6 °•Cavan×Luna•°

2.5K 199 34
                                    

Azan isyak berkumandang. Jemaah yang berada di dalam masjid mula bersedia untuk solat jemaah. Masing masing menuju ke bahagian tempat ambil wudhuk. Memandangkan majlis tahlil akan bermula selepas isyak maka sempatlah mereka menunaikan soolat isyak terlebih dahulu

"Una bawak telekung tak?" Soal Puan Atasia pada anak perempuannya

"Bawa ma. Tapi telekung dalam kereta"

"Lahh kenapa tak ambil siap siap tadi?dah lah abi parkir belakang masjid. Bahaya kalau Una nak pergi sorang sorang"

"Ni kan kawasan masjid. Tak bahaya kot. Takpe lah Una pergi dulu. Umi pergi lah masuk dalam" jawab Luna. Tanpa menunggu balasan daripada Puan Atasia dia terus berjalan pergi

"Menyesal tak ikut cakap umi" gumamnya. Jalan untuk menuju ke arah belakang surauagak gelap. Tiada satu lampu pun menerangi jalan itu. Air liur ditelan pahit. Ingatkan dia sudah cukup berani untuk itu. Ergh

Lainkali jangan acah acah berani wahai Luna

Heh

Aku ingatkan jalan ni cerah

Tap!

Tap!

K

Sumpah menyesal

Matilanak

Bulu roma automatik mencanak naik apabila halwa telinganya menangkap bunyi tapak kaki seseorang. Kolam air mata sudah sarat. Bila bila saja akan mengalir ke pipi

"Ya Allah aku takut" bisik hatinya

Bam!

"Argh!" jeritnya. Luna terus mencangkung menutup telinganya. Wajah ditekup menunduk ke tanah

"Hey,kenapa menjerit?" terdengar suara garau di hadapannya. Watah Luna mendongak memandang empunya suara

"A---awak" tergagap Luna menyeru Cavan

"Kenapa jalan sorang sorang?" Nadanya bertukar tegas. Wajahnya tegang

Gulp

Habislah kau Luna

Luna bangun berdiri. Wajah ditunduk menekur lantai. Situasi mereka tak ubah seperti sorang ayah yang sedang marahkan anaknya

"Tahukan jalan ni bahaya. Ramai penagih dadah selalu lalu jalan ni. Awak tak takut ke?!"

Luna diam. Bibirnya terkunci untuk membalas pertanyaan Cavan

"Huh..." Cavan mengeluh

"Jangan buat macam ni lagi. Macam macam boleh jadi. Ini nasib saya yang ikut awak. Kalau orang lain yang ikut macam mana?mana tahu penjahat ke? Apa yang awak boleh buat?oh lupa awak ada blackbelt that's why awak langsung tak kisah tentang persekitaran awak. Am I right?!" Bebel Cavan dingin. Meremang mendengar nadanya

"S-saya minta maaf. " Air mata mula mengalir

Cavan mengeluh lagi. "Jom saya teman"

Luna mengangguk kecil. Mereka berjalan bersebelahan tetapi masih mencipta jarak

Keadaan bertukar sepi. Luna hanya diam tidak mengeluarkan sebarang suara. Dia maih takut dengan amarah Cavan. Pertama kali melihat Cavan semarah itu. Garang dan sangat tegas. Kecut gue

"Saya minta maaf" Suara Cavan memecah suasana. Luna terpinga pinga

"Saya tak patut marah masa awak tengah takut. Saya cuma risau kalau ada apa apa jadi" nadanya kembali lembut.

Luna tersenyum tipis

"It's okay. Memang salah saya sebab tunjuk berani"

"Tahu pun. Ingat dia lelaki agaknya" sindir Cavan

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now