Episode 2

215 17 0
                                    

Aku menolong ummi dan yang lain mencuci pinggan di dapur. Daripada aku menangis dalam bilik dan mengharap agar Fitri kembali kepada aku memang mereputlah aku dalam bilik tu. Kata opah, kumbang bukan seekor.

"Kak Sah, Pah tengok si Nazirul tu baik.. elok.. tak ada rasa nak kahwin lagi ke?"tanya puan Latifah. Telinga aku mencuri dengar perbualan ummi dengan Mak long.

"Entahlah Pah. Akak pun dah banyak kali tanya si Nazirul tu. Tapi.. tulah. Jawapan dia sama je. Ada jodoh nanti Rul kahwin. Itu aje yang dia tahu jawab"kata Puan Hanisah.

Puan Latifah mengangguk. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu. Kepala ditoleh ke kiri dan kanan.

"Kak Sah, apa kata kak Sah kahwinkan Nazirul dengan Aleyya"cadang Puan Latifah sedikit berbisik. Aku yang sedang mencuci piring terbeliak mendengar bait-bait kata ummi. Nasib tak terlepas pinggan dari tangan aku.

"Dia orang tu sepupu Pah. Nanti apa pula kata mak nanti"serba salah Puan Hanisah mahu menolak. Dia dapat lihat keberharapan puan Latifah ingin menantukan Nazirul Althar.

"Kalau fasal tu, nanti biar Pah yang unsulkan pada mak". Puan Hanisah sekadar menarik senyum. Dia bukannya tidak suka, tetapi dia kasihan akan anak saudaranya itu. Baru sahaja tak jadi kahwin dah nak dijodohkan oleh maknya. Tambahan pula dia sangat kenal akan anak sulungnya si Nazirul Althar itu.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Aku duduk termenung di atas bangsal mengingatkan kata-kata ummi semalam. Sungguh aku tak sangka ummi mahu memperjodohkan aku dengan Nazirul Althar. Lelaki yang aku tidak pernah rapat sejak kecil walaupun dia merupakan sepupu aku.

Permandangan sawah padi yang terbentang luas dihadapan rumah, aku tenung hingga ke hujung bendang. Aku baru sahaja tidak jadi menikah lepas tu, dengar pula niat ummi mahu menjodohkan aku. Kusut pemikiran aku.

"Leyya!"sergah Laili memeluk aku dari belakang. Aku sedikit terperanjat dengan sergahan itu.

"Leyya, kenapa ni? Termenung je"tanya Laili sepupu yang paling aku rapat.

"Tak adalah, masih terasa kut sebab tak jadi kahwin kan"aku cuba menarik senyum.

"Leyya.. tak nak lah macam ni. Biarlah mamat tu nak pergi. Kau lebih layak dapat orang yang lagi elok dari mamat tu. Ee.. kalau dapat dekat aku ni.. dah lunyai mamat tu aku kerjakan"tutur Laili geram. Tangan kanannya menumbuk tangan kirinya seperti menumbuk belacan. Tergelak aku dengan kelakuan Laili.

"Ha.. macam nilah bagus. Gelak. Tak nak lah monyok-monyok. Tak cantik sepupu aku ni"Laili memeluk aku dari samping dengan senyum riang.

"Ada-ada jelah kau ni".

"Angah, Opah ajak kau pergi kedai runcit"sahut satu suara. Serentak aku dan Laili menoleh.

"Okay"Laili bingkas bangun dan menapak masuk ke dalam rumah mendapatkan opah.

"Laili, erm.. aku nak ikut"lekas aku mengikuti Laili dari belakang. Aku menarik senyum dan menundukkan wajah aku saat melepasi Nazirul.

Nazirul menghantar pandangannya sehingga aku dan Laili hilang disebalik pintu rumah.

"Haih.. baru nak tegur. Ish!"decit Nazirul.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Aku membantu opah memilih bawang. Manakala Laili memilih sayur untuk dimasak makan tengah hari nanti. Oleh kerana aku ini dikurniakan telinga lintah, aku terdengar akan dua orang makcik yang berbicara sesama sendiri.

"Nab, nab. Cuba kau tengok tu. Itukan cucu nek siah yang tak jadi kahwin tu?".

"Ha'a itulah. Dengar cerita pengantin lelaki lari"tambah makcik yang bernama Nab.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now