Episode 20

149 10 0
                                    

Nazirul berlari anak dari dapur ke ruang tamu apabila mendengar telefon bimbitnya berdering. Nama ibunya tertera di skrin telefon. Panggilan di jawab lalu di letakkan di telinga.

"Assalamualaikum ibu..ada ap-"

"Apa yang Rul dah buat?"potong ibunya langsung. Nada suara ibunya jelas kedengaran marah.

"Rul buat apa? Kenapa ibu telefon tiba-tiba nak marah Rul ni?"Nazirul bingung. Dia tidak tahu apa yang telah dia lakukan sampai ibunya perlu menyoalnya begitu.

"Tadi ummi si Aleyya call cakap Leyya suruh pulangkan cincin balik. Apa yang dah berlaku ni?". Cepat betul perkara itu sampai ke telinga mak long. Nazirul mendengar akan itu terus tersentak.

"Pulangkan cincin? Tapi kenapa?".

"Kita yang tanya dia, dia tanya kita balik. Sebab itu ibu tanya Rul.. Rul ada buat apa-apa ke dekat Aleyya sampai dia nak pulangkan cincin tu. Hish! Budak ni!"tekan ibunya geram.

"Ibu, Rul tak buat apa-apa pun dekat Leyya. Masa pergi fitting baju tu okay je".

"Sekarang ni.. ibu nak Rul pergi jumpa Aleyya . Bincang dengan dia. Ibu tak nak perkahwinan Rul batal"pinta ibunya.

"Haih.. baiklah ibu. Nanti Rul pergi jumpa Aleyya"jawab Nazirul dengan keluhan berat. Apa pula lah masalah yang akan timbul. Pelipisnya di picit.

"Baguslah tu. Bincang dengan Leyya elok-elok. Assalamualaikum".

"Wa'alaikumsalam.."jawab Nazirul. Panggilan di matikan. Dia termenung sejenak memikirkan soal itu.

Dia menapak masuk ke bilik untuk bersiap lalu keluar untuk menjumpai aku dan berbincang soal itu. Pacuan empat rodanya menyelusuri jalan raya. Dalam perjalanan itu, otaknya ligat memikirkan mengapa aku mahu memulangkan kembali cincin pertunangan itu.





Kaki melangkah keluar dari rumah sambil menyarungkan tudung di kepala. Ralit aku menulis manuskrip di dalam bilik terkejut apabila ummi memanggil aku mengatakan bahawa Nazirul sedang menunggu aku di luar.

Daun pintu utama aku kuak. Terpaku aku di muka pintu apabila melihat Nazirul bersandar berpeluk tubuh di badan kereta. Anak mata aku melihat Nazirul dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kacak pula dia kali ini apabila mengenakan baju tshirt hitam berlengan pendek dan berseluar jean dengan baju kemeja kotak di ikat di pinggangnya.

Nafas ku tarik dalam lalu ku hembus. Fikiran aku alihkan dan kaki aku hayun mendapatkan Nazirul.

"Rul"sapa ku menghampiri. Nazirul yang bersandar berdiri tegak menghadap aku.

"Kenapa nak jumpa Leyya?"tanya ku. Melihat raut wajah Nazirul yang ketat membuatkan aku menelan liur kesat.

"Rul nak tanya. Kenapa Leyya nak pulangkan cincin tu. Apa yang tak kena?"tanya Nazirul serious.

"Rul dah tahu.."redup saja wajah aku memandangnya.

"Ya. Ibu yang bagitahu. Cuba Leyya bagitahu Rul. Rul ada buat salah ke dekat Leyya? Atau Leyya tak sedia lagi nak kahwin. Kalau tak sedia, kita boleh tunda. Tak perlu nak pulangkan cincin tu"lembut sahaja nada suara Nazirul menutur bicara. Dia tidak mahu bertekak disebabkan perkara kecil begitu.

"Rul tak salah. Leyya yang salah. Leyya salah sebab buat Rul tinggalkan Wani"tutur ku.

"Wani? Jadi, Leyya nak pulangkan cincin sebab Wani?" Aku diam tanpa sebarang jawapan.

Nazirul menarik nafasnya dalam lalu dihembus bagi menenangkan dirinya. Takut jikalau amarahnya keluar.

"Look Leyya, Rul dengan Wani dah lama putus. Hati Rul dah lama mati untuk dia. Kalau Leyya nak tahu, dalam hati Rul ni sekarang hanya Leyya itu je yang Leyya kena ingat. Dan Rul minta sangat dekat Leyya, fikir betul-betul soal ni".

Aku tergamam mendengar luahan hati Nazirul. Sungguh aku tak menyangka selama ini dia menyimpan perasaan terhadap aku. Tapi kenapa aku tak sedar akan itu.

