Jam di tangan di kalih. Jarum sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Nazirul mengemas meja kerjanya dan bergegas pulang kerana hari ini dia mahu melawat Hamzah yang masih lagi di rawat di hospital.
Kaki di hayun menuju ke tempat letak kereta. Alat kawalan kereta di tekan. Baru sahaja tangan mahu membuka pintu kereta, pandangannya terarah pada pintu gerbang pangkalan Maritim. Dia seperti mengenali kereta yang ada di luar pagar itu.
Badannya di bolos masuk dan enjin dihidupkan. Dia memandu kereta ke pintu masuk. Ternyata benar dugaannya. Kereta dan pemilik kereta itu amat dia kenali. Lantas dia memarkin keretanya bersebelahan kereta itu.
Badan di bolos keluar dan menapak ke arah pintu bahagian pemandu. Tingkap bahagian pemandu di ketuk dari luar. Turunnya tingkap itu, terpancullah wajah seorang perempuan bertudung dengan senyum manis dilemparkan.
"Buat apa dekat sini?"tanya Nazirul. Dahinya berkerut menahan panas dari pancaran matahari.
"Wani datang nak jumpa abang Rul"kata Aswani lembut.
"Ada apa nak jumpa Rul ni?"soal Nazirul lagi. Sebelah tangan di selup ke dalam poket seluar seluar.
Aswani mematikan enjin keretanya lalu menapak keluar dari perut kereta untuk berhadapan dengan Nazirul. Nazirul berganjak ke belakang sedikit memberi ruang kepada Aswani untuk keluar. Badannya di sandar pada pintu keretanya sambil berpeluk tubuh.
"Abang Rul, boleh abang batalkan perkahwinan abang dengan sepupu abang tu?"pinta Aswani. Wajah Nazirul bertambah kerut. Dah kenapa suruh batalkan pula.
"Rul tak faham? Kenapa nak suruh batalkan?"tangan Nazirul yang tadinya memeluk tubuh kini terlerai.
"Wani still sayangkan abang. Abang Rul bagi Wani peluang. Please.."rayu Aswani cuba memujuk Nazirul agar menerimanya kembali.
"Woaw! Apa? Sayang? Rul salah dengar ke apa?"Nazirul sedikit terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Aswani.
"Tak.. Wani betul-betul sayangkan Rul. Kali ini Wani dah sedia untuk kahwin dengan abang".
Nazirul tertawa mendengar tutur Aswani. Dia masih merasakan bahawa Aswani itu hanya sekadar bergurau. Dahulu mati-matian Aswani menolak lamarannya. Kenapa sekarang baru nak sedia. Semua tu sudah lapuk.
"Wani, listen. Cinta Rul dekat Wani dah lama luput. 3 tahun Wani. Baru sekarang nak cari Rul. Eh! Lupakan je lah rasa sayang Wani tu dekat Rul. Sorry. Dalam hati Rul ni dah tak ada ruang untuk Wani"Nazirul beredar ke pintu bahagian pemandu. Pintu di buka dan kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Wani tahu Rul kahwin bukan sebab suka kan? Aunty yang paksa Rul kahwin dengan perempuan tu"sahut Wani belum sempat Nazirul masuk ke dalam kereta.
"Yes. Memang ibu yang paksa Rul kahwin. Tapi, Rul tak cakap pun yang Rul tak suka"jawab Nazirul senyum sinis.
"Oh ya! Perempuan tu ada nama. Nama dia Nur Aleyya"tambah Nazirul langsung membolos masuk kedalam kereta. Wajah Aswani berubah bengang. Sudah tiada raut keayuan di wajahnya. Yang ada hanyalah kesal.
Pacuan empat rota milik Nazirul meluncur pergi dari situ membelah jalan raya meninggalkan Aswani yang masih berdiri kaku di situ.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Pintu wad Hamzah di ketuk. Nazirul menolak daun pintu dan meloloskan badannya masuk diiringi dengan sahutan salam. Sahutannya di balas mesra oleh ahli keluarga Hamzah yang menjaganya.
"Bro, macam mana? Dah okay sikit?"tanya Nazirul berjabat tangan dengan Hamzah yang kelihatan semakin membaik.
"Alhamdulillah. Sempatlah aku pergi wedding kau nanti"kata Hamzah.
