Episode 9

142 14 1
                                    

"Kenalpasti bot nelayan yang keluar masuk ke kampung tu. Segera!"arah Nazirul seraya memakai beret di kepalanya.

"Baik kapten".

Anak mata Nazirul memandang peta laluan terusan di kampung nelayan itu. Kotak memorinya mengulangi bait-bait kata dari mulut Farhan.

"Rul, kakak hilang. Orang kampung nelayan bagitahu yang kakak tak balik dari tengah hari tadi".

"Kakak hilang di jeti nelayan bersama cucu saudara isteri ketua kampung".

"Kapten, terdapat dua buah bot yang berlayar mencurigakan di kawasan kampung nelayan".

"Baik. Hubungi pasukan maritim di terengganu. Suruh dia periksa pendaftaran bot nelayan disana segera"kata Nazirul.

"Baik kapten".

"Tuan, permohonan untuk berangkat ke terengganu, Tuan!"pinta Nazirul kepada orang atasannya.

"Tak perlu. Pasukan di sana akan membuat pencarian atas kehilangan dua gadis itu"tolak Sarjan Rahman.

"Tuan, tunang saya dalam bahaya tuan. Benarkan saya untuk turut sertai misi pencarian ini"pinta Nazirul lagi. Sarjan Rahman berdiam seketika.

"Baiklah. Permohonan diluluskan. Hamzah, Anuar, Tasya, Lara!"ujar Sarjan Rahman.

"Ya tuan!"jawan mereka berempat serentak.

"Kamu berempat akan bertolak ke Terengganu esok pagi bersama Kapten Hamzah untuk membuat misi pencarian. Bersiap sedia!"arah Sarjan Rahman.

"Tuan! Baik tuan!"kata mereka serentak dengan tabik hormat.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

Rasa sakit yang menyengat membuatkan aku sedikit berdecit. Aku merasakan tangan aku seperti diikat. Begitu juga dengan kaki. Lantas kelopak mata aku buka. Keadaan sekeliling yang gelap gelita mengehadkan penglihatan aku.

"Atiqah.."panggil aku. Suara aku bergetar menahan nyeri dikepala.

"Kak.. Iqah takut kak.."terdengar akan suara tangis Atiqah teresak-esak, aku cuba untuk mengenal pasti dimana tempat duduk Atiqah. Aku mengesot sedikit demi sedikit.

"Iqah, jangan takut. Akak ada"kata ku cuba menenangkan Atiqah. Dengan kesukaran untuk aku bergerak, akhirnya aku berada disebelah Atiqah yang juga terikat seperti aku.

"Kak.. apa dia orang nak buat dengan kita kak.."tangis Atiqah lagi.

"Sshh... dah. Jangan nangis. Akak pun tak tahu apa dia orang nak buat dengan kita. Tapi akak yakin, orang kampung akan cari kita. Banyakkan berdoa ya. InsyaAllah, tuhan akan lindungi kita"kata ku memujuk hati Atiqah yang sedang ketakutan.

"Oi botak! Apasal kau bawak perempuan bertudung tu sekali! Aku dah cakap aku nak budak perempuan tu je! Yang kau bodoh sangat kenapa?!". Aku terdengar akan suara lelaki sedang memarahi seseorang dari luar tempat aku dan Atiqah dikurung.

"Perempuan tu ada sekali boss kalau kita lepas kan, mesti kita kena tangkap boss"kata lelaki yang digelar botak itu.

"Argh! Aku tak kira! Kau buatlah apa pun dekat perempuan tu! Aku cuma nak budak tu! FAHAM!!"tengking suara itu.

Bunyi tapak kasut menghentak lantai menandakan lelaki-lelaki itu telah pergi. Aku menghela nafas lega. Aku cuba untuk membuka ikatan pada tangan aku. Tetapi sukar kerana ikatannya terlalu ketat. Mata aku meliar mencari sesuatu yang boleh memotong tali yang mengikat tangan aku.

Anak mata aku terkunci pada sepihan kayu yang ada diatas lantai. Sepertinya sepihan itu datang dari dinding kayu yang dipecahkan. Aku mengesot menghampiri serpihan kayu itu. Semoga sahaja serpihan kayu itu mampu memotong tali ikatan tangan aku.


Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now