Episode 15

160 10 0
                                    

"Rul tahu tak, ibu risau sangat bila Rul hilang. Janganlah buat ibu susah hati lagi"kata puan Hanisah.

"Ibu jangan risaulah. Rul okay. Ibu doalah yang baik-baik untuk Rul".

"Ibu sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak ibu. Sekarang ni, Rul kena cepat sembuh. Nanti tak adalah naik pelamin dengan kerusi roda"usik puan Hanisah.

"Eh! Ibu ni ke situ pula. Nak ke Aleyya tu kahwin dengan Rul ni"Nazirul menjawab dengan rendah diri.

"Tak payah nak merendah diri sangatlah abang oi! Habis apa gunanya Aleyya datang sini"sampuk Laili memasuki wad bersama aku. Boleh pula dia cakap macam tu. Malu muka aku ni. Sontak, lengan Laili aku cubit.

Laili mengaduh drastik memandang ke arah aku. Tangannya laju menggosok bekas cubitan aku pada lengannya. Memang tak lah aku nak pandang depan. Lebih baik aku tengok lantai dari terus rasa malu.

Sesekali aku mencuri pandang ke arah Nazirul. Aduih.. sakit-sakit pun boleh buat orang cair. Eish! Apa aku merepek ni. Dah tersuka ke? Tapi, tak salahkan kalau tersuka dekat tunang sendiri.

"Assalamualaikum"satu suara memberi salam menarik perhatian kami semua. Sontak kami menoleh. Terlihat seorang gadis bertudung ayu menyapa di muka pintu wad. Gadis itu menapak masuk menghampiri mak long.

"Assalamualaikum Aunty, aunty sihat?"soal gadis itu lembut menyalami tangan mak long.

"Wa'alaikumsalam. Alhamdulillah, sihat. Ni datang dengan siapa?"tanya maklong. Mereka kelihatan begitu akrab sekali. Barangkali mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Tapi, siapakah gerangan gadis ini?.

"Wani datang sorang. Dengar abang Rul masuk hospital, terus Wani datang sini"tutur gadis itu yang menggelarkan dirinya Wani.

"Oh ya! Wani, kenalkan ini Aleyya anak saudara Aunty merangkap bakal isteri Rul"ujar Maklong memperkenalkan aku kepada Wani. Dapat aku lihat dari raut wajahnya seperti dia terkesima dengan kata-kata mak long.

Dia menoleh ke arah aku dengan senyuman tipis. Tangan dihulurkan bagi berjabat tangan dengan aku. Tanpa berlama, aku menyambut huluran tangan itu dengan senyum ramah.

"Aleyya"kata ku.

"Aswani"jawab Wani menarik senyum tipis. Latas meleraikan pegangan tangannya. Tumpuannya kini beralih pula pada Nazirul yang terbaring di atas katil.

"Abang Rul macam mana? Wani dengar kapal Abang Rul hilang, nak tercabut jantung Wani"tutur Aswani mesra.

"Abang Rul okay. Alhamdulillah. Tuhan bagi peluang dekat abang untuk teruskan hidup"jawab Nazirul.

Kening aku bertaut hairan. Bukan main mesra mereka berbual. Mereka sudah lama kenal ke? Atau aku je yang tak pernah nak ambil tahu soal Nazirul. Laili yang berdiri disebelah aku perasan akan raut wajah ku yang berkerut. Dia merapatkan dirinya dengan aku lalu berbisik.

"Dia tu bekas kekasih abang. Dia orang dah lama putus. Kau jangan risaulah"bisik Laili.

"Buat apa aku nak risau. Aku bukan suka abang kau pun"jawab ku juga berbisik.

"Eleh! Tak nak mengakulah pula"bisik Laili lagi.

"Leyya, adik, apa yang berbisik tu?"soal mak long menyentakkan aku dan Laili.

"Ta..tak ada apa. Em.. Leyya, jom teman aku pergi kafe. Laparlah. Ibu, adik pergi kafe dengan Leyya kejap ya"dalih Laili menarik tangan aku untuk mengikutinya ke kafe.

"Ya lah".

Lantas tangan aku di tarik Laili keluar dari wad menuju ke kafe. Apa mimpi dia ni ajak aku pergi kafe lagi. Bukan tadi dia dah makan ke dekat rumah.

❤️‍🩹❤️‍🩹❤️‍🩹

"Laili, asal aku tengok Wani tu macam tak suka je nampak aku?"tanya ku menyedut air teh o ais laici yang aku pesan tadi.

"Kau jangan layan sangat dia tu. Dia tu memang macam tu. Nampak je dia macam tu kan? Tapi dia tu lebih muda dari kita tau"jawab Laili turut menyedut minumannya.

