Nazirul duduk bersandar di atas bangku halaman rumah. Telefon di tangan di kalih seperti menunggu sesuatu. Anak mata di hala ke arah langit malam yang dihiasi bintang-bintang yang menyinari langit yang gelap. Ditemani pula bulan mengambang penuh yang bercahaya terang.
"Rul, Rul. Baru tiga hari pergi dah rindu ke?"sapa Hamzah datang melabuhkan duduk disalah satu bangku.
"Merepeklah kau ni".balas Nazirul membetulkan duduknya.
"Merepek apanya, dia tu tunang kau. Tak salah kalau kau nak rindu dia. Kau dah mula cintakan dia kan? Mengaku jelah.."usik Hamzah.
"Aku memang dah lama sukakan dia. Dari dia budak sekolah lagi. Tapi itulah, ego aku ni tinggi sangat sampai menipu hati sendiri"kata Nazirul merenung telefon bimbitnya.
"Serious ar? Asal kau tak terus meminang dia dulu?"Hamzah sedikit terkejut mendengar kenyataan Kawannya itu.
"Aku dengar dia dah ada buah hati. Buat apa aku nak ganggu. Masa majlis kahwin dia tu, aku makan hati juga sebab aku tak terus terang dulu. Bila dapat tahu bekas tunang dia lari masa nak akad, aku nampak raut wajah sedih dia tu. Aku tak sampai hati tengok dia macam tu". Cerita Nazirul. Akhirnya dia berani membuka kenyataan tentang isi hatinya setelah bertahun-tahun dia pendam.
"Mak kau tahu ke?"tanya Hamzah.
"Tak. Adik aku je yang tahu".
"So, sekarang ni kau tunggu apa lagi? Call lah dia bagitahu dia perasaan kau. Kau nak tunggu sampai bila?"suruh Hamzah.
"Belum masanya lagi kut. Dia pun tak cintakan aku. Kalau akau luah, tak ada gunanya juga"pasrah Nazirul.
"Aku nak cakap kau bangang, nanti kau marah aku pula. Dia tu bakal bini kau tau. Kalau kau luah pun, mesti dia akan fikirkan perasaan dia dekat kau juga. Hish! Susah ada kawan bengap cinta macam ni"kata Hamzah. Tangannya menopang kepala dan menggeleng. Badannya pula di pusingkan membelakangi Nazirul.
Nazirul diam berfikir. Punat on off telefonnya ditekan. Terpapar gambar seorang gadis bernama Nur Aleyya di skrin telefonnya. Gadis yang sudah mencuri hatinya lapan tahun dahulu.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Aku bersiar-siar sekeliling kampung sambil membawa kamera di leher aku dengan ditemani oleh Atiqah, cucu saudara mak siti yang baru sahaja tamat sekolah menengah.
"Akak, iqah nak tanya sikit boleh?"Tanya Atiqah seraya aku menangkap gambar permandangan di kampung itu.
"Tanyalah"jawab ku.
"Best tak kerja jadi penulis?".
"Herm.. nak akak jawab jujur ke.. menipu?"tanya aku pula menyakat.
"Jujur lah".
"Okay. Bagi akak, ada yang best and ada yang tak best. Yang bestnya boleh melawat tempat-tempat luar macam sekarang dan sebab minat. Itu yang best"jelas ku.
"Yang tak best pula?".
"Yang tak best? Bila akak berjumpa dengan boss yang gatal miang. Lepas tu paksa akak untuk siapakan satu novel dalam masa 3 bulan dan bila fikiran akak stuck untuk create jalan cerita"tambah aku lagi.
"Boss akak miang ke?". Aku mengangguk laju dengan bibir bawah dijuihkan.
"Haraplah nanti bila iqah dah kerja tak jumpa boss miang macam tu. Ee! Takut". Aku tertawa kecil melihat Atiqah menggeletis kegelian.
Kami meneruskan berjalan ke arah dimana para nelayan berlabuh. Entah kenapa, tempat itu menarik minat aku untuk ke sana. Seperti ada sesuatu misteri dekat tempat tu.
Aku dan Atiqah duduk berehat dibangsal yang ada disitu. Kamera yang tergantung dileher aku capai, aku mengangkap gambar permandangan laut dari arah bangsal. Terdapat beberapa buat bot nelayan sedang menangkap ikan ditengah laut. Lensa aku zoom bagi menampakkan gambar yang ingin ku ambil lebih jelas.
Tiba-tiba aku ternampak akan satu bot aneh menyelusuri laut menuju ke arah jeti dimana aku dan Atiqah berada. Terus kamera aku jatuhkan dari wajah aku. Wajah aku mula cuak.
