Hari ini, aku dan ummi menghantar Nazirul di pengkalan Maritim bagi pelayarannya selama dua minggu. Memandangkan ibu Nazirul duduk di kampung, ummi dan akulah yang menemaninya di sini.
Aku memandang Ummi yang rancak berborak dengan Nazirul. Entah apa yang diborakkannya pun aku tak tahu. Menantu pilihan kan. Memanglah terlebih mesra sikit.
"Rul jaga diri elok-elok. Ingat pesan ibu Rul tu. Lagi dua bulan Rul nak kahwin"pesan Ummi kepada Nazirul. Nazirul hanya mampu mengangguk dan senyum.
"Rul, nah!"aku menghulurkan beg mangkuk tingkat kepada Nazirul.
"Apa ni?"tanya Nazirul.
"Leyya ada masak lebih tadi so, Leyya bekalkan untuk Rul"ujar ku.
"Terima kasih"ucap Nazirul.
Bunyi hon kapal kedengaran menandakan kapal yang bakal dinaikinya akan bertolak tidak lama lagi. Nazirul meminta diri sebelum kakinya melangkah naik ke atas bos.
Aku menghantar pandangan ke arah Nazirul. Kenapa hati aku tiba-tiba terasa pilu. Takkan aku sedih dia nak tinggalkan aku kut. Haish! Berkhayal je kau ni Leyya.
Aku melihat Nazirul melambai ke arah kami dari atas kapal. Tanpa rasa segan, aku dan ummi membalas lambaiannya dengan senyum mesra. Apabila kapal Maritim itu sudah menjauh, aku dan ummi melangkah pergi meninggalkan pengkalan itu.
Seperjalanan pulang, ummi tidak habis dengan menangis. Macamlah yang pergi naik kapal tu anak dia. Yang anak dia ada depan mata ni tak ada pula nak menangis macam tu bila pergi jauh.
"Sudah-sudahlah tu Ummi. Nak menangis bagai nak rak ni buat apa? Dia tu bukannya anak Ummi pun"tegur ku. Rimas aku mendengar ummi menangis kerana Nazirul.
"Dia tu bakal menantu Ummi. Jadinya, dia tu anak ummi jugalah."jawab ummi teresak-esak.
Aku mengeluh berat. Apa boleh buat? Terima sajalah. Sepanjang jalan itu aku hanya mendengar ummi menangis sahaja. Radio kereta aku pun di tutup. Katanya lagu dekat radio sedih sangat. Alahai ummi ku.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Aku berbaring di atas sofa ruang tamu sambil memandang telefon bimbit yang sunyi tanpa sebarang deringan. Aik! Aku dah mula rindu ke?
"Duk tenung telefon tu lama-lama dah kenapa kakak oi!. Takkan baru 3 hari kena tinggal dah rindu kut"sapa ummi datang menghampiri aku.
"Eh! Mana ada. Ummi ni selalu serkap jarang dekat kakak"kedudukan aku dibetulkan.
"Kalau dah suka tu cakap je lah kak. Bukannya orang lain. Tunang kakak juga".
"Kakak belum sedia nak terima Nazirul, Ummi". Aku menunduk memandang telefon di tangan ku.
"Kakak, Ummi tahu keputusan Ummi tu memaksa kakak. Tapi, Ummi buat demi kebaikan kakak dan keselamatan kakak. Apa-apa pun kakak fikirkanlah ya. Ummi nak ke dapur dulu"kata Ummi dan terus berlalu ke dapur.
Apa yang perlu aku fikirkan? Sudah terang lagi bersuluh aku memang akan kahwin dengan Nazirul Althar lagi dua bulan. Bukan mudah untuk aku menerima kehadiran orang baru dalam hidup aku setelah apa yang Fitri lakukan ke atas aku.
Badan aku rebahkan kembali. Sebelah tangan aku tongkat di atas kepala. Tangan satu lagi memutar-mutar telefon di tangan.
"Haih.. apalah yang dia tengah buat sekarang ya"soal ku sendiri.

YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomantizmPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...