Episode 30

190 9 0
                                    

Suasana makan tengah hari sangat hening hanya kedengaran sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan bergema. Masing-masing diam tanpa bicara.

"Ehem! Rul cakap ada something nak bagitahu kan? Apa dia?"soal ku memecah keheningan.

"Oh ya! Esok abang dah start kerja balik. So, abang nak tanyalah kalau sayang nak ikut tinggal dengan abang tak"tutur Nazirul.

"Ha? Erm.. rumah Rul dekat area mana?"soal ku.

"Dekat area pengkalan"jawab Nazirul.

"Em.. bukan Leyya tak nak tapi.. tempat kerja Leyya jauh dari rumah Rul"jelas ku serba salah.

"Okay.. kalau sayang dah cakap macam tu. Abang tak nak paksa"balas Nazirul. Dapat aku lihat dari raut wajahnya yang kelihatan hampa.

Aku sudah mati kutu. Sudah buntu apa yang haruh di perkatakan. Di tambah pula dengan rasa serba salah di hati, lagi membuatkan aku buntu.

'Patut ke aku ikut dia? Kalau aku ikut dia, nampaknya aku kena berhenti kerjalah'bisik hati aku penuh gundah gulana.



Kami berjalan beriringan setelah Nazirul membayar bil makan tengah hari tadi. Tidak jauh kami menapak, Nazirul menyentuh poket seluarnya. Aku memerhati hairan.

"Kenapa?"soal ku.

"Telefon abang tertinggallah. Sayang tunggu sini sekejap. Abang pergi check"kata Nazirul. Aku mengangguk faham.

Sambil menunggu Nazirul, aku membuka telefon bimbit aku whatsapp aku periksa jikalau ada pesanan penting yang masuk. Biasalah aku ni suka senyapkan nombor orang yang tak penting. Contoh terdekatnya bos aku.

Ralit aku menilik telefon, satu tangan kekar menarik lengan aku. Perbuatan itu mengejutkan aku lantas aku merentap tangan aku agar terlepas dari pegangannya.

"Fitri? What are you doing here?"soal ku.

"I cari you. Hidup i tak tenang fikir yang you dah kahwin"tutur Fitri jelas kelihatan kusut.

"Hey! Fitri! Sedarlah yang i ni dah kahwin. Eh! You baliklah"marah aku. Serabut otak aku melayan lelaki macam ni.

"No! I tak terima. You kata you cintakan i tapi kenapa you kahwin".

"Yes! Memang dulu i cintakan you. Tapi tu dulu sebelum you tinggalkan i. Now i dah bahagia. Tolonglah faham"aku sehabis merayu pada Fitri agar tidak menganggu hidup aku lagi.

Fitri tetap tidak mahu menerima segala ungkapan ku. Tangannya menggenggam lengan aku lalu menarik aku mengikutinya. Aku berkeras dan menarik kembali tangan aku.

"Eh! Lepaslah! Sakit tahu tak! Lep-"kata-kata aku mati apabila melihat Fitri sudah tersungkur di lantai.

Figura Nazirul di sisi aku pandang terkejut. Tidak menyangka bahawa Nazirul akan bertindak memukul Fitri.

"Kau siapa hah! Nak tumbuk aku!"marah Fitri memegang rahangnya yang nyeri akibat tumbukan Nazirul.

"Soalan tu aku rasa patut tuju dekat kau. Aku ni suami Aleyya"ujar Nazirul merangkul bahu aku merapatinya.

"Itu baru sikit aku bagi kau. Sekali lagi kau ganggu isteri aku, kau makan nahas"Tangan Nazirul turun menggenggam tangan aku erat lantas menarik aku mengikutinya pergi dari situ meninggalkan Fitri terkulat sendiri.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Aku terdiam membisu sepanjang perjalanan. Sesekali aku mengerling Nazirul sekilas. Wajahnya tegang sahaja sejak masuk ke dalam kereta tadi.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now