Bilik yang masih terang menyala itu dituju dengan penuh tanda tanya. Seingatnya lampu bilik Cavan sudah tertutup sebenar tadi, tapi sekarang sudah menyala semula. Takkan ada benda yang teman dia malam-malam begini?
Prang!
"Mak kau hijau!" latahnya. Jantungnya berdegup laju. Apa benda tu siott
"Siapa tu?!" jeritnya lantang.
"Uwais, kau tak balik lagi ke?" sergah Cavan.
"Makk!" Tubuhnya automatik berpaling pada susuk tubuh yang menegurnya. Dada diurut perlahan. Hampir nak terkeluar jantung.
Terburai tawa Cavan. Terkejut beruk betul si Uwais ni.
"Bongoklah Cavan! Terkejut aku."
"Hahaha penakut juga kau ni ya?" Makin galak lelaki itu menghamburkan tawa besarnya. Tak boleh blah muka cuak si Uwais tadi. Aduhai.
"Diam kau. Ni kenapa tak balik lagi? Kau tahu tak dah pukul 2 pagi sekarang ni."
Tawanya reda, kepala yabg yang tidak gatal digaru, "Hm tahu... Tapi kerja aku bertimbun lah. Esok nak kena jumpa penjaga tapak dari Terengganu, itu yang aku kena prepare siap-siap kertas kerja."
"Ya memanglah tapi kau tu ada bini dekat rumah... Kau tinggal Luna sorang-sorang, buatnya apa-apa jadi dekat dia."
Karang tak membebel sampai kesudah si Cavan ni tak sedar diri yang dia tu dah kahwin. Rasa diri macam bujang lagi. Kalau dia takpelah... Memang single available. So siapa nak jadi soulmate aku, contact di nombor tertera. Hahaha tibe promote diri sendiri.
"Luna ada je Rafa yang temankan."
"Eii cakap mudah je kan. Kawan dia tu hanya serumah. Entah entah dia tak tengokkan Luna pun. Aduh kau ni, itu pun tak boleh fikir ke?"
"Hm. Apa apa jelah. Aku nak sambung buat kerja"
"Habis ni kau nak balik pukul berapa?"
"Subuh kut." ujar Cavan lalu bergerak pergi dengan secawan kopi di tangannya.
"Lantak kaulah Cavan. Apa-apa jadi jangan menyesal." gumam Uwais. Jam tangan dikerling. Tinggal lagi beberapa minit mungkin kerjanya akan siap. Lepastu boleh balik tidur. Lega.
"ABANG bangun" Beberapa kali bahu suaminya ditepuk agar lelaki itu terjaga. Entah pukul berapa Cavan sampai dirumah. Tahu tahu je terbaring di sofa ruang tamu. Dengan pakaiannya yang masih tak bertukar.
"Hm." Matanya berat untuk dibuka. Kantuknya lebih mengusai diri tatkala ini.
"Abang bangun. Nak subuh dah ni."
Mata Cavan perlahan-lahan tercelik. Bibirnya tersengih apabila wajah putih Luna menyapa kornea mata.
"Sayang." Tubuh kecil Luna ditarik ke dalam pelukannya menghilangkan rasa rindu yang tiba-tiba mengetuk tangkal hati.
Luna tersenyum gedik apabila mendengar suara serak basah suaminya. Seksi! Hshshshshhsh
"Alaa abang, wudhuk Luna dah batal" Wajahnya cemberut. Terlupa sudah yang dia sudah mengambil wudhuk selepas mandi tadi. Hesy.
Cavan gelak lepas, "Sorry dear. Jom, abang teman ambil wudhuk balik."
"Ahh takpayah. Abang pergi mandi. Busuk. Luna tahan je bau badan abang dari tadi. Dahlah dengan baju kemejanya. Warna putih pula tu. Nanti kalau kotor susah nak basuk tau tak!" bebel Luna. Dia sudah menapak sedikit jauh dari Cavan.
Terpinga Cavan dibuatnya. Otaknya tak sempat memproses apa yang Luna bebelkan.
"Abang dengar tak ni?"
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
RomansKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...