°Prolog°

6.3K 322 33
                                    

SCOTLAND -KHAMIS, 4 APRIL- Pasukan polo Antarabangsa 'The Ace'sekali lagi telah menjadikan Malaysia memperoleh emas sekaligus menjadikan Malaysia sebagai 5 kali berturut turut mendapat emas di peringkat antarabangsa dalam sukan polo. Penyumbang mata utama dalam sukan polo ini tak lain tak bukan Mr. Emerald. Beliau menghadiahkan mata kemenangan dengan 10-5 dengan bantuan ahli pasukannya (David Balqium,Luth Uffaqeil dan Uwais Fikri). Dengan ini beliau telah dinobatkan sebagai pemain polo terbaik

Bersinar sinar mata peminat lelaki itu apabila mata mereka disapa dengan susuk tubuh Mr Emerald. 

Dengan kaca mata hitam dan mask muka dipakainya membuatkan Mr Emerald itu semakin...

Attractive!

"Apakah rancangan Mr Emerald selepas ini?"

"Just focus on my work,"

Cliche!

Tapi itulah kenyataan

Mr Emerald memang suka bagi jawapan clishe. Biarlah dia saja yang tahu apa yang dia perlu lakukan pada hari seterusnya. Tidak berminat hendak berkongsi.

Wartawan itu mengganguk saja mendengar jawapan tak ikhlas Mr Emerald.

"Perancangan Mr Uwais pula?" Kini, wartawan itu beralih pada Uwais Fikri iaitu kawan rapat kepada Mr Emerald

"Same goes with Emerald. Okey guys we need to go now... Bye," Uwais terus menarik tangan Mr Emerald pergi dari situ. Makin lama makin sesak. Rimas. 

"Kejap Mr Uwais, kami belum habis---"

"Mr Emerald!"

"Mr Uwais!"

"Mr Emerald, tunggu!"

Peminat Mr Emerald dan Uwais mula gigih mengekori mereka. Cepat saja kaki menekan pedal minyak sebelum kereta Mercedes Amg Gtr milik Uwais mengaum kuat membelah jalan raya.

David dan Luth sejak tadi sudah beredar selepas sahaja permainan tamat kerana tidak mahu menjadi perhatian orang ramai.

David tidak kisah jika ditemu ramah disebabkan personalitinya yang suka bergaul namun tidak bagi Luth.

Lelaki itu...

Introvert

Cold-hearted

And

Always ignore people... Always.

Walaupun begitu, peminat Luth Uffaqeil masih ramai dan masih setia menyokong lelaki itu walaupun Luth Uffaqeil langsung tak kesah.

Luth lahir lahir je memang doktor letak dalam peti ais.That's why he looks... Cold! 

"Lega" mask dan spek matanya dibuka. Terbentang iris mata yang berwarna brown miliknya.

"Semua salah kau," bentak Uwais Fikri

"Kenapa aku pula?"

"Saja kan nak cari masalah. Dah tahu ramai peminat kau dekat situ yang tak blah terus kenapa? dahlah siapa entah pijak kaki aku. Kurang ajar betul!" berang Uwais. Hati sarat mendidih kepanasan.

Emerald tergelak kecil. Uwais ni tahu nak marah saja. Garang tak bertempat. 

Uwais Fikri memutarkan bebola matanya. Menyampah. 

Tiba tiba akalnya terlintas sesuatu. Senyuman penuh makna ditayangkan. 

"Sebagai balasan, kau kena ikut cakap aku..." 

"Eh mana aci!" 

"I don't care. Aku dah tolong tarik kau lari tau." Uwais juga tak mahu kalah. 

Emerlad menggigit dinding bibir. Geram. Itu kadang-kadang dia malas dengan Uwais ni. Ada saja akalnya. 

"Kau nak aku buat apa?" Emerald hanya mengalah. Malas nak panjangkan hal. Lagipun dia tahu Uwais takkan mintak benda pelik-pelik. 

"Aku nak kau lawan kuda dengan aku tapi kalau aku menang kalini, kau kena jadi pembantu rumah... Deal?" Uwais mula menyampaikan hasrat hatinya. 

Segera cap yang tersarung di kepala dibaling pada kawan baiknya. Jelingan tajam dihadiahkan pada Uwais Fikri. Semakin galak lelaki itu ketawa apabila melihat wajah berang Mr Emerald. 

Dia tarik balik kata-kata tadi. Fikirnya, Uwais takkan mintak benda yang pelik-pelik tapi ni ya Allah. Hatinya mula beristigfar. Apa lah mak sedara aku bagi makan dekat Uwais ni masa kecil? dia punya bodoh tak boleh bawa bincang. 

"Kau ni gila Uwais. Memang tidaklah aku nak buat kerja tu!"

"Tak baik kau pandang rendah dekat kerja macam tu," Uwais mula menggeleng hampa. 

"Aku bukan pandang rendah tapi aku sibuklah setan!" Setepek! 

"Alah resort kau biar aku uruskan. Kau ikut aje cakap aku, Confirm tak menyesal punya,"

Emerald mencebik. Tak menyesal dia kata? wah wah wah... Sekarang ni pun dia dah rasa menyesal dapat sepupu macam lelaki ini. 

"Aku-"

"Tiada sebarang bantahan," 

"Kau ni sungguhlah Uwais? Agak agaklah nak suruh aku jadi pembantu rumah?!"  

Ridiculous.

Gila.

Uwais memang gila. 

"Alah 4 bulan je... Tak lama"

Kepala bana dia tak lama. Dalam tempoh 4 bulan tu macam macam boleh jadi. 

"Boleh eh? Ayah kawan aku tengah cari pembantu rumah. Lama dah dia orang cari tapi tak jumpa-jumpa. Ada yang tak menepati syarat." 

Emerald mencubit geram paha Uwais.

"Argh sakitlah gila. Tak nampak ke aku tengah bawa kereta ni?!" 

"Aku rasa kau tertinggal akal kau dekat rumah, itu yang bongok semacam," 

"Adu sorrylah tapi aku terpaksa," Uwais menggosok pahanya yang menjadi maangsa cubitan Emerald. Berbisa betul tangan mamat ni. 

"Kalau aku tolong kau, apa benefits yang  aku dapat?"

Uwais tersenyum. Nampak gayanya Emerald bersetuju. 

"Dapat aku mau?" seloroh Uwais. Sengaja dia menyakat Emerald. 

Tersembur air yang diminum oleh Emerald. Segera botol air kosong itu diketuk pada kepala Uwais. 

"Kepala otak kau!"

Terburai tawa Uwais. Suka betul dia kenakan lelaki itu. 

"Aku bagi kau kuda baru "

Keluhan berat dilepaskan

"Kuda je?"

"Habistu kau nak apa?"

Bibir Mr Emerald tersenyum senget

"Buggati,"

"Kau nak kau beli sendiri"  Dia ingat kita ni cop duit agaknya. 

Mr Emerald ketawa. "Kuda pun kuda lah"















[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now