22 °•Cavan×Luna•°

2.3K 189 9
                                    

"What's wrong with your hand, cupcake?" Soal Cavan sebaik sahaja melihat tangan Luna berbalut

Luna tersengih. "Jatuh. Alah sikit je ni"

"Sikit apa sampai berbalut?" Terjungkit kening lelaki itu menyoal

"Er–" lidah Luna kelu. Tak tahu hendak membalas apa.

Cavan semakin menghampiri gadis itu. Luna semakin terkebelakang sehingga tubuhnya tersandar di dinding

"A–awak k–kenapa?" Tergagap Luna bertanya. Tangan kanannya menahan dada Cavan dari terus mendekat.

Boleh pengsan kalau macam ni. Sudahlah terasa nafas lelaki itu menampar lembut wajahnya.

"I'm your husband. Jangan rahsiakan apa apa dari saya. Remember that" bisik Cavan lembut. Nafas lelaki itu menyapa lembut cuping telinganya.

Tubuhnya menggigil. Kalau periksa tekanan jantung dia sekarang,sah sah tidak normal. Berdegup terlalu laju.

Cavan tersenyum penuh makna apabila wajah Luna sudah memerah malu.

"But"

"Awak pun kena ingat yang saya isteri awak. Jadi,awak pun tak boleh rahsiakan apa apa dari saya. " Lawan Luna. Anak matanya terpaku dengan sepasang mata brown milik lelaki itu. Cantik.

Cavan tersentak. Sedaya upaya mengawal riak wajah. Sentap.

Dia mengangguk.

"Know tell me what's wrong with your hand"

Ayy Cavan ni. Saja nak acah caring padahal dia yang buat. Lempang kang.

Luna tayang sengih. "Jatuh kuda"

Tergeleng Cavan. Ganas juga isteri dia ni.

Ehem. Jangan lupa siapa yang buat dia macam tu!

Huh kau diam je lah

Tangan Luna yang berada di dadanya dibawa ke dalam genggaman. "Sorry saya tak mampu untuk protect awak dari jauh. Baru beberapa minggu awak duduk dengan saya tapi dah jadi macam ni" kesal.

"Bukan salah awak pun. Er kita nak duduk macam ni sampai subuh ke?saya belum mandi ni" terketar menuturkan ayat.

"Ha baguslah belum mandi. Jom saya mandikan awak. Your hands hurt, rights?" Usik Cavan. Dia sudah berura ura ingin mendukung Luna

"Hesy. Tak payah. Tangan kanan saya boleh guna lagi. Gatal!"

"Alah,orang nak tolong. Lagipun sunnah suami dan isteri mandi sekali" usik Cavan

Luna mencebik. Gatal betul laki dia sorang ni.

"Dahlah tepi. Saya berpeluh ni, busuk."

Cavan senyum penuh makna. Dia mendekatkan hidungnya di ceruk leher Luna. Menghidu bau disitu.

Luna meneguk air liur pahit. Tubuhnya menggigil.

"Wangi je." Ujar Cavan. Bibirnya tersenyum kecil.

"A–awak..."

"Hm" gumam Cavan. Dia masih menghidu haruman yang melekat di leher Luna. Tangannya melingkar perlahan di pinggang Luna. 

Addicted.

"C-cavan. J–jangan macam ni. S–saya malu" wajahnya berona merah. Jantung pula sudah menggila.

Cavan ketawa. Wajahnya kembali dijauhkan.

Mata hitam Luna ditenung ralit. Her eyes looks... hypnotize.

Luna semakin tak keruan. Cavan ni memang nak bagi dia pengsan agaknya?!

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now