1 °•Cavan×Luna•°

4.5K 240 58
                                    

Tali pemegang yang bercantum di bahagian hadapan kuda dihentak kuat. Mata helangnya tajam menikam garisan penamat. Tinggal 30 meter sebelum dia menamatkan tempoh kelajuan kuda itu

"I'm gonna win!" Jerit Mr Emerald. Kudanya laju memecut melepasi Uwais Fikri. 

"Bagi lah aku menang pula," jerit Uwais pula. Dia terus memintas kuda yang dinaiki Mr Emerald lalu lelaki terus sampai ke barisan penamat.

Senyuman kemenangan mula terhias di wajah. Payah sekali hendak merangkul kemenangan jika berlawan dengan Emerald. 

Mr Emerald memberhentikan kudanya. Muka tak puas hati jelas terhias di wajah kacak itu. 

Tekad betul Uwais nak dia jadi pembantu rumah. Haih... keluhan berat dihela. 

"Aku menang bro" sorak Uwais Fikri riang. Kening dijungkit memerli Emerald. 

Lelaki itu berdecit geram. Kurang asam jawa betul. Rasalah kemenangan yang tak seberapa ni. Lagipun, dia saja je bagi lelaki tu menang. 

Well... Kita dah selalu menang. Sekali sekala kalah takpe kan. 

Kalah bukan tanda lemah... acehh ayat. 

"Pergi mampus lah kau!" Justeru jelingan tajam menikam Uwais Fikri yang sedang ketawa

"Muahaha Mr Emerald kita ni bakal menjadi pembantu rumah nampaknya" sakat Uwais Fikri. Dia me

"Weh tukarlah. Aku taknak jadi pembantu rumah. Bagilah kerja lain as long as bukan pembantu rumah!" 

"Taknak. Kau dah setuju,mana boleh tarik balik,"

Mr Emerald mengeluh geram. 

"Aku mogok dengan kau seminggu!" Mr Emerald terus menghentak tali itu lalu kuda tersebut mula beredar meninggalkan Uwais yang masih tersenyum kemenangan. 

"Senang lah kerja aku nak jodohkan korang" gumamnya dengan maksud tersirat. Harap-harap rancangannya kalini bakal menjadi. 

             SEPASANG KAKI ITU melangkah masuk ke dalam dewan kuliah bertemankan senyuman yang dikoyak lebar sejak tadi. Matanya bersinar-sinar apabila terbayang  wajah Mr Emerald di kotak fikiran. Wajah yang wujud dari imaginasi sendiri. Cara lelaki itu yang bijak menghandal kuda buatkan dia benar-benar jatuh hati. Tampak gagah dan kacak itu sangat jelas terlihat. 

"Amboi dia, tersengih-sengih, Mesti semalam kau tengok Mr Emerald main polo kan?" Awal-awal lagi Rafa sudah menebak apabila Luna sudah selamat mengambil tempat duduk di sebelahnya

"Kau macam tahu-tahu je ye?"

Rafa mendabik dada. Bangga. "Tengok daripada senyuman kau yang tak berapa nak bersinar tu pun aku dah tahu. Jadi, macam mana? ada apa-apa perkembangan pasal dia?"

Senyuman yang lebar mula bertukar kendur. Riak wajah itu kembali muram apabila dia terfikirkan hal yang satu itu. 

"Tak, dia terlalu berahsia. Yang selalu masuk tv pun si Uwais dengan lagi dua orang kawan dia. Emerald susah sangat nak munculkan diri bila ditemu ramah. Haih... dia tak tahu ke aku ni mengharapkan kemunculan dia? Sudahlah suka sangat bawa sorok muka dia tu hish!"

Rafa tersenyum nipis. 

"Wahai Luna Oliver si bulan purnama, kau ada Uwais tau. Kenapa kau tak tanya je si Uwais? dia tu kawan rapat Cavan kan? Bukan setakat kawan rapat malah sepupu lelaki tu," 

Terlepas tawa Luna. Tawa yang terselit nada sinis. 

"Wahai makcik Rafa, kau ingat senang ke nak rapat dengan Emerald? Lagipun dah lama aku tak jumpa Uwais, dia pun sibuk. Seganlah aku." 

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now