Episode 22

217 12 0
                                    

Aku mendengar sahutan suara yang memanggil aku dari luar. Lantas aku menapak keluar. Nasib baik aku sudah menyarungkan tudung sarung sebaik saja keluar dari bilik tadi.

"Ya Mi.."jawab aku.

"Buat apa dalam rumah? Meh turun. Ni, Rul mana?"tanya ummi mendongak ke arah aku yang duduk di atas anjung rumah.

"Rul dalam bilik. Solat kut"jawab ku. Kaki ku langkah menuruni tangga menghampiri ummi dan yang lain.

"Eh! Pengantin baru dah turun.."sakat Mak su. Aku sekadar menarik senyum. Mata ku lihat ke arah pungkin. Kelihatan Laili dan beberapa orang sepupu aku turut berada di sana. Lantas aku menapak menghampiri mereka.



Nazirul menapak keluar dari bilik dan mendapati bahawa aku sudah tiada di ruang tamu. Dia melangkah keluar bagi mencari kelibat aku.

"Ummi, Leyya mana?"tanya Nazirul.

"Tu dekat atas sana dengan Laili"jawab Ummi.

"Haih Rul, baru tinggal kejap dah rindu ke?"usik mak cik. Nazirul tersenyum simpul . Belakang lehernya di gosok.

"Kau ni Midah.. mengusik aje kerja. Muka anak aku dah naik merah dah"kata mak long merangkap ibu mentua ku.

"Rul, meh ar sini"panggil Amir. Nazirul mengangguk lantas menghampiri Amir yang sedang berkumpul dengan sepupu dan bapa saudaranya yang lain.

"Kau buat apa dalam rumah? Orang duduk melepak luar ni kau duduk dalam rumah"kata Rashid.

"Aku mandi solat lah. Kau ingat apa?"balas Nazirul.

"Eleh.. malam pertama Rul"usik pak Su sama naik dengan anak saudara. Terus membahang wajah Nazirul.

"Ish! Pak su ni. Jauh sangat perginya tu"Nazirul cuba mengawal rasa bahang di wajahnya. Yang lain hanya tertawa sakan.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Malam sudah semakin larut. Kaum wanita dan kanak-kanak sudah pun masuk ke dalam rumah. Saudara mara yang lain juga sudah pulang ke rumah penginapan masing-masing. Hanya tinggal kaum lelaki sahaja yang tengah melepak di luar.

"Bapak eah!! Sudah-sudah lah tu melepaknya. Bagilah pengantin baru tu berehat"sahut mak cik dari anjung rumah.

"Ayah cik, tu mak cik dah panggil tu"seloroh Rashid.

"Aku tahulah. Dah jom masuk"ajak ayah cik.

Mereka mulai bersurai masuk ke dalam rumah manakala amir dan Rashid pulang ke rumah masing-masing.

"Pukul 3 pagi confirm riuh satu rumah"tutur Amir

"Ada apa pukul 3 pagi?"tanya Nazirul.

"Alah.. nanti kau tahulah"tambah Rashid. Terus menapak pergi. Begitu juga Amir.

Kening Nazirul terjungkit sebelah memikirkan soal apa yang dikatakan Amir itu. Cepat-cepat dia menghapus soal itu dari fikirannya. Kaki melangkah naik ke rumah.

Daun pintu bilik aku di kuak dari luar. Aku yang duduk bersandar di kepala katil sambil membaca buku menoleh ke arah pintu. Kelihatan Nazirul sudah berdiri dihadapan pintu.

"Assalamualaikum"sahut Nazirul perlahan. Anak matanya tidak lekang dari melihat aku yang tidak bertudung itu. Itulah kali pertama dia melihat aku tidak mengenakan tudung.

"Wa'alaikumsalam"jawab ku. Pandangan kembali ke arah buku.

Ekor mata ku menangkap pergerakannya menghampiri katil. Liur ku di telan kesat. Jantung aku laju saja mengepam seperti baru habis larian marathon.

"Sayang okay?"tanya Nazirul melihat ke arah aku di sisinya.

"Ha? Emm.. okay. Okay je"jawab ku menarik senyum.

