29 °•Cavan×Luna•°

2.2K 201 14
                                    

"Bonda" tangan dihulur pada Puan Sri Vera. Wanita itu memandang kosong huluran Luna seeblum disambut. Belum sempat Luna ingin mencium kekura tangannya, bonda terlebih dahulu menarik. Tersentak Luna. Senyuman cuba diukir walaupun dia terasa.

"Bonda sihat?"

"Sihat je. Tak mati lagi pun." Seloroh Puan Sri Vera

"Bonda." Tegur Cavan. Kasar betul cara bondanya bercakap. Macam nak ajak gaduh pun ada.

"Duduk lah. Takkan nak tercegat je dekat sini" katanya diajukan pada Luna.

Tanpa banyak songeh, Luna duduk berhampiran bonda. Nak duduk sebelah rasa takut. Takut dibaham hidup-hidup.

"Mana ayahanda, bonda?tadi ayahanda jemput kami. Tengok-tengok sekarang dah hilang"

"Dengan ikan dia lah tu. Malas bonda nak ambil tahu."

Lah merajuk ke ni?

"Kau orang berdua tidur sini ke?"

"Asalnya memang nak tidur sini, bonda. Tapi esok ingatkan nak ke rumah umi dulu sebelum Cavan berangkat ke German" jawab Cavan.

"German? Buat apa dekat sana?"

"Pergi tanam anggur" seloroh Cavan.

Pap!

"Aaa bonda sakitlah." Tangannya yang selamat ditampar oleh Puan Sri Vera diusap. Memerah.

"Cavan outstation. Pembekal dari negera luar nak bekerjasama dengan Cavan. Anak bonda yang sorang ni kan hebat." Di penghujung ayat sempat dia memuji diri sendiri.

"Hm. "

Luna sejak tadi diam. Hanya memasang telinga mendengar anak beranak itu berbual.

"Luna. "Kepala mencongak menatap empunya suara.

"Ya bonda?"

"Bila kamu berdua nak buat majlis resepsi? Dah dua bulan ni kau orang kahwin" Soalan yang diajukan bonda buatkan dia tak senang duduk.

"Tak boleh ke kalau tak buat, bonda?" Cavan menyampuk sebagai penyelamat.

"Nak kena cekik dengan bonda? Kita ni golongan kerabat, kena lah ikut adat istiadat. Lagipun kalau tak buat majlis, tak ke jatuh fitnah nanti. Orang kenal kamu Cavan. Bukan sekadar 'Cavan' tapi juga mr-"

"Okay okay. Nanti kami bincang eh, bonda?"

"Tak habis nanti nanti. Silap-silap anak dah sepuluh." Bidas Puan Sri Vera.

"Uish sepuluh eh bonda. Aamiin. Bonda doakan tau. Cavan tengah usaha" seloroh Cavan. Luna menampar perlahan paha lelaki itu. Tak malu betul. Ada ke cakap depan bonda macam tu.

"Aduh. Sakitlah sayang." Suaranya dibuat manja. Saja mahu menunjukkan kemesraan di hadapan bonda. Biar bonda tahu mereka bahagia. Ceh.

"Depan bonda ni." Luna menegur. Pipinya membahang. Malu.

Bonda tersenyum nipis. " Gatal tak sudah. Sama macam ayahanda kamu."

"Itu namanya like father like son, bonda" jawab Cavan.

"Sabar jelah aku budak ni." Gumam Puan Sri Vera. Ada saja benda nak dijawabnya.

"Rebus pandai tak?" Soalan maut. Luna menelan air liur. Lambat lambat dia menggeleng.

Puan Sri Vera membuat muka. Haihlah menantu.

"Habistu selama ni kau orang makan dekat luar?"

"Eh tak."

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now