Episode 6

143 16 0
                                    

Nazirul memberhentikan kereta dihadapan sebuah rumah. Nazirul menoleh ke sisi. Terlihat aku sudah terlena di sebelah. Aku memang mudah terlena bila aku jadi penumpang. Aku pun tak tahu kenapa.

"Leyya, bangun. Dah sampai"kejut Nazirul seraya menanggalkan tali pinggang keledar.

Dia melihat aku yang tidak memberi sebarang reaksi. Keningnya berkerut. Dia mendekatkan dirinya dengan aku untuk memeriksa keadaan aku. Mana tahu pengsan ke.. Tangan kanannya dilekapkan pada pintu dan sebelah lagi di lekap pada kepala kerusi bagi menampung dirinya.

"Cantik juga kau ni. Patutlah budak kaya tu nak dekat kau. Rugi dialah sebab tinggalkan kau"kata Nazirul sendiri.

Sontak, aku membuka mata aku. Terkejut beruk aku apabila melihat Nazirul begitu hampir dengan aku. Berteriak aku terkejut sehinggakan kepala aku terhantuk di tingkap kereta.

"Auw.."aku menggosok kepala aku yang terhantuk.

"Sorry. Aku cuma nak kejutkan kau je"kata Nazirul dengan rasa bersalah.

"Tak apa. Dah sampai ke?"tanya ku melihat ke luar tingkap.

"Dah. Tapi, kau memang macam ni ke? Jalan sikit dah tertidur".

"Ya. Leyya memang macam ni. Kalau jadi penumpang memang akan selalu tertidur"jelas aku.

"Oo.. okaylah. Thanks hantarkan aku balik".

"Tak ada apalah". Aku dan Nazirul membolos keluar dari kereta.

Kaki aku menapak ke bahagian pemandu manakala Nazirul pula melangkah memasuki pagar rumah. Sebaik bayang Nazirul hilang didalam rumah, aku terus memecut kembali ke pejabat.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Aku mengemas pakaian yang perlu dibawa ke terengganu selama 3 minggu. Baju aku susun satu persatu ke dalam beg bagasi. Shira masuk ke dalam bilik aku, lalu melabuhkan duduk di atas katil. Raut monyok ditayangnya dihadapan aku.

"Kau dah kenapa?"tanya aku.

"Nak ikut.. nanti aku sunyi sorang-sorang dekat rumah ni"cebik Shira.

"Shira, aku pergi tak lama pun. 3 minggu je. Lagipun, aku pergi sana bukan untuk suka ria. Aku pergi kerjalah".

"Tahu.. tapi aku risaukan kau. Kau mana pernah pergi site visit sendiri. Selalunya aku yang teman kau kan. Tapi kenapa kali ni kau tak bagi aku ikut kau"rungut Shira sambil menolong aku memasukkan baju ke dalam beg.

"Aku tak nak susahkan kaulah Shira.. kau jangan risaulah. Dekat sana ada orang akan jaga aku. Okay"pujuk aku. Shira ni dah macam mak aku dekat sini. Dialah orang yang paling utama akan risau bila aku buat sesuatu tanpa pengetahuan dia. Sebab dulu aku pernah kena ragut sampai kena warded seminggu dek kerana luka bergelut. Itu yang buat Shira tu risau sangat bila aku pergi mana-mana tanpa pengetahuan dia.

Melihat Shira yang masih lagi monyok, aku memberhentikan kerja aku lalu melabuhkan duduk di sebelah Shira.

"Okaylah. Macam ni, nanti dekat sana, aku akan call kau tiap hari. Apa yang aku buat semua aku bagitahu kau. Okay?"kata ku cuba memujuk agar Shira tidak terlalu risau.

"Janji?".

"Iya.. aku janji. Dahlah.. tak nak monyok macam ni. Tak lawa dah kawan aku"aku menarik senyum.

"Yelah.. ni ummi dengan baba kau tahu tak kau kena pergi terengganu ni?".

"Tahu.. aku dah bagitahu semalam. Farhan pun aku dah bagitahu". Jawab ku. Aku kembali menyambung semula kerja mengemas pakaian. Kalau tak kemas awal-awal esok pasti akan ada yang tertinggal.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now