57 °•Cavan×Luna•°

1.4K 101 4
                                    

Rintik hujan yang menyembah bumi menaikkan lagi rasa sebak yang kian menyelubungi diri. Sepatah kata tiada yang meniti, hanya esakan tangis yang makin kedengaran.

Bak kata orang, apabila hubungan hendak dihalalkan selalunya akan dibadai ombak. Dulu, dia rasa perkara ini hanya mitos namun apabila terkena batang hidung sendiri mulalah terngadah.

Biarlah masa yang menentukan. Buat apa beriya jika orang tak sudi.

"Sara..." Lewat ekor mata, dia nampak wanita itu menghampirinya dengan dua gelas cawan dan teko yang berada di atas talam.

"Jom minum dulu... Ibu dah buatkan air teh ni," pelawa Ibu Kalsom.

Perlahan, kerusi di hadapan Makcik Kalsom menjadi tempatnya melabuhkan punggung.

Air teh itu disisip perlahan. Melegakan tekak tapi tidak pada hatinya.

"Kamu tinggal sini sampai bila?"

Terhenti seketika perbuatannya. Cawan kaca itu kembali diletakkan di tempqt asal.

"Malam nanti kena balik dah ibu. Tak boleh lama-lama, esok Sara kerja lagi..."

"Sara biar betul? Malam tu, bahaya."

"Takpe ibu, Sara dah biasa,"

"Bukan soal biasa tapi Sara balik sorang-sorang,"

Ibu Kalsom menggeleng. Boleh tahan degil betul bekas anak asuhan dia ni.

"InsyaAllah takde apa-apa, ibu janganlah risau" balas Sara.

Haih budak ni...

"Kahwin lah cepat sikit dengan si Luth tu. Nanti kamu ada peneman. Takdelah ibu risau sangat,"

Terkaku Sara mendengar nama itu. Nama yang agak lama tidak menyapa gegendang telinga.

Mungkin nama itu juga bakal hilang daripada hatinya.

"Hm..." Tak tahu mahu mereaksi apa? Kecewa kah? Sedih kah? Marah kah?

Dahi Ibu Kalsom berlapis kerutan. Macam tak kena saja dengan si Sara ni.

"Sara ada masalah ke?"

"Masalah? Siapa je takde masalah, ibu. Lembu pun ada masalah, inikan pula manusia."

Terjongket kening Ibu Kalsom.

"Ni mesti pasal Luth, kan? Baik Sara mengaku, kalau tak..." Lembut sempat Ibu Kalsom hendak meneruskan ugutannya,Sara terlebih dahulu memangkas kata-kata wanita tua itu.

"Mana ada ibu... Elok aje kami," bohong Sara. Sebolehnya, biarlah dia selesaikan semuanya sendiri. Dia taknak orang lain tahu hubungannya bersama Luth alami masalah.

"Ibi makan garam dulu, Sara. Kenapa dengan Luth? Dia taknak bertunang dengan Sara ke? Atau dia ada perempuan lain? Kalau dia ada perempuan lain, memang nahas dia ibu kerjakan!" Dengan gaya ingin menumbuk dan mulut tercebik ibu itu melepaskan rasa tak puas hatinya.

Sara senyum segaris. Hatinya tercuit dengam Ibu Kalsom. Nampak benar marahnya tu.

"Sara dengan Luth cuma..."

"Cuma apa? Cuba bagitahu terus terang. Tak payah nak berkias," pintas Ibu Kalsom.

"Sara dengam Luth mungkin tak jadi bertunang," Senafas Sara membalas.

"Hah? Kenapa Sara tak jadi pula bertunang dengan dia? Bergaduh? Tak kesefahaman?" Memetir suara Ibu Kalsom. Terkejut dan tak percaya.

"Sara penatlah Ibu, selama ni Sara je nampak beria nak dekat dia. Dia buat donno je. Sampaikan pilih hantaran pun dia buat tak kesah. Sara terasa je selama ni tapi Sara diamkan sebab taknak keruhkan keadaan tapi sekarang, Sara dah tak boleh sabar lagi," jelas Sara bersungguh. Tubir matanya dikesat kasar. Cerita soal ini buatkan dia naik darah.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now