Rancak betul baba berborak dengan menantunya. Maklumlah sudah lama tidak bertemu. Banyaklah cerita yang nak di bualnya. Di tambah pula Nazirul itu anak saudaranya, sama-sama masuk air. Memang pecahlah suasana dengan suara mereka berdua.
Lauk aku ceduk dan di letakkan di dalam pinggan. Perbualan mereka aku hiraukan dan perhatian aku hanya tertumpu pada makanan. Bukan selalu dapat makan masakan ummi macam ni. Kalau hari-hari biasa tu memang lauk biasa jelah yang kena hadap hari-hari.
"Kakak, Nazirul dah balik ni.. boleh lah bagi ummi cucu ye tak"ujar ummi. Mendengar kata-kata ummi itu, mulut aku yang penuh dengan nasi terus tersembur.
Terperanjat baba dan Nazirul melihat aku tersembur dan tersedak. Gelas air aku capai dan aku teguk perlahan bagi menghilangkan rasa sakit di tekak akibat tersedak nasi. Nazirul menggosok belakang badan aku perlahan.
"Kakak okay tak ni? Haih... awak ni pun satu. Budak tu tengah makan pergi tanya macam tu"tegur baba.
"Saya cuma tanya je bang. Kalau saya tak tanya, sampai bila kita ni nak dapat cucu"jawab ummi.
Aku bangkit dari duduk dan melangkah ke dapur. Nazirul hanya melihat aku pergi. Tidak lama kemudian aku kembali dengan membawa sehelai kain bagi mengelap meja yang dipenuhi nasi.
"Sorry baba, ummi, Rul"tutur ku sambil tangan bergerak mengelap meja.
"Tak apa kakak, duduk makan dulu"kata baba. Aku melabuhkan duduk ku kembali.
"Ummi, kalau ummi nak cucu, ummi doalah banyak-banyak. Doa seorang ibu kan senang di makbulkan"kata ku menarik senyum.
"Puas dah ummi ni berdoa untuk kakak. Tapi tetap sama.. je"balas ummi.
"Tak apa ummi. Kalau ada rezeki, dapatlah ummi cucu"tambah Nazirul pula.
Nazirul mula mengubah topik perbualan. Tidak mahu suasana menjadi canggung. Aku sekadar mendiamkan diri. Tidak mahu ikut serta dalam berbualan itu. Mengenang akan kata-kata Nazirul sepertinya dia juga mengharapkan zuriat.
Usai makan malam, aku duduk termenung bersandar pada kepala katil. Fikiran aku terganggu dengan permintaan ummi. Ditambah pula kusut kepala aku dengan perangai Fitri yang tidak habis menganggu hidup aku.
"Sayang, termenung apa?"soal Nazirul menapak menghampiri katil. Punggungnya di labuhkan dan selimut di tarik menutupi bahagian kaki.
"Tak ada apa lah. Stress fikir pasal kerja"jawab ku.
"Ya ke? Ke.. sayang fikir apa yang ummi cakap tadi?"duga Nazirul. Aku diam tanpa jawapan.
Nazirul menghela nafas berat. Melihat aku yang hanya diam membuatkan dia turut sama terkesan. Dia mendaratkan tangannya di atas tangan aku lalu di genggam erat.
"It okay. Abang tak akan minta kalau sayang tak sedia. Dah lah jangan fikir sangat soal tu. Tidur okay. Esok sayang kerja"kata Nazirul mengelus kekura tangan aku.
Pegangan tangan aku di lepaskan dan dia membetulkan kedudukan baringnya menghadap ke arah bertentangan. Aku memandang Nazirul dengan perasaan serba salah.
Kecelaruan di fikiran aku abaikan. Posisi baring aku betulkan. Selimut aku tarik ke paras dada dan cuba untuk melelapkan mata.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Aku menuruni anak tangga mengintai di mana keberadaan Nazirul. Aku terjaga dari tidur tadi, Nazirul sudah tiada di sisi. Kaki ku hayun ke meja makan dimana ummi dan baba berada. Punggung aku labuhkan di atas kerusi sambil menyapa ummi dan baba.
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomansaPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...