Bekas makanan aku letak diatas meja beroda setelah usai menyuap Nazirul makan. Luaran nampak saja sakit. Tapi bila makan, tak nampak macam orang sakit pun.
"Aleyya jangan fikirkan sangat soal Wani tu. Dia bekas kekasih Rul je. Rul dah lama lupakan dia"tutur Nazirul.
"Tak apa. Leyya tak ambil hati pun"aku menarik senyum tipis. Benar aku tidak kisah soal Aswani itu. Itu hanya masa lalu Nazirul. Kalau benar dia ikhlas mahu memperisterikan aku, aku tidak perlu untuk mempersoalkannya.
"Oh ya! Ummi suruh pergi fitting baju. Dari Rul berlayar lagi ummi dah bising"adu ku. Ummi memang selalu bising dekat aku soal majlis. Aku ni jenis tangkap muat je. Kalau boleh nak je aku pakai baju nikah aku yang tak jaditu.
"Nanti lepas Rul dah okay kita pergi"kata Nazirul menarik senyum tipis.
Satu ketukkan pintu menarik perhatian kami berdua. Seorang jujurawat masuk ke dalam wad sambil membawa bekas ubat buat Nazirul.
"Maaf cik, waktu melawat dah habis. Sekarang waktu pesakit untuk berehat"tutur Jururawat lembut.
"Oh! Okay-okay. Terima kasih nurse". Aku mengemas barang dan bekas makanan tadi untuk dibawa pulang kembali.
"Encik Nazirul, ubat saya letak dekat sini ya. Jangan lupa makan"pesan jururawat itu dan berlalu pergi.
"Aleyya balik dululah. Insya Allah kalau ada masa esok, Leyya datang lagi".
"It okay. Terima kasih datang lawat Rul walaupun Leyya sibuk kerja"tuturnya. Aku mengangguk faham. Kaki ku hayun keluar dari wad dengan senyum tipis.
Aku memandu pulang ke rumah. Lampu-lampu jalan yang menyala terang menandakan hari sudah makin gelap. Memandangkan malam masih lagi muda, aku tidaklah terlalu takut untuk memandu sendirian.
Sebaik sahaja kereta aku melepasi tol, hati aku mula rasakan sesuatu yang pelik. Jantung aku tiba-tiba sahaja berdegup kencang. Mata ku kalih memandang ke cermin sisi. Dapat aku lihat sebuah kereta perodua coklat memasang lampu tinggi memandu rapat dengan kereta aku.
Perasaan takut mula muncul. Otak aku mula menimbulkan soalan-soalan yang membuatkan aku bertambah takut dan panik. Pedal minyak aku tekan bagi meningkatkan kelajuan kereta aku. Semakin aku laju, semakin dia menghampiri.
Dalam situasi yang begini, aku perlu berfikir pantas untuk mencari cara menyelamatkan diri dari terus dikejar oleh kereta itu.
Telefon bimbit aku capai. Nombor Farhan aku dail. Bluetooth earpod aku pasang bagi memudahkan aku untuk bercakap.
"Hello kak, kenapa call paan ni?"sahut Darhan hujung panggilan.
"Paan, kau ada dekat rumah kan?"soal ku sambil anak mata aku sesekali memandang ke arah cermin pandang belakang.
"Ada. Kenapa kak?".
"Okay. Nanti aku sampai"jawab ku langsung memutuskan panggilan.
Kereta ku pecut membelah jalan raya menuju ke rumah sewa milik Farhan dan kawan-kawannya.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Pintu gelangsar dan pintu grill di buka. Selipar disarung dikaki. Langkah kakinya laju di atur ke luar pagar rumahnya. Lehernya dipanjangkan mencari kelibat kereta milik kakaknya. Risau pula hatinya apabila kakaknya mematikan panggilan begitu sahaja.
"Weh! Paan! Kau buat apa dekat luar ni?"tanya rakan serumahnya menapak menghampiri Farhan.
"Aku tengah tunggu kakak aku ni. Risau pula aku"jawab Farhan dalam keadaan kerisauan.
"Alah.. kakak kau dah besarlah. Kau nak risau kenapa? Tu-"ungkapan rakan serumahnya terhenti apabila sebuah kenderaan berhenti dihadapan mereka.
Farhan mendekati aku di bahagian pemandu. Pintu dibuka dari luar. Farhan melihat aku yang diam dan tangan terketar-ketar.
