Kerusi aku tolak sedikit ke belakang dan belakang badan aku sandarkan di kepala kerusi. Badan aku regangkan akibat terlalu lama merenung komputer riba. Telefon bimbit di atas meja aku capai. Aku melihat skrin telefon yang terpapar gambar perkahwinan aku dan Nazirul.
Sudah dua minggu berlalu. Satu khabar berita dari Nazirul tidak aku peroleh. Kursus apa yang dia sedang jalankan saat ini sampai tidak dapat di hubungi langsung. Pernah aku cuba untuk menelefonnya dan menghantar pesanan ringkas kepadanya tetapi panggilannya tidak aktif dan pesanan juga tidak dibalas.
"Termenung jauh nampak"tegur Shira sambil mengetuk pintu pejabat aku.
"Eh! Tak ada lah. Kau nak apa ni?"soal ku memandang Shira berjalan mendapatkan aku.
"Aku nak ajak kau lunchlah. Dah lunch hour ni"tutur Shira mengetuk perlahan jam di pergelangan tangannya dengan jari telunjuk.
"Kau pergilah. Aku tak lapar"jawab lu sedikit mendung.
"Alaa.. kau ni.. Aku tak suka tau tengok kau macam ni. Cheer up lah sikit. Suami kau pergi kursus je. Bukannya pergi berperang. Nanti dia baliklah. Kau ni pun.."Shira melabuhkan duduk di atas kerusi dihadapan aku.
"Tak ada lah. Aku okay. Aku just tak lapar"tutur ku. Shira memicinkan matanya memandang aku. Dia seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dengan diri aku.
"Jangan nak membohong lah dengan aku. Hidung aku ni dari tadi lagi bau yang kau tu menipu. Leyya.. sekarang ni lah Nazirul tu nak uji kau tau. Kesabaran kau, kesetiaan kau. Mana tahu esok lusa dia call kau. Relax lah.."Shira cuba untuk meyakinkan aku bahawa Nazirul berada dalam keadaan baik. Cuma aku sahaja yang terlebih fikir.
"Ya lah.. cik Shira oi.."aku menarik senyum paksa dan mengiyakan semua yang dikatakan itu.
"Now, aku nak kau ikut aku pergi lunch. Jom"Shira menarik tangan aku memaksa aku untuk mengikutinya. Dengan rasa berat hati, aku mengcapai beg tangan aku dan merelakan sahaja diri aku di tarik olehnya.
Nasi aku kais menggunakan sudu. Hanya empat suap sahaja nasi masuk ke mulut, perut aku sudah terasa kenyang. Entah apalah yang di tak kena dengan diri aku ni. Hati aku rasa serba tidak kena. Penulisan novel aku pun jadi mengarut.
"Leyya, kau asal pulak ni?"soal Shira apabila melihat aku merenung nasi ibarat nasi itu boleh berjalan sendiri masuk ke mulut.
"Aku dah kenyang lah"jawab ku bersandar kekenyangan.
"Heh! Baru beberapa suap tau. Kenyang datang dari mana nye? Kecil betul perut kau"runsing kepala Shira dengan sikap aku.
"Dah aku nak kenyang, nak buat macam mana. Aku kan on diet. Of course potion makanan aku kecil"kata ku bangga diri dengan menjungkit kening sebelah.
"On diet kepala hotak kau. Badan dah besar lidi nak diet konon. Sudah lah kau. Cakap je lah kau rindu suami kau kan?"provok Shira menjungkit kedua keningnya.
"Mana ada aku rindu dia"nafi aku.
"Eleh.. kalau cinta cakaplah cinta. Bukannya orang lain. Laki kau juga"
"Haih! Mengarut lah kau ni-"kata-kata aku terhenti apabila telefon bimbit aku berdering. Aku lihat nombor di skrin telefon. Nombor itu tiada dalam senarai kenalan aku. Telefon aku angkat dan panggilan aku jawab lalu dibawa ke telinga.
"Hello, siapa ni?"soal ku.
