27 °•Cavan×Luna•°

2.2K 190 12
                                    

"Awak tengah siap ke?" Luna menyoal sambil tangannya menutup mata dari memandang empunya tubuh. Dengan kepala terjongol sedikit keluar dari luar bilik seolah mengendap si suami.

"Ye. Masuk je. Saya dah siap pakai baju" ujar Cavan. Tali leher disebelahnya diambil lalu dia mula mengikat.

Luna tersengih. Matanya kembali dibuka. Terkedek kedek dia berjalan menghampiri Cavan.

"Nak–" tangan dihulur pada Cavan.

"Nak apa?"

Luna membiarkan soalan itu sepi tidak berjawab sebaliknya tali leher milik Cavan diambil. Dia mula melakukan kerjanya mengikat tali leher pada lelaki itu.

Hujung bibir Cavan ternaik sedikit. Hatinya tercair sendiri dengan perbuatan si isteri. 

Haih parah. 

"Kelas harini sampai pukul berapa?"

"5 petang."

"Tunggu dekat tempat biasa. Saya datang ambil." ujar Cavan

"Kalau harini saya balik sendiri boleh tak?"

"Kenapa?"

"Harini Rafa ada kelas dengan saya. Saya taknak dia menggedik dengan awak" jujur Luna.

"Habistu Luna nak balik naik apa?"

"Teksi atau grab" 

"A big no. David atau Uwais yang ambil awak petang nanti. Jangan berani balik naik teksi atau grab. Bahaya" 

"Mana ada baha-" bibirnya terkunci apabila Cavan menghadiahkan jelingan tajam. Kecut perut. 

"Okay okay" dia tersengih. 

Cavan ni makin hari makin garang. Telan daging harimau ke apa?

"Siap" dia menepuk sedikit bahu lelaki itu. 

"Thank you!" sebuah kucupan dihadiahkan di pipi isterinya. 

Luna apalagi, berbunga rasa hati.

Dahlah nak pengsan lah macam ni.

Selamat malam dunia tipu tipu. Patik harus pergi kerana hati sudahh mencair. 

Tibe.

"Luna dah siap ke?"

"Dah."

"Are you sure?

"Yelah, kenapa?" 

"Sini." Cavan menarik gadis itu merapat. Pin tudung yang sudah di pin di atas kepala gadis itu dibuka kembali, termasuk juga keronsang yang berada di bahu kiri dan kanan gadis itu. 

"Awak!orang siap cantik-cantik dah" mulalah muncung sedepa bibirnya. Tak puas hati. Dia bangun awal semata mata nak bagi tazkirah dekat tudung ni supaya bekerjasama dengan dia.

Ceh. Drama betul.

"Tahu. Tapi dear, tudung awak ni tak tutup sampai bawah dada. Saya tak larang awak berfesyen tapi pastikan aurat awak tak terdedah. "

Lebihan kain bawal disebelah kanan itu ditarik menutupi dada, manakala yang disebelah kanan di pin di atas kepala. 

"Awak tu saya punya. Mana boleh orang lain tengok hak milik saya. Saya bayar mahar tau" Seloroh Cavan membuatkan Luna tersengih. 

"Setiap kali nak keluar rumah, labuhkan tudung awak. Saya taknak isteri saya ni masuk neraka."

"Jangan lupa pakai handsock dengan stokin sebelum keluar rumah." pesan Cavan lagi.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now