"Understood?"
"Understood madam" dewan kuliah itu bergema dengan suara mahasiswi dan mahasiswa.
"Okay sampai sini je kelas kita. Ingat eh apa yang saya pesan"
"Okay madam"
Luna segera mengemas buku buku miliknya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Jam tangan dikerling sekilas.
Lambat 10 minit. Mesti Cavan tengah tunggu dia. Aduh habislah.
"Babe,lajunya kemas. Tunggulah aku" ujar Rafa. Hairan juga apabila memandang Luna yang tergopoh gopoh mengemas buku.
"Aku kena cepat. Cavan dah datang rasanya."
"Hah? Cavan?jap jap,tunggu aku"
Luna sempat mengguling bebola matanya. Rafa ni
"Okay dah siap. Jom cepat Luna. Nanti Cavan tunggu. Kesian dia"
Eh eh. Aku tak kata apa pun. Dia pula yang beria.
"Luna..."
"Mana Cavan?hari ni dia kata dia yang nak ambil saya. Tiba tiba awak pula yang muncul"
Luth senyum pendek. "Cavan suruh saya jemput awak harini. Dia ada hal dengan Uwais dekat Gombak"
Luna mengangguk faham.
"Awak siapa?" Rafa menyoal ingin tahu. Sempat matanya menilik pakaian Luth.
Takkanlah kawan Cavan sekacak ini?
"Cavan's friends"
Rafa menganggu kecil. Senyuman dari tadi tak lekang di bibir
"Kau nak ikut aku atau kau nak balik sendiri?"
"Ikut kau lah. Malas nak tunggu lrt" Rafa sengih
"Awak tolong hantarkan Rafa sekali boleh kan?" Luna bertanya pada Luth
"Sure. Jom" Luth masuk ke dalam kereta bahaguan pemandu terlebih dahulu
"Kawan dia hensem. Patutlah Cavan pun hensem" puji Rafa melambung
Luna senyum saja. Malas nak ambil pusing
"Babe. Bagi aku duduk depan boleh?"
"Kenapa?"
"Saja" tanpa menunggu Luna,dia memboloskan diri ke dalam kereta.
.Rafa mengerling sekilas pada Luth yang fokus memandu. Niatnya ingin bertanyakan tentang Cavan tapi melihat muka ketat Luth seriau juga nak bertanya. Takut kena cekik.
"Cik Rafa ada benda nak cakap ke?" Luth bersuara terlebih dahulu. Sejak tadi lagi dia melihat Rafa seolah tak senang duduk.
Rafa senyum penuh makna. "Awak dah lama ke kawan dengan Cavan?"
Luna yang berada di belakang terkaku dengan soalan kawannya.
Rafa bersungguh sungguh mahu mendekati Cavan nampaknya.
Sabar Luna. Taham cemburu kau. Bukan masanya lagi untuk kau lepaskan.
Luth agak terkejut dengan soalan yang diajukan oleh gadis itu. Wajahnya bertukar bengis.
Ikut hati mahu saja diabaikan soalan si Rafa tapi Cavan dah beri amaran siap siap. Haih.
"Lama"
"Dah berapa tahun?"
"10 tahun"
Rafa mengangguk mengerti.
"Cavan single lagi ke?awakkan kawan dia. Mesti awak dah tahu,kan?"
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
RomantikKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...