Episode 27

139 8 0
                                    

"Hello boh! Gane stok barang hok aku mintak tu. Mung kate minggu ni sapa"sahutnya melalui corong telefon sambil menghembus asap rokok.

"Boh.. demo mintok limo ribu karton. Saba ar. Barey keno kemah dulu boh"jawab suara di hujung talian.

"Mung jangan nok kecing aku. Aku nok minggu depang barang aku sapa"talian terus di matikan. Telefon bimbit di serahkan pada orang kanannya. Kepulan asap di hembus.

"Boss"panggil satu suara. Dia menoleh melihat orang bawahannya datang menghadapnya.

"Gane puang hok aku suruh cari tu?"soalnya.

"Sorry boss. Kami tak dapat kesan perempuan tu". Kata orang bawahannya menunduk memandang lantai kayu yang tidak terpasang rata.

"Bodo!"satu tendangan tepat mengena perut orang bawahannya terus menyebabkan orang bawahannya itu terlentang ke belakang.

"Aku nok mung cari puang tu sapa dapat. Beruk tu ye wak taik ke aku. Jangan sapa mung pun makan nahas"lontarnya memberi amaran. Dadanya berombak naik turun menahan amarah.

"Mung dok kenal orang Landak. Aku akan cari mung sapa lubang cacing"ujarnya sendiri. Batang rokok di sedut dan asap di hembus penuh khayal.

Putung rokok yang sudah pendek di lempar ke dalam laut. Kakinya menapak masuk ke dalam kapal meninggalkan orang bawahannya yang masih terlantar akibat tendangannya tadi.

Orang bawahannya itu bangkit sambil memegang perutnya yang terasa sakit akibat tendangan tadi. Wajahnya berkerut menahan sakit. Dia mengeluh panjang memikirkan cara untuk mendapatkan perempuan yang di maksudkan bossnya itu. Lantas dia mengatur langkah pergi dari situ.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Malam yang di nantikan telah pun tiba. Aku sedang menyiapkan diri aku dengan mengenakan abaya berona mint green di tubuh dan di kenakan dengan tudung shawl berwarna senada. Solekan pula ku oles tipis sahaja agar tidak keihatan terlalu berlebihan. Tambahan pula aku ni sudah bersuami. Haruslah menjaga diri dari menjadi tatapan para ajnabi.

Setelah yakin dengan penampilan sendiri, aku menapak ke belakang beberapa langkah dan menangkap sekeping gambar sebagai kenang-kenangan. Bukan selalu aku melaram macam ni.

Beg tangan aku capai dan aku melangkah keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beg tangan aku capai dan aku melangkah keluar dari bilik. Bilik tidur Shira aku tuju untuk memeriksa sama ada dia sudah siap ataupun belum.

"Amboi kau.. dah macam pokok krismas bergerak dah aku tengok"tegur ku melihat Shira sepertinya terlebih bergaya pada malam ini.

 dah macam pokok krismas bergerak dah aku tengok"tegur ku melihat Shira sepertinya terlebih bergaya pada malam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haruslah. Mana tahu ada mamat single dari publisher lain yang single ke. Bolehlah aku masuk jarum"kata Shira membetul tudungnya.

"Ee.. gatal kau eak! Kata tak nak kahwin lagi"perli ku memeluk tubuh.

"Kahwin je tak sedia lagi. Tapi bercinta tu aku tak kisah"kawab Shira. Aku mengangguk faham.

"Eh! Cepatlah. Nanti lambat tahu tak".

"Iya.. dah siap dah ni..."Shira mengcapai beg tangannya dan terus mengekori aku keluar. Nampaknya memang akulah yang akan memandu. Nak suruh si Shira tu pandu dengan pakai macam tu? Memang tak lah. Tak pasal-pasal nanti masuk longkang.

Kami bertolak ke Pulse Grand hotel Putrajaya di mana majlis makan malam itu akan berlangsung. Majlis kali ini agak berbeza dari majlis sebelumnya kerana menggabungkan beberapa buah syarikat penerbitan yang berada di bawah naungan yang sama.




Tidak lama kemudian, kami tiba di Pulse Grand Hotel. Kereta aku berhentikan di hadapan pintu lobi dimana seorang pekerja sudah pun menunggu untuk membawa kereta ku ke tempat letak kereta.