"Kak kenapa ni? Cuba cakap dekat paan"Farhan bertanya pabila melihat aku begitu.
"Ada orang kejar"jawab ku dalam nada ketakutan.
"Siapa?"tanya Farhan menjenguk ke arah belakang. Takut-takut kereta yang di katakan aku itu masih memerhati dari jauh.
"Tak tahu"aku menggeleng laju.
"Dah, jom masuk dulu. Nanti paan hantar kakak balik"farhan menarik tangan aku keluar dari kereta mengikutinya masuk ke dalam rumah.
Farhan menghulurkan segelas air ke arah aku. Aku menyambutnya bisu. Perasaan takut masih lagi tersisa. Macam mana kalau orang yang mengejar aku itu masih menanti aku di luar.
"Kak, akak ada musuh ke?"tanya rakan serumah Farhan. Aku menggeleng kepala tanda tidak.
"Haih.. macam nilah kak, jom paan hantar kakak balik. Huzir, kau follow aku dari belakang"kata Farhan.
"Okay. Sekejap aku tukar baju"rakan serumahnya bergegas ke bilik untuk menukar pakaian.
"Kak, Rul tahu tak?"tanya Farhan.
"Tak, akak tak sempat bagitahu lagi"air di dalam cawan di tangan aku hirup. Hati aku sudah sedikit tenang. Walaupun situasi tadi masih lagi terngiang-ngiang di kepala aku.
"It okay. Jom paan hantar akak balik. Nanti ummi bising pula"usul farhan. Mendengar sahaja nama ummi terus membuat ku menelan air liur. Memang berbunyilah radio buruk nanti.
"Eh! Tak payah. Hantar rumah sewa akak je. Kau macam tak tahu ummi tu macam mana? Nanti dia kan membebel dekat akak tiga hari tiga malam tau"tolak ku.
"Kak, kalau kau duduk rumah sewa kau, nanti lagilah orang tu senang nak cari kau. Dah lah duduk berdua je".omel Farhan. Sakit pula hanya bila bercakap dengan kakaknya yang keras hati ni.
"Ish! Suka hati kau lah. Kau sebijik macam ummi tahu tak. Membebel je tahu"aku mengeluh. Malas mahu bergaduh dengan si farhan tu. Last-last aku juga yang mengalah.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
"Assalamualaikum!"sahut Farhan memasuki rumah diikuti dengan aku dan rakan serumahnya.
"Wa'alaikumsalam.. eh! Paan, kenapa ni?"soal ummi berlari anak mendapatkan aku dan Farhan.
"Tak ada.. tadi kakak singgah rumah paan, lepas tu takut pula nak balik sorang-sorang. Itu yang paan hantarkan kakak balik"jelas ku menarik senyum. Sempat aku menjeling Farhan tajam agar dia tidak menceritakan perkara sebenar kepada ummi.
"Oo. Kakak ni pun satu. Dah tahu lewat, kenapa tak balik terus je"kata Ummi.
"Saja nak jenguk adik sendiri Mi, nak tengok dia ni duduk macam mana"kata ku mencari alasan. Farhan membuat muka toya bila aku bercakap begitu.
"Yelah. Ni Huzir, meh masuk minum dulu. Ni dah makan ke belum ni?"jemput ummi.
"Dah".
"Belum".
Farhan dan Huzir menjawab serentak. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Dahi Farhan berkerut. Boleh pula kawannya itu buat perangai tak malu dia.
"Mana satu ni? Dah ke belum?"soal ummi. Aku yang berada di situ terus bantai ketawa.
"Kita orang ni dah makan ummi, tapi entah macam mana si Huzir ni boleh lapar pula"kata Farhan mengetap gigi memandang ke arah Huzir. Huzir pula hanya menayang sengihan.
"Eh! Tak apalah. Jom, aunty dah sediakan makanan"ajak ummi. Aku membuntuti ummi ke meja makan. Tambahan pula perut aku ni boleh tahan lapar juga.
"Amboi kau.. memang muka tak tahu malukan"Farhan menyinggul lengan Huzir.
"Dah mak kau offer. Rezeki jangan ditolak bro"balas Huzir mendahului langkah Farhan ke meja makanan.
"Kau ni kalau bab makan memang laju je. Patutlah budak kolej panggil kau tembok. Memang kau muka tembok pun"selamba sahaja farhan mengata kawannya itu.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomancePenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...