Boat kecil milik maritim menghampiri kapal bajak laut yang disyaki menyeludup dadah dan arak masuk ke perairan Malaysia. Beberapa orang anggota STAR Maritim atau di kenali sebagai Special Task and Rescue menaiki kapal itu secara diam.
Setelah mereka berjaya menaiki kapal, pantas mereka bertindak melepaskan tembakan pada pembajak laut yang mengawal di belakang kapal menggunakan pelaras senyap agar anak kapalnya yang lain tidak menyedari akan kehadiran mereka.
Nazirul menggerakkan dua jarinya ke hadapan dan kebelakang bagi memberi arahan untuk anggotanya maju. Mereka mula berpecah menjadi dua pasukan. Satu melalui kanan kapal dan satu lagi melalui kiri kapal.
Sedang mereka menapak, langkah Nazirul yang menjadi kepala terhenti apabila seorang pembajak laut keluar dari pintu yang di lalui oleh Nazirul sambil membetulkan seluarnya. Pembajak laut itu tersentak. Pantas Nazirul menyiku bawah dagunya serta melayangkan satu tumbukan di wajah pembajak laut itu lalu pengsan tidak sedarkan diri.
Salah seorang pembajak laut yang berdiri di hadapan kapal mula mengorak langkah untuk membuat rondaan. Sebaik dia menoleh ke laluan sisi kapal, terus dia menjerit.
"Maritim!!".
Anak kapal yang lain bergegas dengan senjata api lalu melepaskan tembakan rambang ke arah pasukan STAR. Nazirul dan pasukannya lekas berlindung dari terkena tembakan. Nazirul melutut dan riffle dituju ke arah salah seorang pembajak laut. Picu di tarik dan tembakkan di lepaskan tepat mengena sasaran.
Bermulalah aksi tembak menembak antara pasukan STAR Maritim dan pembajak laut. Nazirul dan seorang lagi anggota masuk ke dalam kapal bagi mencari kepala pembajak laut itu di bahagian pengemudi kapal.
"Kapten!"panggil salah seorang anggota apabila melihat ketua pembajak laut itu sudah bersiap sedia untuk melarikan diri.
Tanpa berlengah, Nazirul pantas mendapatkan ketua pembajak laut itu. Tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat wajah ketua pembajak laut itu yang sudah sedia berdiri di atas bot laju dengan tersenyum sinis ke arah Nazirul. Terus satu tembakan di lepaskan oleh pembajak laut itu mengenai Nazirul yang berdiri bagaikan patung.
Nazirul yang terkena tembakan itu serta-merta rebah dan perlahan-lahan penglihatannya menjadi kabur terus gelap.
"Kapten!!!"teriak anggota yang baru tiba sebaik mendengar tembakan tadi. Bot pembajak laut itu laju meluncur menyelusuri laut beredar dari situ.
Aku mengalunkan bait-bait ayat suci Al-Quran. Hidung aku yang memerah dapat diduga bahawa aku baru selesai menangis. Sesekali aku menjeling sekujur tubuh kaku yang terbaring di atas katil dengan di bantu oleh alat pernafasan di wajahnya. Pandangan aku kembali beralih menatap buku Yassin di tangan. Termasuk ini sudah kali ke-6 aku mengalunkan surah Yassin sepanjang tiga hari Nazirul terlantar di hospital.
Waktu aku menerima berita soal Nazirul di tembak dan di kejarkan ke hospital, jantung aku ibarat sudah terhenti berdegup. Sungguh aku tidak menyangka kepergian Nazirul ke laut selama dua bulan, pulang dalam keadaan sedemikian. Ini membuatkan fikiran aku makin bercelaru.
"HERRKK.."kedengaran suara tarikan nafas yang keras memeranjatkan aku. Laju aku menoleh ke arah Nazirul. Dengan pantas tangan aku menekan butang bagi memanggil doktor dan jururawat ke wad.
Aku berjalan ke hulu-ke hilir sambil menunggu keputusan dari doktor yang masih lagi di dalam wad Nazirul. Dari ekor mata aku kelihatan dua orang lelaki berbaju lengkap Maritim datang menghampiri aku. Lantas aku menoleh dan berdiri menghadap dua orang lelaki itu.
"Puan Aleyya, macam mana Nazirul?"tanya salah seorang dari dua lelaki itu yang memakai nama Hamzah di dada kanannya.
"Doktor masih tengah periksa. Hope nothing bad happen to him"ujar ku dengan penuh harapan dan doa. Jujur aku katakan, hati aku sudah mula terjentik sejak kapalnya menjadi tawanan pembajak laut tempoh hari.
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomancePenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...