"Rul balik dulu. Rul harap apa yang Rul cakapkan ni dapat mengubat fikirkan Leyya". Nazirul memboloskan diri kedalam perut kereta dan berlalu pergi dari situ meninggal aku yang masih tercegat seperti patung.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

"Assalamualaikum. Ada apa abang Rul nak jumpa Wani dekat sini"sapa Aswani menghampiri Nazirul yang berpeluk tubuh memandang ke arah tasik.

"Apa Wani dah buat?"soal Nazirul tanpa memandang ke arah Wani disisinya.

"Wani buat apa?"wani bertanya bingung.

Nazirul menoleh menghadapnya. Posture badannya masih sama mungkin cuba untuk mengawal diri. Nafas di hembus keras.

"Buat apa? Wani tak payah nak pura-pura tak tahu apa-apa depan Rul. Wani ingat, dengan buat Leyya putuskan pertunangan dengan Rul, Wani akan dapat Rul balik? Tak mungkin terjadi Wani"kata Nazirul.

"Abang Rul.. please, Wani minta maaf dengan Abang Rul sebab wani tinggalkan abang Rul. Sekarang Wani dah sedar yang Wani sayang dan cintakan abang Rul"akhirnya Wani membuka mulutnya. Jelas lagi nyata dengan apa yang telab dia lakukan.

"Cukuplah Wani. Tolong jaga maruah diri Wani. Jangan jadi perempuan murah yang mengejar cinta lelaki. Move on lah. Tiga tahun dah berlalu Wani. Bukan masa yang singkat. Please jangan ganggu hidup Rul dan jangan ganggu Aleyya"Nazirul sedaya upaya merayu agar Aswani tidak menganggu majlis nya nanti. Lantaran itu, dia mengangkat kaki pergi dari situ meninggalkan Wani sendiri.

"Maafkan Wani abang Rul. Kalau itulah yang Rul minta, Wani akan jauhkan diri dari Rul. Wani harap Rul bahagia dengan Leyya"gumam Aswani sendiri sambil menitiskan air mata duka.

Dia sedar bahawa cinta itu tidak boleh dipaksa dan dia harus redha melepaskan Nazirul menjalani kehidupan baharu bersama orang lain. Salahnya juga kerana tidak menghargai Nazirul tika dia ada dan bersungguh dalam perhubungan mereka.

(Pasang lagu diatas)

Aku berbaring ke kiri dan ke kanan tetapi masih aku tidak dapat melelapkan mata. Fikiran aku masih tidak tenang dengan kata-kata Nazirul siang tadi. Aku bangun dari pembaringan. Jam di sisi katil aku pandang. Sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Rambut sepanjang paras pinggang aku kusutkan. Sungguh aku tertekan apabila tidak dapat tidur, ditambah pula dengan fikiran yang bercelaru. Teringat pula akan kata-kata baba.

'Buat solat istikharah insya Allah tuhan akan tunjukkan jalan yang benar dekat kakak'.

Selimut aku selak. Kaki aku melangkah turun dari katil. Satu persatu kaki ku menapak ke bilik mandi bagi mengambil wudu' bagi menunaikan solat istikharah. Tika ini, hanya itulah jalan yang terbaik buat aku.

Sejadah aku hamparkan. Telekung aku sarung ke badan. Kedua tangan mengangkat takbir dan aku menunaikan solat sunat istikharah. Semoga Tuhan memberikan aku petunjuk dan melapangkan dada aku.

Usai solat dan berdoa, aku menanggalkan telekung dan aku sangkut kembali pada penyidai. Meja sisi aku hampiri dan aku buka. Kotak cincin aku keluarkan. Kaki menapak ke arah pintu gelangsar lalu membukanya. Kaki menapak keluar sambil merenung ke arah bintang yang menyinari langit malam.



Nazirul berjalan kehulu ke hilir didalam biliknya. Rambut di raup ke belakang. Nafas di tarik dalam dan dihembus berat. Punggung di labuhkan di hujung katil sambil kedua tangannya menungkat dagu. Kedua tangan di genggam erat. Dia hanya mampu berdoa agar aku meneruskan perkahwinan itu.

Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Whatsapp di buka. Pesanan yang dihantar oleh aku di renung dalam.

-Bagi Leyya masa. Leyya harap Rul faham dan tolong jangan hubungi Leyya.

Telefon ditutup. Pelipis diurut dengan keluhan berat. Dia merebahkan badannya dan sebelah tangan di letakkan di atas dahi. Dia sangat mengharapkan agar permasalahan ini cepat selesai.



Bersambung...

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now