Aku melangkah keluar dari perut kereta, begitu juga dengan Shira. Oleh kerana kain Shira ni boleh buat sapu lantai, terpaksalah aku menolongnya memegang lebihan kain.

"Hish! Itulah. Pakai lagi kain yang meleret macam ni. Aku juga yang kena pegang"omel ku sambil berjalan.

"Alah.. kata bestfriend. Kena lah support each other"kata Shira menarik senyum. Aku sekadar melempar jelingan.

Masuk sahaja ke dalam dewan, membuatkan aku sedikit terkedu melihat dekorasi dan usaha yang syarikat keluarkan bagi menjayakan majlis makan malam kali ini. Aku dan Shira berjalan mencari meja kami dimana sudah tertera nama di atas meja.

Punggung aku labuhkan. Nampaknya masih ramai lagi yang belum datang. Shira mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengajak aku untuk bergambar bersama. Kalau dah bersiap lawa-lawa takkanlah tak nak bergambar.

"Cantiknya kau.. walaupun tak makeup sangat tapi still cantik"puji Shira melihat kembali gambar yang di tangkapnya.

"Alah kau. Kau nak bodek aku ke apa? Tak pernah-pernah cakap aku cantik"tempelak ku tidak menerima pujian Shira.

"Kau ni.. aku puji kau cantik pun, kau cakap aku nak bodek"monyok Shira.

"Alololo.. ye.. terima kasih.. kau pun cantik apa"kata ku turut memujinya.

"Ah! Itu aku tahu"Shira tersenyum perasan.

"Ih! Isi bakul angkat sendiri. Menyesal puji"sakit pula hati aku dengan perangai Shira ni. Shira tertawa dapat kenakan aku.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Aku menjamah makanan yang di hidangkan oleh pelayan sambil menikmati persembahan. Asyik aku menikmati makanan, datang seorang lelaki menyapa aku. Terkedu aku melihat gerangan yang menegur aku.

"Hye, lama tak jumpa. How are you now?"soal orang itu.

Aku mengabaikan tegurannya dan menyambung suapan aku. Lebih baik aku isi perut dari melayan orang macam tu. Tanpa di pelawa, orang itu melabuhkan duduk di tempat duduk Shira. Terus membuatkan aku tidak keruan.

'Haih.. dia duduk pula.. mana Shira ni. Kata pergi tandas. Apasal lama sangat'desis hati aku.

"You dah sombong dengan I sekarang".

"Perlu ke I jawab persoalan dari orang macam you, Fitri"pandangan tajam aku lemparkan.

"I cuma tanya, you macam mana sekarang. I nak bagitahu you yang tak lama lagi I akan bertunang"tuturnya.

"Oh! Baguslah kalau macam tu. Semoga berbahagia ya Encik Fitri"sebaris senyum aku lemparkan dan kembali hilang.

"You tak cemburu?"soalnya. Dahi aku berkerut. Dah kenapa aku nak cemburu pula.

"Encik Fitri, tak ada masa lah saya nak cemburu dengan hubungan encik Fitri. Sekarang ni pun saya dah jadi isteri orang dan dah bahagia pun"kata ku mengangkat tangan aku menunjukkan cincin dijari manis aku.

Dapat dilihat dari raut wajah Fitri menyatakan bahawa dia terkejut dengan apa yang aku katakan.

"Sejak bila you kahwin? Kita baru tak jadi kahwin 2 bulan lepas. How? Cepat betul you lupakan I. Sedangkan I masih ingatkan you"kata Fitri tidak dapat menerima akan kenyataan aku.

"Apa yang you merepek ni Fitri? You yang tinggalkan I, lepas tu you cakap you masih ingatkan I. Are you out of your mind?"nada suara aku naik seoktaf lantas berdiri.

"Aleyya, waktu tu I terpaksa..".

"Zip it, Fitri! Jangan munculkan diri you depan I lagi. I'm married!"pantas aku mengorak langkah keluar dari dewan dengan rasa sakit hati yang membuku di dalam dada.





Bersambung...

Fitri ni dah kenapa? Jenis tak faham bahasa melayu macam tu susah lah. Sakit hati pula author ni. Korang komen sikit tentang Fitri ni.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now