Episode 13

137 10 2
                                    

Hari ini merupakan hari pertama aku masuk ke pejabat setelah lama aku bercuti. Bos aku pun sudah bising kerana terlalu lama cuti. Bukan aku sengaja cuti lama, tapi ummi yang tak izinkan kerana terlalu risaukan akan keselamatan aku.

Anak mata aku terarah pada box kerja di atas meja. Terdapat beberapa sampul coklat di dalamnya. Aku mengeluh kecil. Nampaknya memang seharian aku akan menghadap manuskrip.

Beg tangan aku letakkan ke bawah. Kerusi aku tarik dan membetulkan kedudukan aku agar sedikit selesa. Satu sampul coklat aku capai lalu aku keluarkan isinya. Melihat isi yang tebal didalam sampul itu membuatkan aku tertelan liur ku.

"Ini makan masa berhari-hari ni".ujar ku sendiri.

Pen merah aku capai lantas aku menyelak helaian manuskrip dan mula membaca dan membetulkan mana yang perlu di betulkan. Tak semua penulis yang hantar manuskrip melalui surat sebegini. Sekarangkan semua sudah canggih. Hantar menggunakan Email pun sudah cukup mudah. Senang untuk para editor mengedit apa yang tersilap dan tak perlu untuk menghantar kembali manuskrip kepada penulis bagi membetulkan semula mana yang salah.

Ralit aku membaca dan menyelak, jari aku tiba-tiba berasa sakit dan perit. Aku melihat jari aku dan mendapati satu torehan yang agak panjang di jari telunjuk aku. Darah mula mengalir keluar. Pantas aku meletakkan manuskrip di atas meja dan aku mencapi tisu bagi mengelap darah yang keluar.

"Aduh.. pedihnya. Macam mana boleh terkena ni"rungut ku menahan pedih. Siapa yang pernah kena mesti tahu apa rasanya.

Aku bangkit dari duduk dan keluar dari bilik aku bagi mencari pembalut luka. Almari dibahagian pantri aku selongkar.

"Aleyya, cari apa?"tanya Raisya.

"First aid kit mana? Jari kena paper cut lah"ujar ku.

"Ada. Kejap ya"Raisya mencari dimana letaknya peti pertolongan cemas itu.

Sebaik sahaja menjumpai peti pertolongan cemas itu, dia terus menghulurkan pembalut luka kepada aku. Pembalut luka aku tampal pada torehan dijari aku. Akhirnya lega sedikit rasa sakit walaupun masih terasa perih.

"Thanks Raisya"ucap ku.

"Sama-sama. Lepas ni hati-hati sikit bila pegang kertas. Nampak je kertas tu nipis tapi hakikatnya sama tajam seperti pisau"kata Raisya.

"Pandai pula berfalsafah ya"usik ku.

"Eh! Kitakan penulis. Sudah pasti pandai berfalsafah"jawab Raisya. Kami tertawa geli hati. Selepas itu, kami menyambung kerja kami kembali. Takut di cop curi tulang pula di waktu bekerja.



Pulang sahaja dari kerja, aku terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Seusai mandi dan solat, aku turun ke dapur untuk mengisi perut yang sudah memainkan bermacam-macam lagu.

"Kakak, bila nak pergi fitting baju?"soal Ummi.

"Tunggu Rul balik nantilah"jawab ku.

"Kakak, Rul tu lelaki. Lelaki ni senang. Kakak tu nanti nak kena kecilkan lah, apalah"kata baba pula.

"Tengoklah macam mana. Minggu depan kut"jawab ku.

"Kakak kena ingat, majlis dah dekat. Jangan buat hal"pesan Ummi memperingatkan aku.

"Iya ummi"jawab ku. Nasi ku sua ke dalam mulut. Aku sebenarnya tidak bersedia untuk menikah dengan Nazirul. Entah kenapa, Sebelah hati menerima ketentuan Tuhan. Sebelah lagi terasa berat untuk aku menerimanya.

Usai makan, aku menapak ke ruang tamu. Alat kawalan televisyen aku capai lalu ku tekan. Mimpi apa aku hari ni tiba-tiba jari aku menekan siaran berita. Telefon ditangan aku tenung sambil telinga aku mendengar berita yang disampaikan.

"Berita terkini. Sebuah kapal Maritim telah hilang di perairan Malaysia yang terdiri daripada 30 anggota Maritim. Kehilangan kapal Maritim itu masih dalam siasatan. Misi pencarian mangsa masih dijalankan".

Mendengar akan berita itu, aku terus tergamam. Telefon yang ada ditangan jatuh menghempas lantai. Apa benar berita yang aku dengar? Mustahil. Nazirul tak boleh hilang. No!.

Tanpa diduga, air jernih mengalir membasahi pipi. Makin lama makin deras.

"Kakak, kenapa ni?"tegur Ummi datang menghampiri ku.

"Ummi... kapal Nazirul hilang"tutur ku tersedu sedan.

Laman wajah ummi terus berubah. Tangannya menutup mulut bagaikan tidak menyangka perkara itu berlaku. Air matanya turut sama mengalir. Lantas ummi memeluk aku erat.

"Kakak sabar ya"ujar Ummi menggosok bahu aku yang tersesak tangis.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Aku, mak long dan banyak lagi ahli keluarga anggota yang terlibat berkampung di pengkalan Maritim bagi menunggu perkhabaran berita mengenai keluarga masing-masing. Mereka yang menunggu dibanjiri airmata dan rasa sebak. Apa yang berlaku kepada anggota Maritim pun tidak dapat di ketahui.

"Mak long, kita sama-sama doa ya moga Rul dapat dijumpai"tuturku bagi menenangkan mak long yang sudah rabak dengan air mata.

Mak long mengangguk. Hanya itu sahaja yang dia dapat memberi riaksi. Aku mengangkat pandangan aku ke hadapan dimana pak long sedang bercakap dengan salah sorang anggota yang terlibat dalam operasi pencarian.

'Ya Allah ya tuhan ku. Kau permudahkanlah urusan pencarian ini. Kau selamatkanlah nyawa mereka yang telah hilang. Dan pulangkanlah mereka kepangkuan keluarga mereka. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa' doaku didalam hati.

"Mak long duduk sini kejap tau. Aleyya pergi ambil air"ujar ku. Mak long hanya mengangguk faham.

Aku bangkit dari duduk dan menapak pergi mencari minuman. Aku menghampiri mesin minuman berhampiran. Duit aku masukkan dan air mineral aku tekan dua kali. Satu untuk maklong dan satu untuk pak long. Setelah itu, aku kembali mendapatkan maklong.

Tiba-tiba langkah ku terhenti seketika. Anak mata aku menangkap satu orang yang mengenakan hoodie biru gelap menutupi kepalanya dan kedua tangan dimasukkan di dalam poket hoodie.

Lama aku perhatikan orang itu. Sepertinya dia turut memandang ke arah aku. Entah macam mana kaki ku atur mahu mendekati orang itu. Akan tetapi, orang itu terlebih dahulu membawa diri pergi dari situ.

Kening aku bertaut hairan. Siapa dia tu? Wartawan ke? Inspektor ke? Kenapa dia menyorok?. Langkah ku kembali diatur ke arah mak long.

Melihat Maklong yang masih bersedih membuatkan hati aku juga luluh. Siapa je tak sedih bila anak dia hilang tanpa khabar. Di laut pula tu. Aku di darat hanya mampu berdoa agak mereka ditemui dan kembali ke pangkauan keluarga masing-masing.


Bersambung...

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now