"Iqah, akak rasa elok kita pergi dari sini"ujar ku.
"Kenapa?"tanya Atiqah.
"Nanti akak cerita. Jom cepat"ajak ku lantas menarik tangan Atiqa untuk beredar.
Langkah demi langkah aku atur, tiba-tiba datang seseorang menghalangi jalan aku. Kepala ku angkat bagi melihat si gerangan. Terus aku berganjak ke belakang sambil melindungi Atiqah dibelakang aku.
"Hai, tak sangka pula budak bandar ada yang cantik"tutur gerangan yang menghalangi aku.
"Sorry, aku tak kenal kau. Boleh ketepi, aku nak lalu"ujar ku kasar.
"Kenapa kasar-kasar ni.. abang cuma nak temankan adik je"kata gerangan itu lagi mahu menyentuh tudung aku. Pantas aku menepis kasar. Tubuh Atiqah dibelakang aku peluk.
"Ganasnya.."sampuk seorang lelaki yang datang entah dari mana. Langkah aku mengundur lagi menjauhkan diri dari dua lelaki itu.
Tiba-tiba, tubuh Atiqah di tarik dari belakang. Menyebabkan Atiqah menjerit memanggil aku. Aku berpaling melihat Atiqah di pegang oleh seorang lelaki. Secara tiba-tiba kepala aku merasa sakit yang teramat sangat. Membuatkan pandangan aku mulai kabur dan akhirnya gelap.
"AKAK!!!"teriak Atiqah pabila melihat aku yang sudah terbaring ditanah tidak sedarkan diri.
Lelaki yang memegang Atiqah menekup mulut Atiqah dengan sehelai kain dan pandangan Atiqah turut kabur dan akhirnya rebah tidah sedarkan diri.
❤️🩹❤️🩹❤️🩹
Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Mak Siti yang duduk di anjung rumah mula risau kerana aku dan Atiqah masih belum pulang. Mundar-mandir Mak siti di anjung rumah keresahan.
"Boleh tak awak duduk diam siti oi! Pening kepala aku menengoknya"tutur pak Haji Ali.
"Macam mana saya tak risau bang haji, dah pukul 6 petang dah ni. Dia orang tak balik lagi. Kalau jadi apa-apa nanti, apa yang kita nak bagitahu pada keluarga Leyya tu"ujar mak Situ resah.
"Allah Siti oi!.. boleh tak bawa bertenang. Budak-budak kan tengah cari Leyya dan Atiqah. Sabar boleh tak". Kata pak Haji Ali sudah rimas melihat mak Siti berjalan kehulu kehilir. Mak Siti melabuhkan duduknya dengan dengusan geram.
"Assalamualaikum pak haji!"sahut seorang pemuda.
"Wa'alaikumsalam, ada jumpa dia orang?"tanya pak Haji.
"Tak ada pak haji. Habis satu kampung ni ha.. kita orang cari. Yang kami jumpa kamera ni"kata pemuda yang lain sambil menghulurkan kamera kepada pak Haji.
"Dekat mana kau jumpa kamera ni Hadi?"tanya Mak Siti.
"Dekat jeti nelayan, mak Siti"jawab Hadi.
"Sah bang Haji.. budak-budak ni kena culik ni.."Mak Siti mula cemas.
"Mat, kau kumpulan orang kampung, kita buat pencarian lepas maghrib nanti"ujar pak haji Ali.
"Baik pak Haji". Pemuda-pemuda itu bergegas pergi.
Mak Siti sudah cemas dan panik. Kehilangan Aku dan Atiqah pantas tersebar di seluruh kampung. Bagus juga ahli mesyuarat tingkap kampung ni. Cekap buat kerja. Sampai ke kampung seberang pun tahu.
Shira tidak senang duduk apabila tidak mendapat panggilan dari aku sejak tengah hari tadi. Nombor aku sudah didail berkali-kali tetapi tidak berangkat. Malah suara perempuan pula yang menjawab panggilan.
"Asal call tak angkat ni? Mana kau pergi ha! Leyya. Kau buat aku risaulah.."Shira mula berfikir. Siapa yang harus dia hubungi untuk mengetahui keadaan aku.
"Farhan"satu nama terbit di bibirnya. Tanpa menunggu lama, terus dia menghubungi Farhan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Pabila Datangnya Dia (onhold)
RomantizmPenyatuan yang tidak pernah disangka oleh seorang gadis bernama Aléyya. Kejadian yang mengguris hatinya membuatkan dirinya berada didalam dilema. Aléyya terpaksa menerima pernikahan bersama seorang lelaki yang dia tidak pernah sangka bakal menjadi...