Episode 21

158 13 2
                                    

(Pasang lagu di atas)

Veil putih dihiasi dengan manik indah diletakkan diatas kepala dan dipinkan di kiri dan kanan. Jurusolek mengoleskan bedak sebagai penyudah karyanya. Memandang pantulan diri dihadapan cermin membuatkan dirinya ingin mengalirkan air mata.

Dia bangkit dari duduknya setelah siap dirias dan disolekkan. Bunga tangan dihulurkan kepadanya dan disambutnya lembut. Kaki melangkah satu per satu keluar dari bilik menuju ke arah luar. Melihat semua ahli keluarga sudah menunggu dihalaman rumah, membuatkan dia  melakar sebaris senyum. Semua mata tertumpu ke arahnya.

Kaki melangkah menuruni anak tangga dengan dibantu oleh rakannya bagi memegang kain yang meleret. Kasut bertumit disarungkan dan kaki dihayun masuk ke dalam kereta. Rombongan mula bergerak ke masjid dimana akad nikah akan dijalankan.

Setibanya di masjid, kaki terus melangkah masuk ke dalam masjid di ikuti oleh semua ahli keluarga yang membawa dulang mas kahwin dan juga wang hantaran.

Punggung dilabuhkan duduk di atas pelapit putih yang sudah sedia ada di situ. Semua orang sudah mula memenuhi masjid bagi menyaksikan berlakunya akad nikah Nur Aleyya dan Nazirul Althar.

"Maaf ustaz, lambat sikit"tutur baba.

"Tak apa. Jadi, boleh kita mulakan?"tanya Ustaz.

"Boleh, boleh"jawab baba dan beberapa orang saksi.

Ustaz menghulurkan tangannya dan disambut oleh Nazirul. Bibir terkumat-kamit melafaz akad dan Nazirul menjawab akad dengan jelas dan lancar. Setelah mendengar lafaznya sah dari semua saksi, termaktublah aku sebagai isteri kepada Muhammad Nazirul Althar.

Selesai bacaan doa, Nazirul menunaikan solat sunat terlebih dahulu. Usai solat, barulah dia melangkah ke arah aku bagi sesi pembatalan air sembahyang. Langkahnya kaku seketika apabila melihat aku yang manis bersimpuh dalam persalinan pengantin berona putih bersih.

"Rul"tegur pak long

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rul"tegur pak long. Lantas dia meneruskan langkahnya dan melutut dihadapan aku.

"Assalamualaikum"tutur Nazirul".

"Wa'alaikumsalam"jawab aku malu.

Nazirul meletakkan tangannya diatas ubun-ubun ku lalu membacakan doa selesai akad.

"BISMILLAAHHIRRAHMANNIRRAHIMM
ALLAHUMMA INNI
AS'ALUKA MIN KHAIRIHA WA KHAIRI MA JABALTAHA 'ALAIHI.
WA A'UDZUBIKA MIN SYARRIHA WA SYARRI MA JABALTAHA 'ALAIHI".

Mendengar bacaan doa dari Nazirul membuatkan hati aku sedikit tersentuh. Aku bersyukur kerana aku tidak salah menerima Nazirul di dalam hidup aku.

Selesai Nazirul membaca doa, dia menghulurkan tangannya ke arah aku. Terketar-ketar aku mahu menyambutnya. Tangannya aku cium. Tangan kirinya menyentuh dagu aku dan didongakkan. Bibirnya mendarat di atas dahi aku buat beberapa detik. Cahaya dari kamera terpancar dari semua sudut. Masing-masing rancak menangkap gambar.




Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now