Pagi itu, kelibat Luna langsung tidak kelihatan di mata kasar Cavan. Bangun sahaja dari tidur, susuk tubuh isterinya sudah tidak ada di dalam bilik itu.
Usai menyiapkan diri, lelaki itu membawa langkah ke dapur. Hendak memasak sarapan buat mereka.
Namun apabila tiba saja di dapur, matanya sudah tersaji dengan susuk tubuh Luna yang sedang memasak. Senyuman mula terbit di bibir Cavan. Walaupun masih merajuk tapi Luna tetap tidak melupakan tugasnya. Ni makin sayang ni.
"Sedapnya bau, sayang masak apa ni?" tegur Cavan. Perlahan-lahan tubuh kekarnya mendekati Luna.
"Perli ke apa?" balas Luna bersama jelingan. Tahulah kita masak tak sama sedap macam masakan dia. Hm.
"Mana ada. Abang puji ikhlas okay."
Luna diam tidak membalas. Dia kembali meneruskan masakannya. Menghirau cik suami yang berada di sebelah.
"Luna..."
"Saya tengah masak ni. Abang pergilah duduk depan." potong Luna datar. Kalau melayan si Cavan ni, silap haribulan kelain jadinya.
Wajah lelaki itu mula cemberut. "Sampai hati halau abang..." ujar Cavan berjauh hati.
Luna menjeling sekilas. King of drama juga si Cavan ni pun.
"Yelah, abang pergi depan. Luna masak sedap-sedap tau. Abang rindu nak rasa masakkan sayang." usai menuturkan ayat tersebut, Cavan beredar ke ruang tamu.
Lagipun Luna masih dengan rajuknya dan kalau boleh dia taknak memaksa Luna untuk terima semuanya sekaligus.
Step by step.
Mata Cavan sesekali mengerling pada Luna yang khusyuk menjamah makanan di dalam pinggan. Gadis itu langsung tak hiraukan susuk tubuh Cavan yang berada di hadapannya.
"Makanlah. Tengok Luna kenapa?!" tegur Luna. Matanya merenung kosong wajah Cavan. Walaupun hari ini sudah masuk hari ketiga selepas kejadian itu tetapi hatinya masih terusik dengan apa yang jadi. Biar kalii
Cavan tersenyum." Isteri abang ni makin cantik." puji Cavan tiba-tiba.
Luna diam tidak membalas. Wajahnya masih beriak datar.
Tahan Luna, jangan cepat cair!
"Luna memang dah taknak tengok muka abang ke? Dah bosan dengan abang, hm?" tiba-tiba Cavan mengajukan soalan tersebut.
Luna mengangkat kepala memandang Cavan. "Mana ada." Ringkas saja jawapannya namun dia memaksudkan ayat tersebut. Sekali pun dia tak pernah merasa bosan bersama lelaki itu.
"Dahtu tengok lah abang ni. Borak dengan abang."
"Buat apa nak tengok abang. Abang bukannya kacak pun." kutuk Luna selamba. Sedaya upaya menahan gelora hati. Tolonglah jangan cepat cair wahai cik hati.
Cavan tersentak. Tangannya naik memegang dada. Ayat isterinya bagaikan anak panah tepat mengena di sasaran. Terasa titew.
"Tulah kan, siapalah abang ni. Tak kacak, tak sweet pula tu. Takpelah, abang sedar abang ni tak layak buat Luna." sengaja Cavan menuturkan ayat sedih. Wajahnya juga bertukar masam mencuka.
Luna memuncung bibir. Saja lah tu nak gula gulakan dia.
"Ni air Luna ke?" bibirnya memuncung pada gelas di hadapannya
Luna hanya mengangguk. Dia kembali menyambung menyuap nasi ke dalam mulut.
Cavan hanya diam. Cawan itu dibelek terlebih dahulu sebelum air itu diteguk olehnya.
YOU ARE READING
[C] ENCIK SWEET
Storie d'amoreKarya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyieka "Cukup hanya awak dan saya. Selamanya." - Cavan Emerald Shah "Can I be a part of your life, Mr Em...