"Muda? Umur dia berapa? Macam mana dia boleh kenal dengan Rul sedangkan umur dia masih muda?"musykil aku. Tapi, silap aku juga sebab tak pernah nak kenal siapa itu Nazirul Althar.

"Okay. Macam ni. Abang kenal dengan Wani waktu Wani tu berumur 17 tahun. Waktu tu dia ada kem bina jati dirilah lebih kurang..dekat kem latihan Maritim. Masa tulah abang aku terpikat dekat dia. Lepas tiga tahun kenal dan abang aku cakap nak masuk meminang dia, terus dia minta putus. Katanya tak sedia lagi. Tapi waktu tu, abang aku dah tahu yang Wani tu ada lelaki lain belakang abang. Patah hati jugalah abang aku waktu tu. Lepas dari tu dia tak pernah nak kenal dengan mana-mana perempuan lagi sampai sekarang"panjang lebar laili menceritakan soal kisah silah Nazirul dan Aswani kepada aku.

Aku yang mendengarnya pun terasa sakit dihati ni dengan tindakkan Wani. Dah ada orang baik macam Rul tu ajak Nikah dah dikira bernasib baik tau. Aku ni? Dikira nasib baik juga ke?.

"Habis tu kenapa sekarang dia baru nak tunjuk batang hidung dia?"soal ku geram.

"Entah. Aku pun tak tahu. Tapi aku tak akan sokong kalau dia nak baik balik dengan abang"

"Eh! Baguslah tu kalau dia nak berbaik dengan Rul. Kalau itu pilihan Rul, kau tak ada hak tau nak membantah. Sebab itu keputusan dia"aku menyokong tanggapan Laili itu. Tidak salah kalau mereka mahu berbaik semula. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

"No, no, no. Aku nak kau yang kahwin dengan abang aku. Kau secocok apa dengan abang. Bagai merpati dua sejoli orang kata".

"Banyaklah kau punya sejoli. Aku dengan dia macam langit dengan bumi adalah"balas ku menidakkan kata -kata Laili.

"Tak kisahlah.. bagai langit dengan bumi ke.. api dengan air ke.. yang penting, lagi tujuh minggu kau dengan abang naik pelamin"Laili bersorak riang. Aku menongkat dagu dengan keluhan melihat keriangan Laili. Apa-apa sajalah Laili ni.



Daun pintu wad aku ketuk terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam. Aku melihat Nazirul sedang nyenyak tidur, menapak perlahan ke arah katil. Bekas makanan aku letakkan di atas meja beroda. Oleh kerana Nazirul masih lagi dalam proses pemulihan, aku tidak mahu menganggu lenanya. Aku mengambil keputusan untuk meletakkan sahaja bekas makanan di situ dan terus menapak pergi.

Beberapa tapak aku melangkah, suara garau Nazirul memanggil nama aku. Langkah aku serta-merta terhenti. Badan aku balikkan menghadap Nazirul. Melihat dia melemparkan senyuman membuatkan jantung aku berdegup kencang.

"Ya"jawab ku.

"Nak balik dah ke?"tanya Nazirul meninggikan kepala katilnya.

"Tak.. tadi Leyya datang hantarkan makanan. Ummi yang suruh hantar. Ummi cakap Rul teringin makan asam pedas"aku menghampiri katil Nazirul kembali.

"Uish! Sedap tu. Boleh Leyya tolong hidangkan"pinta Nazirul. Aku mengangguk faham dengan keadaannya tika itu.

Meja beroda aku tarik mendekati Nazirul. Bekas makanan aku buka satu persatu. Haruman bau masakan asam pedas berlegar di seluruh bilik. Nasib katil pesakit di hadapannya kosong. Kalau tak, sudah pasti menganggu pesakit lain disitu.

Bekas nasi dan sudu aku hulurkan kepada Nazirul. Akan tetapi, Nazirul tidak menyambutnya dan baru aku perasan bahawa tangan kanannya beranduh manakala tangan kirinya berbalut luka.

Huluran itu aku tarik kembali. Nasi aku gaul bersama kuah asam pedas menggunakan sudu lalu aku suakan ke mulut Nazirul. Tanpa segan silu, mulut Nazirul menyambut suaan itu.

"Thank you"Nazirul tersenyum melihat wajah aku yang sudah merah padam menahan malu..

"Sama-sama"balas ku menunduk memandang bekas nasi yang berada ditangan aku.



Bersambung...

Nampaknya watak antargonis sudah memunculkan diri.

Pabila Datangnya Dia (onhold)Where stories live. Discover now