EPILOG

2.8K 113 6
                                    

Batu nisan itu disentuh dengan pelbagai rasa. Pilu dan sayu. Bercampur baur rasa yang mengasak jiwa.

Sekali lagi ujian melanda diri dan keluarganya. Hampir rebah namun dipasak juga kaki untuk teguh berdiri. Yang hidup pasti akan mati dan yang masih diberikan nikmat hidup dan nikmat umur yang panjang tetap perlu meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah.

"Cavan..." Bonda datang mengusap bahu anak kesayangannya.

"Dah nak dekat asar ni, jom balik dulu. Malam nanti kita nak buat persiapan kenduri tahlil untuk arwah," pujuk bonda. 

Tahu hatinya Cavan ketika ini sedang dilanda kesedihan namun, masih ada perkara yang perlu diuruskan.

"Betul cakap bonda tu Cavan, kita kena balik dulu. Takut tak sempat untuk manjlis tahlil arwah malam ni."

Apa pula kata orang nanti apabila batang hidung mereka langsung tidak nampak di rumah keluarga Luna.

Cavan hanya mengangguk bisu.

"Bonda dengan ayahanda pergilah masuk kereta dulu, kejap lagi Cavan menyusul," Lembut dia menutur bicara.

Bonda dan ayahanda pandang sesama sendiri sebelum ayahanda mengangguk tanda bersetuju. Tanpa sepatah perkataan mereka berlalu meninggalkan lelaki itu.  Memberi sedikit ruang untuk Cavan.

Sepasang mata Cavan merenung dalam pusara di hadapannya sebelum tikar yang sudah digulung itu diambil lalu selangkah demi selangkah kakinya beredar daripada situ.

Sampai bertemu kembali.

            Matanya meliar melihat saudara mara keluarga Luna yang hadir. Ada yang sedang memasak dan mendirikan khemah untuk kenduri tahlil malam ini.

Tangan baju disinting. Sebaiknya dia tolong orang lelaki yang sedang memasang khemah di hadapan rumah agam itu.

"Babah!" Langkahnya mati. Laju mata mencari ke arah punca suara.

"Babahh!" Terkedek kedek anak kecil itu mendapatkan babahnya. Dengan rambut dibelah tengah dan baju melayu yang belum dibutangkan benar-benar buatkan bibir Cavan mencarik senyum.

"Ye Qariz. Anak babah baru habis mandi ya?" Tubuh kecik itu didukung.

Adwa Qariz mengangguk laju, "Yish andi dengan tok aki"

"Wahh patutlah wangi," Digomol pipi Qariz. Geram. Pipi chubby sangat.

"Babah... Yish indu ibu, nape ibu tinggal Yish?"

Terdiam. Apa yang patut dia jawabkan?

"Yish rasa ibu tinggal Yish?"

Adwa Qariz mengangguk lagi,"Yish indu ibu. Yish nak ibu," Budak kecil itu sudah muka membentak ingin menangis.

"Shuu Yish jangan macam ni. Tengok tu ramai orang. Yish tak malu ke kalau orang tengok Yish nangis?"

"Api Yish nak ibu. Ibu inggal Yish!" Makin  kuat dia meraung. Nampak ya anak kecil itu tidak kisahkan keadaan sekeliling.

"Okay okay. Nanti kita jumpa ibu ya? Yish dah hensem ni, kang kalau Yish nangis tak hensem dah," Cavan mencuba memujuk Qariz walaupun anak kecil itu terkadang susah dijangka anginnya.

[C] ENCIK SWEETWhere stories live. Discover now