menegakkan kedudukannya dan memulakan kerjanya kembali.
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
عاطفيةPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...