"Kalau sayang tak selesa, abang boleh tidur bawah"kata Nazirul bantalnya di ambil untuk di bawa ke lantai.

"Eh! Tak apa. Rul tidur je atas ni. Leyya okay"aku menegah Nazirul untuk tidur di lantai.

Nazirul menarik senyum. Bantal di letakkannya kembali. Kepala di rebahkan sambil matanya memandang ke arah aku. Aku dapat merasakan bahawa diri aku di perhatikan. Meremang pula bulu roma aku dia tengok aku macam tu.

"Rul tak nak tidur ke?"tanya ku menoleh ke arahnya.

"Sayang tengah baca buku. Abang temanlah"jawab Nazirul.

"Eh! Sorry"aku menutup buku aku dan aku letakkan di atas meja kecil. Kaki menapak ke arah suiz lampu lalu aku tutup. Bilik serta-merta menjadi gelap. Hanya biasan cahaya dari luar sahaja menerangi bilik memudahkan aku untuk melangkah ke katil. Aku melabuhkan duduk di atas katil dan selimut aku tarik menutupi paras dada.

Aku mengiringkan badan aku ke kanan menghadap Nazirul. Ummi kata, tidur tak baik membelakangi suami. Kepala aku tundukkan dan mata aku pejam bagi mengelakkan mata aku bertentang mata dengan Nazirul. Aku dapat merasakan jemari Nazirul bermain dengan rambut aku. Serta-merta tubuh ku menjadi kejung.

"Terima kasih sebab terima abang jadi suami sayang. Abang janji, akan jaga dan lindungi sayang"tutur Nazirul. Aku terkesima mendengar kata-katanya. Aku dapat merasakan telapak tangannya menyentuh ubun-ubun aku.

"Allahumma Solli 'Ala SaiyyidinaMuhammad Wa 'Ala Ali Saiyyidina Muhammad. Selamat malam isteri ku" ucap Nazirul lalu membetulkan posisi tidurnya kepada telentang dan kelopak matanya di tutup perlahan.



Bunyi penggera mengejutkan aku dan Nazirul. Nazirul bangun dari pembaringan dan menuju ke arah suiz lampu. Lampu menyala menerangi bilik menyebabkan aku turut terjaga ditambah pula bunyi penggera yang membingitkan telinga.

"Mana pula datangnya alarm ni?"kepalanya yang tidak gatal digaru.

Nazirul mencari punca dimana datangnya bunyi penggera itu. Kakinya mendekati timbunan hadiah yang ada di sudut bilik. Rambut di raup ke belakang dengan keluhan berat. Dia bercangkung di hadapan timbunan hadiah itu lalu mencari satu persatu kotak hadiah yang mengandungi penggera jam loceng itu.

Aku melihat akan itu turut menapak mendekati Nazirul dan membantunya mencari kotak penggera jam loceng itu. Hampir 10 minit juga mencari, akhirnya aku menjumpai kotak itu. Kotak aku hulur ke arah Nazirul. Lantas pembalut hadiah itu di robek dan kotak hadiah itu dibuka. Benar sekali di dalam kotak itu mengandungi jam loceng. Langsung Nazirul mematikan penggera itu dengan penuh rasa geram.

"Tak guna kau Amir"gumam Nazirul sendiri mengetap rahangnya. Tangan menggenggam jam loceng itu sehingga timbul segala urat tangannya kerana geram. Boleh pula Amir dan Rashid kenakannya.

Aku tertawa kecil melihat isi kotak itu Nazirul menoleh ke arah aku sambil mengangkat jam loceng di tangannya. Makin rancak aku tertawa. Melihat aku yang tertawa besar membuatkan Nazirul yang tadinya kesal turut tertawa.

Itulah memori malam pertama aku setelah menikah yang sangat lucu. Di kejutkan oleh penggera jam loceng pada jam 3 pagi. Itu semua angkara sepupu-sepupu aku. Siapa lagi kalau bukan Amir dan Rashid.




Bersambung...

Masuk air betul Amir dan Rashid tu. Boleh pula dia kenakan Nazirul dan Aleyya. Ish3..

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now