20 °•Cavan×Luna•°

2.5K 193 9
                                    

Pinggan yang dipenuhi nasi direnung tanpa riak. Fikirannya sudah merewang jauh memikirkan tentang kata kata Rafa

"Babe,aku cintakan pembantu rumah kau"

Keluar sahaja secebis ayat itu dari bibir Rafa,dia bagaikan terkaku. Perasaan sedih mula menghurung dirinya

Kalau lah dia bagitahu Rafa hubungan sebenar dia dan Cavan agak agak gadis itu akan memberontak tak?

Dia sayangkan persahabatan mereka. Takkan lah sebab seorang lelaki mereka nak putus kawan?!hm

"Dalam pinggan tu ada muka saya ke?renung tak lepas" tegur Cavan. Senyuman nakal menghiasi wajahnya

Luna mencebik. Tak habis habis suami dia ni

Dia diam tidak membalas. Membiarkan kata kata Cavan tadi

"Petang nanti kita date,okay?"

Luna menggeleng. "Tak payahlah. Awak sibuk"

"Taklah. Harini kan hari sabtu jadi saya cuti"

"Awak keluar lah sorang sorang. Saya takde mood" Luna terus mengangkat pinggannya ke singki laku segera naik ke bilik.

Emosinya tak stabil. Biarlah dia tenangkan diri sendiri.

Cavan membawa langkah Luna dengan ekor mata. Lelaki itu tersenyum nipis. Bini aku merajuk lah pula

Kring Kring!

Cavan mendegus. Skrin telefon dislidekan ke kanan untuk menjawab panggilan

"Assalamualaikum boss"

"Hmm why?" "Sabar boss. Jawablah salam aku dulu"

"Waalaikumsalam. Kenapa call aku sekarang?"

"Hehe boss. Saya nampak Cik Rafa keluar dengan someone. Nak kena ikut ke ni?"

Cavan menepuk dahi. Sabar Cavan. Anak buah kau yang ni memang buduh sikit

"Apa yang aku suruh buat?!"

Jex kembali mengingatkan kata kata majikannya

"Er ikut kemana saja dia pergi"

"Jadi yang kau call aku semata mata nak tanya soalan bodoh kau tu kenapa? kau memang nak kena kan Jex!" Marah Cavan

Jex mencebik "Sorry lah boss. Wayar otak aku baru bersambung. Lagipun aku ingatkan kena call boss dulu baru boleh aku ikut dia" polos!

"Tak payah call aku. Ikut je kemana dia pergi. Hesy,kenapalah aku hire kau jadi spy untuk aku. Lembap"

Stress melayan budak ni.

"Sampai hati kau boss kata aku kebab" Jex mengesat air mata palsunya.

Cavan menggulingkan bebola matanya.

Panggilan segera dimatikan. Semakin dia melayan Jex tak mustahil wayar otak dia pun boleh terputus macam lelaki itu. Macam macam karenah.

"Luna..."

Gadis itu segera berpaling dari Cavan. Mata dipejam erat buat buat tidur

Cavan tersengih. Eleh,macam lah orang tak perasan.

"Saya tahu awak tak tidur" Cavan merebahkan tubuhnya di sebelah Luna. Sempat dia mengerling sekilas melihat Luna yang membelakanginya sebelum pandangan kembali dihala pada syiling putih

Luna diam tidak membalas

"Tak baik belakangkan saya" tegur Cavan lembut

Luna mencebik.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now