Episode 28

169 10 0
                                    

Langkah aku lajukan apabila seseorang yang aku tidak mahu menemuinya mengejar aku dari belakang. Sehabis daya aku melarikan diri, malangnya lengan aku dapat di tangkap olehnya. Pantas aku merentap lengan aku dari pegangannya.

"Don't touch me! Apa lagi yang you nak?! You memang tak faham bahasa ke?!"marah ku. Kesabaran aku sudah setipis tisu. Bila-bila sahaja boleh terobek.

"I nak you. I sedar yang I tak bahagia dengan Kasih. Please.."rayu Fitri.

"Sudahlah! Tolonglah faham! I dah kahwin. You jagalah tunang you baik-baik. Kalau you tak nak jauhkan diri you dari I, sediakan  diri you untuk hadap Husband I"ugut ku lantas aku mengatur langkah pergi meninggalkan Fitri terkulat sendiri di situ.

Tujuh bulan sudah berlalu, sepanjang tujuh bulan itulah Fitri sering menganggu ku. Aku sudah penat nak hadap lelaki macam tu. Bila agaknya Nazirul akan pulang.

Kereta aku pandu pulang ke rumah ummi. Oleh kerana Shira pulang ke kampung halamannya, aku di kehendaki pulang ke rumah ummi. Kata ummi takut jikalau terjadi sesuatu yang tidak di inginkan ke atas aku jika tinggal bersendirian. Tanpa membantah, aku ikutkan sajalah permintaan ummi itu.

Kereta meluncur ke dalam garaj kereta. Badan aku bolos keluar dari perut kereta dan kaki ku hayun ke arah pintu rumah. Tangan mendorong pintu utama dengan sahutan salam dan di sambut oleh ummi dari arah meja makan.

"Kakak, lewat balik?"soal ummi.

"Ada kerja sikit tadi. Itu yang lewat balik. Baba mana?"soal ku pula.

"Baba dalam bilik kerja dialah, menanda kertas". Aku mengangguk faham. Anak mata aku jeling ke arah lauk yang di masak oleh ummi. Lain benar ummi aku memasak kali ini.

"Banyak betul lauk ummi masak. Ummi masak apa?"tanya ku mendekati meja makan.

"Ni.. ummi masak sambal kerang, gulai patin tempoyak dan tumis sayur sawi"kening aku terjungkit sebelah melihat lauk yang terhidang.

"Ummi, setahu kakak..dalam rumah ni tak ada yang makan sambal kerang. Ada tetamu nak datang ke?"soal ku. Macam mana aku tak curiga, aku dengan baba manalah boleh makan kerang. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital.

"Tak ada orang nak datang pun.. ummi yang nak makan. Teringin pula sambal kerang ni"jawab ummi menyusun pinggan.

"Ummi teringin? Hurk! Ummi pregnant ke?"sangka ku.

Pap! Satu pukulan hinggap di lengan aku. Lengan yang di pukul aku gosok dengan wajah berkerut. Salah ke apa aku cakap.

"Sakitlah ummi"adu ku .

"Merepeklah lagi. Ummi dah tua-tua tak ada maknanya nak mengandung. Kamu tu patutnya bagi ummi cucu. Dah pergi naik mandi".

"Alah ummi ni.. macam mana nak bagi ummi cucu. Suami pun tak ada dekat sini. Baru kahwin seminggu dah kena tinggal"omel ku sambil berjalan naik ke bilik.

Pintu bilik aku buka dan lampu aku nyalakan. Aku meletakkan beg tangan di atas meja. Punggung aku labuhkan di atas katil. Mengingat akan kata-kata ummi itu membuatkan aku berfikir sejenak.

'Aku ni dah sedia ke nak mengandung? Tapi tak salah pun kalau aku tak mengandung lagi. Aku berkahwin pun baru tujuh bulan. Argh! Lupakan. Bukan tugas aku nak fikir soal mengandung ke tidak. Itu semua kerja tuhan'bisik hati kecil aku.

Aku bangkit dari duduk menapak ke arah pintu. Tuala yang tersangkut di belakang pintu aku capai dan baju tidur aku keluarkan dari almari dan aku letakkan di atas katil. Kaki melangkah masuk ke bilik mandi. Selangkah kaki aku menginjak lantai bilik mandi, terus aku merasakan seperti ada yang tidak kena.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now