"Baby borak dulu dengan Rul ya. Mama nak pergi solat sekejap. Rul boleh tolong tengokkan baby sekejap?"pinta Mama Hamzah.
"Boleh aunty. Rul akan jaga baby baik-baik"balas Nazirul sengaja menekankan kata baby itu menyindir rakannya itu.
Mama Hamzah menapak keluar dari wad untuk menunaikan solat asar dan meninggalkan Nazirul dan Hamzah di situ.
"Ee.. kau tak malu kan. Dah tua bangka panggil baby lagi"sindir Nazirul melabuhkan duduk di atas kerusi pelawat.
"Eh! Kau ingat aku nak sangat ke kena panggil baby. Mama aku ar ni. Aku dah cakap dah jangan panggil panggilan tu".cemuh Hamzah sedikit kesal.
"It okay baby. Jangan muram-muram. Nanti tak dapat susu"makin kuat Nazirul menganjing rakannya itu.
"Kau kurang ajarkan. Ee! Ada juga yang makan penumbuk kejap lagi ni". Pecah tawa Nazirul menertawakan Hamzah. Terus cemberut wajah Hamzah. Memang sah nanti akan jadi bualan hangat dekat office.
Tawa Nazirul terhenti apabila dia teringat akan sesuatu yang ingin di ceritakan kepada Hamzah.
"Bro, tadi Wani datang jumpa aku"tutur Nazirul. Hamzah yang tadinya cemberut terus berubah riak.
"Buat apa dia cari kau?"tanya Hamzah bertaut kening.
"Dia nak aku balik"balas Nazirul mendatar.
"Boyfriend dia tu mana? Kata business man".
"Entah. Aku malas nak ambil tahu. Aku cuma harap yang dia tak akan jumpa Aleyya dan minta yang bukan-bukan dekat Aleyya. Itu je"Nazirul sudah dapat menduga apa yang bakal dilakukan Aswani kelak.
"Itu bahaya. Mahu Aleyya tu percaya bulat-bulat apa yang Wani tu cakap dekat dia, alamak tak jadi kahwinlah kau"kata Hamzah.
"Mulut kau jangan cakap bukan-bukan boleh"marah Nazirul menepuk kaki Hamzah. Terperanjat Hamzah dek kerana rasa sakit yang dirasainya akibat tepukkan Nazirul itu.
"Heh! Kaki aku! Aduh..."
"Eh! Sorry-sorry. Itulah kau. Mulut jangan sama dengan kaki. Kan dah silap tepuk"Nazirul tersengih melihat Hamzah menahan sakit.
"Otak kau!"marah Hamzah. Nazirul mengacah untuk menepuk Hamzah di bahagian yang tercedera. Sengaja dia mahu mengusik rakannya itu. Sudah lama dia tidak bergurau dengan sahabat baiknya itu sejak dia dan Hamzah di masukkan di hospital.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Seperti hari-hari bekerja sebelumnya, aku akan duduk di pejabat menghadap manuskrip dan mengedit manuskrip. Akhir-akhir ini ramai pula yang menghantar manuskrip. Semua berlainan genre. Tapi, aku hanya mengambil tiga genre sahaja. Romantik, aksi dan juga fiksyen remaja.
Penat aku mengedit, aku menyandarkan badan aku pada kepala kerusi. Segala urat saraf aku regangkan. Tiba-tiba telefon aku bergetar menandakan ada pesanan masuk.
Aku mencapai telefon bimbit ku dan melihat pada skrin telefon. Nombor yang tidak aku kenali tertera di skrin. Pesanan itu aku tekan dan terpapar baris ayat yang di hantar oleh pengirim itu.
014******** - assalamualaikum, boleh kita jumpa? Kalau boleh, saya tunggu dekat Kafe **** waktu habis kerja.
Aku terkesima seketika. Merenung pesanan yang di hantar itu. Telefon aku tutup dan membiarkan pesanan itu tanpa dibalas. Aku kembali melakukan kerja aku. Soalan yang berlegar di kotak fikiran aku, aku abaikan. Akan tetapi, ianya tidak mampu membuatkan aku untuk terus fokus.
"Siapa dia ni? Apa yang dia nak? Mana dia dapat nombor telefon aku?"dan bermacam-macam soalan lagi yang tersemat di kotak fikiran aku ini.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomancePenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...