Sebuah bot berhenti mendekati bot yang menempatkan tahanan perempuan yang diculik. Keluar seorang lelaki bertatoo di lengan dan bersenjata kekal ditangan. Dia melangkah menaiki bot itu dan mendapatkan seorang lelakinyang sedia menyambutnya.
"Taukey, ini satu perempuan untuk you"kata tuan empunya bot kepada lelaki bertatoo itu atau dikenali sebagai taukey.
Taukey itu melutut dihadapan aku. Wajah aku diangkat lalu di tiliknya.
"Banyak cantik ini perempuan. Tapi apasal ada luka di muka dia. You mau kasi I rugi ka?!"marah Taukey itu.
"Maaf taukey, ini perempuan banyak melawan punya. Itu pasal wa kasi satu kali. Bagi dia diam"kata empunya bot.
"Haish! Mana satu lagi perempuan?"tanya Taukey. Empunya bot mengiringi taukey itu ke dalam bot.
Pada ketika itu, bot yang di kemudi oleh Hamzah menyusup secara diam mendekati bot kepunyaan Taukey. Terdapat tiga orang lelaki yang menjaga bot.
Nazirul, Hamzah dan Anuar menyusup naik ke bot lalu menumbangkan tiga lelaki itu dalam diam. Isyarat diberikan. Beberapa anggota mengikuti Nazirul ke bot lagi satu.
Baru selangkah Nazirul menaiki bot itu, salah seorang orang suruhan taukey melepaskan tembakan. Pantas Nazirul dan anggotanya bersembunyi.
"Apa pasal?!"tanya Taukey pada orang suruhannya.
"Maritim sampai boss!"sahut seorang daripada orang suruhannya itu.
"S*it! Kamu berdua bawa perempuan-perempuan tu naik bot sekarang!"arah lelaki berparut di kening. Juga merupakan empunya bot.
Semasa tembakan sedikit reda, Nazirul mengambil peluang untuk naik ke atas bot lalu menumpaskan salah seorang penjajat yang ada di atas kapal. Muncul beberapa lagi penjahat datang menyerang. Tangkas Nazirul membentes serangan. Hamzah dan yang lain turut sama menumbangkan penjahat itu.
Tumbukan di berikan diwajah penjahat itu dan terus terlantar tidak sedarkan diri. Nazirul menoleh. Matanya terkunci pada susuk seorang gadis yang terbaring dibahagian sisi bot. Lantas dia menghampiri. Badan gadis itu yang tertiarap di balikkan. Terkejut Nazirul melihat gadis itu ialah aku.
"Kapten!"teriak Anuar. Drastik Nazirul mendongak ke arah atas bot sontak melepaskan tembakan ke arah penjahat itu. Tembakan terkena pada bahagian dada seteru dan terjatuh ke dalam laut.
"Berhenti! Kalau tak aku tembak budak ni"kata lelaki berparut di kening membawa seorang gadis bersamanya. Glock di acu tepat di kepala gadis itu.
Wajah gadis itu sudah basah dek kerana air mata. Semua pistol menghala ke arah lelaki berparut itu.
Nazirul kaku. Dia harus bertindak pantas untuk menyelamatkan aku dan Atiqah. Dengan perlahan-lahan dia meletakkan glocknya ke bawah.
"Kapten"seru Hamzah melihat Nazirul meletakkan senjatanya dibawah.
"Letakkan senjata"arah Nazirul.
"Tapi Kapten".
"Aku kata letakkan senjata!"tegas lontaran suara Nazirul.
Hamzah berdengus. Dia turut meletakkan senjatanya ke bawah begitu juga dengan anggotanya yang lain.
"Duduk! Letak tangan atas kepala"arah lelaki berparut itu.
Nazirul dan anggotanya akur lantas mereka duduk melutut dengan kedua tangan di letakkan di kepala. Nazirul mendongakkan sedikit wajahnya. Satu senyum sinis terbit disebalik topeng yang menutupi wajahnya.
"Sekarang!"tempik Nazirul.
Anuar melompat dari atas bumbung bot lalu menghentak kepala lelaki berparut menggunakan lututnya. Sejurus itu Atiqah terlepas dan melarikan diri ke arah Nazirul dan anggota yang lain. Nazirul menghampiri lelaki berparut yang sudah ditumpaskan oleh Anuar.
Kedengaran bunyi enjin speedboat beredar dari situ. Hamzah mengangkat senjatanya mahu menembak speedboat itu tetapi dihalang oleh Nazirul.
Nazirul melutut dihadapan lelaki berparut yang tertiarap diatas bot. Wajah lelaki berparut itu diamati. Tiba-tiba, satu peristiwa terimbas di dalam kotak fikirannya. Terus dahinya berkerut dan lantas berdiri.
