Seorang lelaki segak yang lengkap bersuit hitam itu melangkah masuk ke dalam lift peribadi miliknya.
Mata mata yang tak lepas daripada memandangnya dia hanya hiraukan. Butang yang tertulis tingkat 67 ditekan. Pintu lift serta merta tertutup rapat.
Ting!
Pintu lift itu terbuka. Lelaki kacukan Japanese Melayu itu melangkah keluar dengan penuh berkarisma. Sebelum itu sempat dia memberi senyuman yang tersangat nipis pada pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat itu
"Selamat pagi,Tuan" tegur dua orang pengawal itu
"Hm..." Balasnya. Dia bergerak terus menuju ke bilik pejabatnya
Like I said
Luth always being Luth
Just ignored
And
Don't care about others
"Bro!" Sergah David. Lelaki itu juga kelihatan kemas pada pagi itu. Selalunya dia akan datang ke pejabat dengan memakai t-shirt saja. Pemalas nak iron. Sudah lah dia buat company Luth itu macam bapak sendiri punya
Dasar David
"Hm..." Luth hanya mengumam. Kerusi empuk yang berada di dalam bilik itu menjadi sasaran untuknya melabuhkan punggung
David membuat muka. Geram betul dengan Ice Prince ni.
Balas lah ye kenapa?bukannya hmm hmm
Kang takde suara terus baru kau tahu
Hmm hmm sampai mampuss
Hesy geram
"Sedap mengutuk aku nampak?"
Tett
Laki ni spoil
Dia baru nak lancarkan kutukan lagi
David berdecit
"Kau dah breakfast?" soal David. Dia mengambil tempat di hadapan Luth
"Dah" jawab Luth. Matanya fokus pada skrin tablet. Sebentar saja lagi dia akan ada mesyuarat bersama company Ceo Ra&Co
David mengangguk kecil. Jam ditangannya sempat dikerling sekilas sebelum matanya kembali melihat Luth yang tekun membuat kerja di tabletnya
"Luth" seru David
"Hmm..." Luth masih mengumam. Panggilan daripada David dia hanya buat endah tak endah
"Luth!"
"Hm..."
David mengetap bibir geram.
Redanya Ya Allah. Kenapa lah dia ada kawan macam ni
"LUTH UFFAQEIL BIN KHAWARIZMI" jerit David
"Apa setan?! Kau nak apa?" Balas Luth separuh menjerit. Mata mereka tajam bersabung sesama sendiri. Masing masing tak mahu kalah dengan renungan tajam tersebut
Ha renung sampai subuh esok
"Kau tu kenapa. Aku panggil ni,bagi lah attention dekat aku sama. Asyik dengan tablet kau je. Cemburu aku!" bebel David
Luth menggulingkan bebola matanya.
Annoying betul si David ni
"Aku kena check balik laporan kewangan yang kau bagi dekat aku minggu lepas. Tak boleh percaya dengan aku ni. Buatnya kau salah buat,aku yang kena tanggung"
David membuat muka.
Luth ni memang mintak kaki. Macam lah dia tak check semula lepas dia buat.
Huh
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
RomanceKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...