Enjin kereta dimatikan seusai tiba di perkarangan rumah Cavan. Termenung jauh memikirkan perkara yang bakal dia hadap sekejap sahaja lagi. Boleh tak kalau nak patah balik? Rasa menyesal pula datang.
Tadi bukan main yakin dengan keputusan sendiri dan sekarang tiba-tiba keyakinan itu lesap. Haih. Buat perangai betullah hati ni.
Tok tok!
Bahunya tersentak. Air liur ditelan kesat apabila matanya disapa susuk tubuh separa tua.
Pintu kereta dibuka. Perlahan-lahan dia memboloskan diri keluar daripada tempat pemandu.
Senyuman tawar menghiasi wajahnya. Gementar.
"Kawan Cavan ya?"
Eh jap. Dia orang kawan ke? Yelah kot. Kalau bukan kawan takkan musuh pula?
"Er Y–ya. Puan Sri sihat?" Dengan gemuruh dia menyoal. Sempat kekura tangan wanita itu dikucup hormat.
"Alhamdulillah sihat. Ni kenapa tak masuk? Takkan nak duduk dalam kereta aje?" Belum apa-apa dia sudah diajukan dengan soalan.
Terkebil Luna dibuatnya. Mana satu yang dia nak jawab ni? Er...
"Eh tak bukan. Saya nak masuk dah tadi ni tiba-tiba Puan Sri datang" Bibirnya tersengih kekok. Sudahlah dia tak bersedia mahu berjumpa dengan Cavan sekeluarga. Takut tidak dapat mengawal emosi.
"Oh kalau macam itu jomlah masuk sekali" ajak Puan Sri Vera.
"Takpe Puan Sri, nanti saya masuk kemudian. Nak call abi saya sekejap beritahu yang saya dah sampai sini." Senyuman di bibir benar-benar palsu.
"Hm yelah. Jangan lupa masuk ya."
Luna mengangguk kecil. Sejurus Puan Sri Vera menghilangkan diri, Luna segera menghela nafas lega. Rasa nak terputus urat berhadapan dengan wanita tua itu.
Beberapa minit kemudian akhirnya gadis itu mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah Cavan. Berat langkah yang diatur. Rasa beban dibahu semakin memberat. Sebentar sahaja lagi lelaki itu akan menjadi milik orang dan semestinya bukan milik dia.
Dan takkan menjadi milik seorang Luna.
Dia hanya berdiri di pintu gelongsor yang tak jauh daripada pelamin. Tak mampu untuk memunculkan diri di hadapan lelaki itu. Seluruh tenaganya hilang bagai dibawa angin.
Matanya beralih pada Darina yang berada di atas pelamin. Gadis itu cantik dengan mengenakan sarung songket berwarna putih. Perit untuk terima namun dia reda. Melepaskan seseorang yang bukan miliknya.
Lafaz taklik dilafazkan dengan teliti. Telinganya hadam mendengar setiap patah yang keluar daripada dua ulas bibir Cavan.
Andai dia di tempat pengantin perempuan itu... Mesti dia lah wanita paling bahagia.
"Pengantin lelaki dah bersedia?" soal tok kadi.
Dengan penuh yakin Cavan membalas, "Ya, saya dah sedia."
"Bismillahhirahmannirrahim"
"Cavan Emerald Shah Bin Zackry Shah, aku nikahkan dikau dengan Puteri Darina Binti Ilham dengan mas kahwinnya sebanyak RM 4000 ringgit, tunai..."
Luna menahan rasa. Empangan air matanya sudah hampir bocor. Tangan naik mencengkam dada yang tiba-tiba terasa sesak yang teramat. Nafasnya bagai tersekat di kerongkong.
Sukar digambarkan kesakitannya ketika ini. Rasa ini bagaikan ditikam belati tajam. Sakit. Perit. Pedih. Semuanya bersatu.
Tak betah berlama disitu, dia terus mengangkat kaki pergi. Tidak menunggu lafaz qabul daripada Cavan terlebih dahulu.
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
RomanceKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...