Dia menapak menghampiri aku yang masih tidak sedarkan diri. Tubuh aku dicempung lalu di bawa ke boat maritim. Tidak lama kemudian, beberapa lagi boat penguatkuasa tiba bagi membawa penjenayah itu ke balai.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Terasa denyutan di kepala yang menyengat secara tiba-tiba mengerutkan dahi aku. Tangan aku memegang kepala. Terasa seperti ada sesuatu yang membaluti kepala aku. Aku membuka kelopak mata ku yang memberat. Cahaya lampu terus menusuk ke kornea mata. Perlahan-lahan mata aku mencelik.
Aku cuba mencerna dimana aku berada. Ya, nampaknya aku berada dihospital. Aku melihat seseorang yang duduk diatas kerusi disamping katil.
"Ummi"panggil ku.
"Kakak, kakak dah sedar?"kata ummi mendekati aku.
"Ummi, macam mana kakak ada dekat sini?"tanya ku masih lagi bingung. Aku cuba untuk bangun lantas Ummi segera membantu menegakkan kepala katil.
"Nazirul bawa kakak ke hospital. Macam mana boleh jadi macam ni kakak? Risau ummi"jelas ummi.
"Kakak minta maaf ummi. Kakak dah buat ummi dengan baba risau"pinta ku sedih.
"Dah, tak payah fikir lagi. Sekarang kakak dah selamat. Lepas ni jangan buat ummi dengan baba risau lagi ya?". Ummi mengelus kepala aku. Sisi kepala aku di kucup ummi. Aku hanya mengangguk.
"Kakak rehat ya, ummi nak keluar cari baba sekejap"kata ummi. Aku menjawab dengan anggukkan kepala. Tidak berdaya mahu menutur kata. Belakang badan aku rebahkan. Fikiran aku memikirkan akan Atiqah. Apa yang sudah terjadi pada Atiqah? Apakah dia selamat?
Aku cuba mengingati kembali kejadian tadi. Teringat aku akan lelaki berparut itu. Sepertinya pernah aku lihat lelaki itu sebelum ini. Tapi di mana? Mengingat akan itu membuatkan kepala aku berdenyut. Aku cuba melelapkan mata aku agar sakit dikepala aku hilang.
Puan Latifah menghampiri Encik Azli dan Nazirul. Dua pasang mata itu terkunci pada puan Latifah yang menghampiri mereka. Puan Latifah melabuhkan duduknya disamping Suaminya Encik Azli. Keluhan dihela berat. Nazirul melihat ibu saudaranya itu seperti mahu mengajukan sesuatu.
"Rul, mak ngah nak percepatkan perkahwinan Rul dan Leyya"tuntas Puan Latifah. Nazirul sedikit terkejut dengan ungkapan Puan Latifah itu.
"Kenapa nak cepatkan?"tanya Encik Azli.
"Bang, Pah tak nak anak kita masuk hospital lagi macam ni. Cukuplah dua kali dia masuk
Hospital sebab kes macam ni. Abang nak hilang anak kita ke?"tutur Puan Latifah tidak begitu tenang."Pah, bawa bersabar boleh tak? Perkara macam ni bukan kita yang duga. Dah benda nak jadi. Kita redha jelah. Sekurangnya anak kita ni selamat"bidas Encik Azli.
"Abang senanglah cakap. Kalau anak kita tu diapa-apakan macam mana? Kalau dia kahwin cepat, Rul boleh tolong tengokkan dia. Jaga dia. Awak macam tak kenal anak awak tu. Berani dia bukan boleh dibawa bincang. Pah tak kira. Perkahwinan Rul dan Leyya akan dipercepatkan juga"tuntas Puan Latifah. Terus dia mengangkat punggung pergi dari situ.
"Haih.. kau tengoklah mak ngah kau tu Rul. Asyik nak ikut kepala dia je. Kalau ya pun bagilah si Leyya tu bertenang dulu. Pulih dulu. Ini tidak, terus langgar macam tu je. Tak makan saman langsung"omel Encik Azli. Nazirul hanya tertawa kecil mendengar bapa saudaranya itu mengomel.
Nazirul memasuki ward dimana aku di tempatkan. Melihat aku yang masih tidur, kakinya perlahan-lahan diatur masuk menghampiri katil. Kerusi yang terletak disamping katil ditarik perlahan dan dilabuhkan duduknya. Dia meneliti setiap lekuk wajah aku. Yang masih terdapat kesan luka dan memar akibat dipukul.
Terbit senyum dibibir Nazirul melihat aku yang lena seperti bayi. Tangan kirinya di angkat mahu mengelus kepala aku yang berbalut tudung tetapi dibatalkan niatnya itu.
"Rul janji dengan Leyya, yang Rul akan pulihkan luka dihati Leyya. Dan Rul akan lindungi Leyya seperti mana Rul pernah lindungi Leyya dulu"ujar Nazirul sendiri.
Bersambung...

YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
Любовные романыPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...