"Assalamualaikum.. abang ni. Sayang sihat?".
Telefon aku seperti mahu terlepas dari pegangan apabila mendengar suara dari corong telefon itu merupakan suara Nazirul. Terus kelu lidah aku tidak mampu mengungkap kata.
"Sayang.. are you there?"sahut Nazirul lagi.
"Ya, ya. Leyya sihat. Rul macam mana?"soal aku pula. Bibir aku perlahan-lahan mengukir senyum. Shira yang melihat aku tersenyum sudah dapat meneka siapakan si pemanggil itu.
"Alhamdulillah sihat. Sorry abang lama tak call. Abang sibuk sikit. Ni pun abang ada masa sikit nak call tapi tak boleh lama". Jawab Nazirul.
Setiap bait kata-kata Nazirul sudah pun membuat hati aku berasa lega dan tenang. Nampaknya dia baik-baik sahaja. Aku saja yang terlalu berfikir tentang keadaan Nazirul.
"Oh! Ya!. Ummi dengan baba kirim salam"tutur ku teringat akan pesan yang di kirim ummi dan baba.
"Wa'alaikumsalam.. okaylah sayang. I got to go now. Sayang jaga diri tau. Wait for me. Assalamualaikum".
"I will. Wa'alaikumsalam".
Aku meletakkan telefon di atas meja kembali setelah talian di matikan. Bibir aku tidak henti mengukir senyum. Adakah aku merinduinya? Mungkin ya.
"Amboi... lepas cik suami call terus senyum sampai ke telinga"sakat Shira.
"Biarlah. Kau tu patut kahwin cepat-cepat"ujar ku memegang sudu dan garfu kembali.
"Eh! Aku pula. Aku nak enjoy hidup single dulu okay. Banyak benda lagi aku nak capai". Aku menghiraukan kata-kata Shira. Nasi di dalam pinggan aku sua ke mulut
"Aik! Dah lapar balik?".
"Hehehe.. tiba-tiba pula selera aku ada balik"aku menarik senyum lebar.
"Sah kau ni terkena penyakit rindu". shira menggelengkan kepalanya. Aku tidak membalas, hanya menikmati makanan aku dengan rasa gembira.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Badan yang penat di rebahkan di atas katil sebaik sahaja selesai mengilapkan kasutnya. Kepala di sandarkan di kepala katil dengan di alaskan bantal. Kedua tangan di letakkan di belakang kepala.
"Oi! Kau call siapa petang tadi?"soal salah seorang rakannya yang berbangsa india.
"Aku telefon isteri aku"jawabnya.
"Lah.. kau dah kahwin ke?"soal seorang lagi rakannya berbangsa melayu.
"Bila kau kahwin?"tanya rakannya lagi.
"Tiga minggu lepas. Itu pun cuti aku belum habis, laksamana call suruh aku datang sini"jawabnya.
"Uish! Baru lagi kawin. Selamat pengantin baru"ucap rakannya yang bernama Raj.
"Terima kasih..".
"Kasihan juga dekat kau. Baru kahwin dah kena datang sini"kata Alvin rakannya yang berbangsa cina.
"Tak juga, dia datang sini sebab dia layak dan prestasi dia pun okay"tambah Hamzah yang baru sahaja muncul.
"Oh ya, kau berdua dari pangkalan yang sama kan?"tanya Idris.
Dia sekadar mengangguk. Badannya terlalu penat untuk menjawab segala pertanyaan dari rakan-rakannya yang baru dia kenali dua minggu lepas.
"Eh! Sudahlah.. pergi tidurlah. Esok kita kena bangun awal"kata Johan menyuruh rakan sepasukannya itu untuk bersurai. Masing-masing mula bersurai ke katil masing-masing.
Dia merenung ke luar tingkap dan melihat ke arah bulan yang menerangi gelap malam. Bibirnya menyukir senyum teringat akan isteri tercinta di rumah. Lama kelamaan kelopak matanya tertutup dan dia akhirnya terlena bertemankan rasa rindu di dada.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
عاطفيةPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...