Ting!
Rafa
Kau ada dekat rumah tak?aku nak datang niLuna merenung mesej yang dihantar oleh Rafa itu dengan pelbagai rasa. Hati berbelah bahagi. Fikirannya sudah terlintas macam macam apa yang bakal dilakukan oleh Rafa. Dia kenal gadis itu macam mana.
Apa yang Rafa mahukan,dia akan dapatkan juga walaupun sulit. Tanpa sedar Luna mendegus.
Benci betul lah dengan otakknya yang selalu overthinking ni.
Rimas!
Rafa
Oi berani kau seen aku!You
Sorry
Nak datang,datang je lah. Sejak bila pandai minta izinRafa
Depan rumah kau dah hahah. Buka pintu cepat. Panas dekat luar niYou
Bengong lah. Baik kau tak payah minta izin. Siot punya kawanCavan yang sejak tadi menjadi pemerhati hanya menjungkit kening hairan. Luna bercakap sorang sorang ke? mulut gadis itu terkumat kamit bercakap sesuatu
"Cavan,kenapa berdiri tercegat dekat sini?dah habis kerja ke?" Soal Bibik Suri. Dia pula yang hairan melihat lelaki itu. Dengan batang mop dipegang,itu yang dia bertanya
Cavan terperanjat. Dia tersengih malu
"Saya minta diri dulu"
Selepas menerima anggukan daripada Bibik Suri, Cavan serta merta memanjat anak tangga naik ke tingkat atas. Tak lupa juga dengan mop dan penyapu sampah dibawa sekali
"Macam macam"
Dengan wajah cemberut,Luna membuka pintu utama. Tersembul wajah Rafa yang sedang tersengih itu
"Kau nak tersengih sambung dekat dalam. Luar ni panas,taknak masuk?!" Sempat Luna menyindir Rafa
Bertukar cemberut wajah Rafa. Langkah dibawa mengikut gadis itu. Luna ni nak cari gaduh ke apa "Ye lah. Kau ni dah kenapa tetiba emosi. Period ke?!"
"Ni lah perempuan,asal emosi sikit je dituduh period. Menyampah aku"
"Ehh habistu kau apa?lelaki?!"
"Tak,aku مرأة" seloroh Luna tak bertapis.
Pap!
"Bodoh tu simpan sikit buat anak cucu. Jangan tamak guna sorang" bidas Rafa. Melihat Luna sudah menjulingkan bebola matanya,dia tergelak kecil.
Ini Rafa tau, mulut dia lagi berbisa dari Luna
"Kau ni kenapa monyok je?semua benda nak naik angin. Nak kata merajuk dengan bf,bf pun kau takde. Pelik"
"Eii,aku stress lah..." Akhirnya gadis itu meluahkan isi hati ysng terpendam. Wajah diraup kasar
"Kenapa? cuba cerita"
"Prof Farah tu. Kau tahu tak dia paksa aku jadi wakil perlawanan bola jaring minggu depan. Gila!" Luahnya lagi. Walaupun bagi orang lain itu hanya masalah kecil tapi tidak bagi dia
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
RomanceKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...